Thursday, April 10, 2014 – VoyForums News: 'Heartbleed' vulnerability in OpenSSL
VoyForums
GIVE FREE FOOD
www.TheHungerSite.com
-> Click Here <-
FUND FREE MAMMOGRAMS
www.TheBreastCancerSite.com
-> Click Here <-
Non-profit ad served by VoyForums...

VoyUser Login optional ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123456[7]8910 ]
Subject: APAKAH ITU LUH MAHFUDZ


Author:
Mohd Hamzah
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 12:16:49 02/07/04 Sat
Author Host/IP: 202.184.17.249

Assalamualaikum

Ada satu kemusykilanni,

Apa itu Luh Mahfudz?

Nak tau sangat2.

OK, bye.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
[> Subject: Re: APAKAH ITU LUH MAHFUDZ


Author:
MeowHidayah
[ Edit | View ]

Date Posted: 12:39:59 02/07/04 Sat
Author Host/IP: 202.184.17.249

Wa'alaikumussalam wbt..

Kena rujuk kitab balik coz kurang pasti.. Tau tu tau cuma nak kena confirm kan dulu..
[> Subject: Re: APAKAH ITU LUH MAHFUDZ


Author:
MeowHIdayah
[ Edit | View ]

Date Posted: 12:42:33 02/07/04 Sat
Author Host/IP: 202.184.17.249

Kalau tak silap ia berkait rapat dgn qada' dan qadar Allah SWT.. So nanti ana confirmkan lepas rujuk kitab..
[> Subject: Re: APAKAH ITU LUH MAHFUDZ


Author:
itaarissa
[ Edit | View ]

Date Posted: 12:46:04 02/07/04 Sat
Author Host/IP: 203.115.226.151


Wah..persoalan besar ni Hamzah...luh mahfudz.....persoalan perkara ghaib ni......

kita lg ler tak tau...buku Qada` dan Qadar tu entah maner dah letaknya...tak sempat nak baca....

Meow...kitab apa tu meow....kongsi ler..nak tau jugaklah...
[> Subject: Re: APAKAH ITU LUH MAHFUDZ


Author:
MeowHidayah
[ Edit | View ]

Date Posted: 12:51:57 02/07/04 Sat
Author Host/IP: 202.184.17.249

1. Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah oleh bekas mufti Sabah Almarhum Hj Said Ibrahim

2. Akidah Muslim (kalau tak silap, tak ingat tajuk dia) oleh Syed Sabiq
[> Subject: Re: APAKAH ITU LUH MAHFUDZ


Author:
Itaarissa
[ Edit | View ]

Date Posted: 12:54:46 02/07/04 Sat
Author Host/IP: 203.115.226.151

Berkaitan ngan persoalan akidah rupanya.TQ

Nak tanya TJ lah nampaknya...nanti leh compare....
[> Subject: Re: APAKAH ITU LUH MAHFUDZ


Author:
MeowHidayah
[ Edit | View ]

Date Posted: 12:56:25 02/07/04 Sat
Author Host/IP: 202.184.17.249

dialu2kan sesangat...
[> Subject: Re: APAKAH ITU LUH MAHFUDZ


Author:
Itaarissa
[ Edit | View ]

Date Posted: 13:30:36 02/07/04 Sat
Author Host/IP: 203.115.226.151


Cuba pi link ni
http://suluk98.tripod.com/jalal.html
[> Subject: Qada` dan Qadar


Author:
Itaarissa
[ Edit | View ]

Date Posted: 13:34:39 02/07/04 Sat
Author Host/IP: 203.115.226.151


Mengenali Konsep Qadha dan Qadar

Sebagai manusia, kita tidak tidak akan pernah merasa puas dengan apa yang ada. Umumnya, mereka yang merasa kekurangan akan mengeluh dan merasa kecewa. Mereka yang mendapat sedikit akan merasa iri hati dan mula mempertikaikan ketentuan Allah.

Lantaran itu, mereka memperkatakan dan mempersoalkan tentang ketentuan Allah dan keputusannya dengan ucapan-ucapan yang tidak layak diucapkan bagiNya, seperti, ya Allah mengapa Engkau takdirkan aku jadi begini? , ya Allah kenapa aku dijadikan sebagai makhluk yang malang?, ya Allah tidakkah Kamu bersifat adil terhadap hamba-hambaMu?

Tanpa disedari, ucapan-ucapan demikian boleh menjerumuskan manusia kepada kesesatan dan kekufuran. Kolum renungan kali ini bertujuan menjelaskan tentang konsep ketentuan (Qadha dan Qadar) menurut prinsip Islam yang sebenar.

Beriman dengan konsep Qadha dan Qadar mengikut pandangan ulamak managih manusia memahami dua perkara dengan sebaik-baiknya: Pertama: memahami dengan jelas hak Allah sebagai Al-Khaliq. Kedua: memahami hak manusia sebagai makhluk.

Hak Allah meliputi empat perkara berikut: Pertama: mengimani bahawa segala yang berlaku sama ada baik atau buruk adalah ketetapan yang telah tercatat di Luh Mahfuz. Surah Al-Hajj ayat 70 menjelaskan hal ini.

"Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang ada di langit dan di bumi, sesungguhnya itu terdapat dalam debuah kitab yakni (Luh Mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah".

Kedua, mengimani Khalkullah, iaitu mengimani (ciptaan Allah). Allah lah pencipta segala sesuatu, segala yang ada di langit dan di bumi adalah hasil ciptaan Allah. Hal ini telah dijelaskan di dalam Al-Quran, surah Al-An'am ayat 102 yang bermaksud : "Demikian itu ialah, Allah Tuhan kamu, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia, dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu".

Ketiga: mengimani masyiatullah: iaitu mengimani akan kehendak Allah. Segala sesuatu yang terjadi, sama ada di langit atau di bumi adalah dengan kehendak Allah. Ini berpandukan firman Allah dalanm surah Yasin: "Sesungguhnya perintahNya apabila Dia menghendakki sesuatu hanyalah berkata kepadanya jadilah maka terjadilah ia".

Keempat: mengimani ilmullah. Ilmu Allah meliputi segala sesuatu, tidak ada sesuatu yang berlaku di alam maya ini kecuali ianya dibawah pengetahuan Allah.

"Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang di bumi dan Allah maha kuasa atas segala sesuatu"

Apa yang dimaksudkan memahami hak Allah adalah pertama, meyakini bahawa manusia dikehendaki beramal dan berusaha selama mana ia berada di muka bumi ini. Kedua, meyakini bahawa manusia mempunyai iradah dan pilihan terhadap perbuatan dan keputusan yang dibuatnya sendiri. Dan ketiga, meyakini bahawa manusia akan di pertanggungjawabkan di depan mahkamah Allah di atas segala perbuatan baik buruknya hasil daripada pilihannya sendiri.

Implikasi daripada penghayatan kedua-dua bidang yang di sebut akan melahirkan di dalam diri manusia sifat sangka baik terhadap segala yang telah ditetapkan Allah. Ianya juga akan melahirkan rasa tenang dan redha dengan segala apa yang telah ditentukan Allah. Akhirnya manusia itu pasti akan mengenal Allah sebagai Al-Khaliq (pencipta) segala sesuatu.

Malahan implikasi daripada penghayatan kedua-dua bidang ini akan mendorong manusia berfikir menggunakan anugerah akal yang diberi bagi memutuskan segala keputusan dan pilihan sepanjang hayatnya, kerana manusia itu telah diberi iradah (kemahuan) dan ikhtiar (pilihan). Dengan iradah dan ikhtiar yang diberi, manusia akan terus berusaha gigih memilih jalan yang menuju kepada kebaikan dan kebajikan serta meninggalkan jalan yang menuju ke arah maksiat dan kesesatan. Yang paling utama sekali, ianya mengajar manusia memilih jalan yang bersesuaian dengan jalan yang telah dipilih oleh Allah.

Perkara Qadha' dan Qadar ini merupakan masalah pokok dalam agama. Ianya merupakan salah satu rukun iman yang wajib diyakini oleh setiap individu muslim kerana ikatannya yang begitu kuat dengan akidah beriman kepada Allah, bahkan setiap rukun-rukun iman yang lain juga mempunyai ikatan yang sama dengan beriman kepada Allah S.W.T.

Masalah Qadha' dan Qadar merupakan masalah yang jelas dan mudah difahami, kerana Allah sudah menegaskan masalah ini di dalam Al-Quran. Malah Rasulullah s.a.w meyakinkan dengan perkataan dan perbuatannya terhadap masalah ini didalam sunnahnya. Para sahabat, tabi'in dan ulamak yang muktabar dikalangan ahli sunnah waljamaah telah meyakini dan memahami bab Qadha' dan Qadar bersesuaian dengan apa yang dijelaskan oleh Allah dan Rasulnya.

Sehubungan dengan itu, setiap individu muslim hendaklah beriman dengan penuh keyakinan dan tiada samar-samar lagi terhadap Qadha' dan Qadar. Oleh itu individu muslim wajib menuntut ilmu yang boleh memperkukuhkan akidah Islamiah di dalam dirinya. Jangan biarkan dirinya dikuasai nafsu syahwat yang tidak kenal erti redha di atas segala pemberian Allah dan jangan diri dan akal dikongkong dengan fahaman-fahaman yang mnyeleweng daripada fahaman ahli sunnah waljamaah, kelak akan terpesong daripada jalan Allah yang sebenar. Semoga Allah memelihara kita dan masyarakat daripada jalan yang menyimpang.

Firman Allah yang bererti "Dia (Allah) tidak ditanya apa yang diperbuatnya, dan mereka lah yang akan ditanyai".

Wallahualam.
[> Subject: Re: APAKAH ITU LUH MAHFUDZ


Author:
Itaarissa
[ Edit | View ]

Date Posted: 13:45:41 02/07/04 Sat
Author Host/IP: 203.115.226.151

Ni pun mungkin berkait gak....

http://www.alislam.or.id/tauhid/arsip/00000013.html
[> Subject: Re: APAKAH ITU LUH MAHFUDZ


Author:
MeowHidayah
[ Edit | View ]

Date Posted: 14:03:05 02/07/04 Sat
Author Host/IP: 202.184.17.249

Yg link http://suluk98.tripod.com/jalal.html tu ana tak brp galakkan utk baca coz ia berhajat kpd pemerhatian dan pemahaman yg mendalam, bukan utk bacaan ringan atau sepintas lalu. Kalau tak faham drpd link tu kena refer kpd yg arif. Dia lebih kpd aliran sufi tu. Takut nanti boleh confuse sbb istilah2 yg dia pakai tu boleh bawa maksud yg pelbagai.
[> Subject: Re: APAKAH ITU LUH MAHFUDZ


Author:
Itaarissa
[ Edit | View ]

Date Posted: 15:00:06 02/07/04 Sat
Author Host/IP: 203.115.226.151

Ops..sori..kalu cam tu boleh delete jerlah....baca pun sepintas lalu jer.....just ambik sebagai pengetahuan sbb rasanya tak sampai lg tahap tu.....
[> Subject: Re: APAKAH ITU LUH MAHFUDZ


Author:
Itaarissa
[ Edit | View ]

Date Posted: 15:13:21 02/07/04 Sat
Author Host/IP: 203.115.226.151

Maaf bebanyak...tak perasan sgt td..tu dah masuk zat Allah dah tu...sifat 20 dan asmaulhusna pun tak habis lg. Sepatutnya kita belajar mengenal sifat Allah dulu. Maaf sekali lg....rasanya boleh abaikan dululah link tu....td saya cari yg ada luh mahfuz..cuma tgk pd makna tu jer...tak baca keseluruhan pun......

Kalau setakat pengetahuan kita rasanya tak perlu dibaca lg kot.
Astagfirullah n Wallahua`lam

Terimakasih atas teguran.
[> Subject: Re: APAKAH ITU LUH MAHFUDZ


Author:
Mami Ros
[ Edit | View ]

Date Posted: 21:18:31 02/07/04 Sat
Author Host/IP: 210.186.39.249

W'salam...

mami rasa gembira bila melirik ke laman ini...walaupun dia cuma sebagai rumah pondok namun masih utuh di gunakan....

Alhamdulillah.....masih ada nasihat dan tunjuk ajar dari kelian semua...
Mudah2an....berterusan.....

Salam mesra dari Mami...

Maaf tak nak beri pendapat...masih di tahap pembelajaran lagi.....
[> Subject: Re: APAKAH ITU LUH MAHFUDZ


Author:
MeowHidayah
[ Edit | View ]

Date Posted: 23:00:48 02/07/04 Sat
Author Host/IP: 210.187.1.82

Salam mesra jua buat mami..

So ini jawapan drpd akhie TJ:

Lawh mahfuz bermaksud sebuah tempat catatan nasib manusia dan rahsia makhluk Allah di alam ghaib yang dijaga dengan penuh rapi oleh para malaikat dan tiada sesiapa yang dapat menghampirinya.

Tercatat qada' dan qadar, rezeki, jodoh kita dan sebagainya. Hanya Allah yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang perkara-perkara ini. Tidak ada makhluk lain mengetahinya.

Surah Al-Hajj ayat 70 menjelaskan hal ini.

"Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang ada di langit dan di bumi, sesungguhnya itu terdapat dalam sebuah kitab yakni (Luh Mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah".

Al Quran juga diturunkan ke langit bumi pada malam lailatul qadr dari lawh mahfuz. (ruj surah al Qadr)

Setakat ini yang saya ketahui.

Wallahualam
TJ


So jawapan ana adalah tambahan drpd penjelasan akhie TJ yg spontan itu (ana petik drpd teks dlm kitab Aqidah Ahli Sunnah wal Jama'ah, ditulis oleh Almarhum Hj Said Hj Ibrahim, bekas mufti Sabah, m/s: 298 - 301):

Firman Allah yang bermaksud;

"Keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti, dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Ku."

[Surah Qaf: 29]

Ahli tafsir, Imam Mujahid menegaskan firman Allah Taala ini adalah bermaksud Allah Taala telah menetapkan apa yang sudah ditentukan-Nya. Ini bermakna bahawa taqdir Allah itu telah dituliskan pada Luh Mahfuz. Dan Ibn Abbas telah menerangkan juga, setelah Allah Taala menjadikan kalam, maka Allah berfirman kepadanya: Tulislah. Kalam itu menuliskan apa yang akan terjadi sampai Hari Qiamat. Kalam itu menulis di Luh Mahfuz.

Taqdir Allah yang tertulis pada Luh Mahfuz itu masih menerima perubahan, kerana ada taqdir Allah yang tertulis di Luh Mahfuz tadi ada yang sudah putus, dan ada pula yang belum putus yang dinamakan taqdir Mu'allaq, iaitu taqdir yang masih bergantung.

Misalnya, seseorang itu ditaqdirkan Allah umurnya 50 tahun, tetapi oleh kerana ia menghubungkan silaturrahim yang terputus, maka umurnya tadi ditambah 20 tahun lagi. Dan ada orang yang sudah dituliskan akan dimasukkan ke dalam Neraka, tetapi oleh kerana ia sentiasa berdoa kepada Allah, agar dijauhkan dari azab Neraka, maka ia akan dimasukkan ke dalam Syurga. Taqdir yang seperti ini dituliskan juga dalam Luh Mahfuz. Taqdir yang seperti inilah yang dimaksudkan dalam firman Allah Azza Wajalla yang bermaksud:

"Allah menghapuskan apa jua yang dikehendaki-Nya dan Ia juga menetapkan apa juga yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah), pada sisi-Nya ada ibu segala suratan."

[Surah Ar-Ra'd: 39]

Firman ALlah Taala tersebut dengan tegas mengatakan semua taqdir Allah yang telah tertulis dalam Luh Mahfuz itu boleh dihapuskan Allah, jika Ia mengkehendakinya, atau Ia tetapkan sahaja sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Penghapusan atau penetapan itu sesuai dengan yang ada pada ummul kitab (Ibu sekalian kitab), iaitu ilmu Allah Taala yang Azali.

Mengenai penghapusan dan penetapan tulisan yang ada pada ummul kitab itu telah dinyatakan oleh Imam Baijuri, seorang ulama tauhid dalam kitabnya, Tuhfah al-Murid Syarah Jauharah at-Tauhid: 95 yang bermaksud:

"Ummul Kitab itu asal dari Luh Mahfuz, iaitu ilmu Allah yang tidak menerima penghapusan dan tidak menerima penetapan. Ada pun Luh Mahfuz sebenarnya menerima penghapusan dan penetapan."

Dalam masalah qadha' dan taqdir tidak ada yang boleh mengubah apa yang telah tertulis dalam Luh Mahfuz itu kecuali yang boleh mengubahnya doa dan amal kebajikan. Ini telah ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya yang bermaksud:

"Tidak ada yang boleh menolakkan qadha' dan taqdir, kecuali doa, dan tidak ada yang boleh memanjangkan umur, melainkan berbuat kebajikan."

[Riwayat at-Tirmizi: Sahih at-Tirmizi]

Qadha' dan taqdir yang sudah tertulis dalam Luh Mahfuz itu dapat juga diubah dengan menghubungkan silaturrahim yang telah putus, di mana orang-orang yang menghubungkan silaturrahim itu akan luas rezekinya, dan lambat sampai ajalnya. Ini telah ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada Anas ra yang bermaksud:

"Sesiapa yang suka luas rezekinya dan lambat sampai ajalnya, hendaklah ia menghubungkan rahim."

[Riwayat al-Bukhari dan Muslim. Fath al-Baari: 13/20]

Hadith ini tidak berlawanan dengan firman Allah Taala yang bermaksud:

"Maka apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaat pun, dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan."

[Surah An-Nahl: 61]

Menurut al-Imam al-Hafidz Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalaani (773 - 852), ajal yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah ajal yang ditaqdirkan dalam "ilmu Allah" yang tidak menerima perubahan, di mana ajal yang dimaksudkan dalam hadith tersebut ialah ajal yang tertulis pada Luh Mahfuz, yang diketahui oleh malaikat yang masih menerima perubahan.

Sekian.. Allahua'lam...
[> Subject: Re: APAKAH ITU LUH MAHFUDZ


Author:
osama laden
[ Edit | View ]

Date Posted: 10:16:35 02/09/04 Mon
Author Host/IP: 210.19.76.36

eeee,penerangan yang boleh dikatakan lengkap gak...

ermmm,ni yang anak ingat masa ana baca buku pasal ni...tapi dah lama gilerrr lah baca buku ni..

seingat ana lah kan,luh mahfuz ni macam sebatang pokok yang dipenuhi daun2..daun2 ni adalah merupakan riwayat hidup seseorang hamba Allah Taala.. sekiranya seseorang hamba Allahitu dah nak dekat ajalnya,maka daun itu akan berguguran.. so,disaat itulah malaikat izrail akan bersedia utk cabut nyawa orang tu...

ntah laaa...tak berani nak ulas lebih2..taklut tersilap pulak..ni pun dok ingat2 lupa...

kalau silap jgn marah erk...ehehe


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2012 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.