VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123456[7]8910 ]
Subject: Re: APAKAH ITU LUH MAHFUDZ


Author:
Itaarissa
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 13:30:36 02/07/04 Sat
Author Host/IP: 203.115.226.151
In reply to: Mohd Hamzah 's message, "APAKAH ITU LUH MAHFUDZ" on 12:16:49 02/07/04 Sat


Cuba pi link ni
<a rel=nofollow target=_blank href="http://suluk98.tripod.com/jalal.html">http://suluk98.tripod.com/jalal.html</a>

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
[> Subject: Qada` dan Qadar


Author:
Itaarissa
[ Edit | View ]

Date Posted: 13:34:39 02/07/04 Sat
Author Host/IP: 203.115.226.151


Mengenali Konsep Qadha dan Qadar

Sebagai manusia, kita tidak tidak akan pernah merasa puas dengan apa yang ada. Umumnya, mereka yang merasa kekurangan akan mengeluh dan merasa kecewa. Mereka yang mendapat sedikit akan merasa iri hati dan mula mempertikaikan ketentuan Allah.

Lantaran itu, mereka memperkatakan dan mempersoalkan tentang ketentuan Allah dan keputusannya dengan ucapan-ucapan yang tidak layak diucapkan bagiNya, seperti, ya Allah mengapa Engkau takdirkan aku jadi begini? , ya Allah kenapa aku dijadikan sebagai makhluk yang malang?, ya Allah tidakkah Kamu bersifat adil terhadap hamba-hambaMu?

Tanpa disedari, ucapan-ucapan demikian boleh menjerumuskan manusia kepada kesesatan dan kekufuran. Kolum renungan kali ini bertujuan menjelaskan tentang konsep ketentuan (Qadha dan Qadar) menurut prinsip Islam yang sebenar.

Beriman dengan konsep Qadha dan Qadar mengikut pandangan ulamak managih manusia memahami dua perkara dengan sebaik-baiknya: Pertama: memahami dengan jelas hak Allah sebagai Al-Khaliq. Kedua: memahami hak manusia sebagai makhluk.

Hak Allah meliputi empat perkara berikut: Pertama: mengimani bahawa segala yang berlaku sama ada baik atau buruk adalah ketetapan yang telah tercatat di Luh Mahfuz. Surah Al-Hajj ayat 70 menjelaskan hal ini.

"Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang ada di langit dan di bumi, sesungguhnya itu terdapat dalam debuah kitab yakni (Luh Mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah".

Kedua, mengimani Khalkullah, iaitu mengimani (ciptaan Allah). Allah lah pencipta segala sesuatu, segala yang ada di langit dan di bumi adalah hasil ciptaan Allah. Hal ini telah dijelaskan di dalam Al-Quran, surah Al-An'am ayat 102 yang bermaksud : "Demikian itu ialah, Allah Tuhan kamu, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia, dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu".

Ketiga: mengimani masyiatullah: iaitu mengimani akan kehendak Allah. Segala sesuatu yang terjadi, sama ada di langit atau di bumi adalah dengan kehendak Allah. Ini berpandukan firman Allah dalanm surah Yasin: "Sesungguhnya perintahNya apabila Dia menghendakki sesuatu hanyalah berkata kepadanya jadilah maka terjadilah ia".

Keempat: mengimani ilmullah. Ilmu Allah meliputi segala sesuatu, tidak ada sesuatu yang berlaku di alam maya ini kecuali ianya dibawah pengetahuan Allah.

"Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang di bumi dan Allah maha kuasa atas segala sesuatu"

Apa yang dimaksudkan memahami hak Allah adalah pertama, meyakini bahawa manusia dikehendaki beramal dan berusaha selama mana ia berada di muka bumi ini. Kedua, meyakini bahawa manusia mempunyai iradah dan pilihan terhadap perbuatan dan keputusan yang dibuatnya sendiri. Dan ketiga, meyakini bahawa manusia akan di pertanggungjawabkan di depan mahkamah Allah di atas segala perbuatan baik buruknya hasil daripada pilihannya sendiri.

Implikasi daripada penghayatan kedua-dua bidang yang di sebut akan melahirkan di dalam diri manusia sifat sangka baik terhadap segala yang telah ditetapkan Allah. Ianya juga akan melahirkan rasa tenang dan redha dengan segala apa yang telah ditentukan Allah. Akhirnya manusia itu pasti akan mengenal Allah sebagai Al-Khaliq (pencipta) segala sesuatu.

Malahan implikasi daripada penghayatan kedua-dua bidang ini akan mendorong manusia berfikir menggunakan anugerah akal yang diberi bagi memutuskan segala keputusan dan pilihan sepanjang hayatnya, kerana manusia itu telah diberi iradah (kemahuan) dan ikhtiar (pilihan). Dengan iradah dan ikhtiar yang diberi, manusia akan terus berusaha gigih memilih jalan yang menuju kepada kebaikan dan kebajikan serta meninggalkan jalan yang menuju ke arah maksiat dan kesesatan. Yang paling utama sekali, ianya mengajar manusia memilih jalan yang bersesuaian dengan jalan yang telah dipilih oleh Allah.

Perkara Qadha' dan Qadar ini merupakan masalah pokok dalam agama. Ianya merupakan salah satu rukun iman yang wajib diyakini oleh setiap individu muslim kerana ikatannya yang begitu kuat dengan akidah beriman kepada Allah, bahkan setiap rukun-rukun iman yang lain juga mempunyai ikatan yang sama dengan beriman kepada Allah S.W.T.

Masalah Qadha' dan Qadar merupakan masalah yang jelas dan mudah difahami, kerana Allah sudah menegaskan masalah ini di dalam Al-Quran. Malah Rasulullah s.a.w meyakinkan dengan perkataan dan perbuatannya terhadap masalah ini didalam sunnahnya. Para sahabat, tabi'in dan ulamak yang muktabar dikalangan ahli sunnah waljamaah telah meyakini dan memahami bab Qadha' dan Qadar bersesuaian dengan apa yang dijelaskan oleh Allah dan Rasulnya.

Sehubungan dengan itu, setiap individu muslim hendaklah beriman dengan penuh keyakinan dan tiada samar-samar lagi terhadap Qadha' dan Qadar. Oleh itu individu muslim wajib menuntut ilmu yang boleh memperkukuhkan akidah Islamiah di dalam dirinya. Jangan biarkan dirinya dikuasai nafsu syahwat yang tidak kenal erti redha di atas segala pemberian Allah dan jangan diri dan akal dikongkong dengan fahaman-fahaman yang mnyeleweng daripada fahaman ahli sunnah waljamaah, kelak akan terpesong daripada jalan Allah yang sebenar. Semoga Allah memelihara kita dan masyarakat daripada jalan yang menyimpang.

Firman Allah yang bererti "Dia (Allah) tidak ditanya apa yang diperbuatnya, dan mereka lah yang akan ditanyai".

Wallahualam.


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.