VoyForums

VoyUser Login optional ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: [1]2345678910 ]
Subject: Buku teks menggalakkan polarisasi kaum


Author:
antiMuhazam
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 13:23:04 07/21/06 Fri

Jika dulu Muhazam dan PekDik begitu mempercayai apa yang ditulis oleh Jayum Anak Jawan. Nah sekarang BELALAH apa yang ANDA percaya. Sudah terbukti sekarang dan satu persatu sandaran Muhazam dan PekDik dilondehkan.



Buku teks menggalakkan polarisasi kaum

Malaysia Today

Jika universiti-universiti awam menjadi tempat mengagung-agungkan Umno dan meracuni minda generasi baru terhadap pembangkang dan perbezaan, IPTA tersebut akan memburukkan lagi polarisasi kaum dan menggagalkan segala usaha untuk memupuk perpaduan nasional dan mencapai Wawasan 2020 sebuah Bangsa Malaysa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Kabinet wajar memberi perhatian serius kepada perkembangan merbahaya di universiti-universiti awam, dalam perlaksanaan Laporan Pengajian Tinggi Zahid –menukarkan universiti-universiti awam daripada institusi perpaduan nasional kepada institusi pecah-belah nasional.Mata pelajaran Hubungan Etnik diwajibkan ke atas pelajar universiti bagi sesi baru ini, dan buku teks yang digunakan adalah yang telah digunakan di UPM.

Buku teks yang telah ditulis oleh pensyarah-pensyarah UPM, Jayum Anak Jawan dan Zaid Ahmad telah memalukan komuniti akademik, mempamerkan pensyarah sendiri wajar belajar kursus hubungan etnik yang seimbang sebelum mereka mahu mengajar pelajar universiti mata pelajaran tersebut, kerana mereka bukan menggalakkan hubungan etnik tetapi akan merenggangkan lagi hubungan tersebut.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed, berkata kerajaan bersedia membuat pindaan jika terdapat kesilapan fakta dalam buku tersebut.Bagaimanapun, katanya, kandungan buku adalah berdasarkan fakta. Buku teks Hubungan Etnik telah digunapakai oleh Universiti Putra Malaysia sejak awal tahun ini. Didapati ada antara kandungannya tidak sesuai untuk membawa perpaduan nasional jika menuduh satu kaum sebab berlaku rusuhan dan insiden pergaduhan.Antara bahagian yang dibantah adalah:

Mengecam sebagai “extremist” Rayuan Pilihan Raya 1999 oleh Suqiu, yang telah diluluskan secara prinsip oleh parti-parti Barisan Nasional, termasuk Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum pilihan raya umum;
Menyalahkan belia India di atas insiden Kampung Medan, 2001;
Menuduh DAP menyebabkan rusuhan 13 Mei, 1969
Semasa dalam Parlimen, Mustapa memberitahu bahawa kementeriannya tiada rancangan untuk menggantung matapelajaran atau menarik balik buku teks tersebut dan mempertahankan bahawa segala insiden yang disenaraikan dalam buku tersebut adalah benar.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Fuiyyyoooooooooooooo ! Takut Siot ! (NT)TNC01:01:04 07/22/06 Sat
Buku yang mana ni?Muhazam Mustapha00:16:48 07/24/06 Mon
Mahathir vs Pak Lah-Bughah??Rusnizam Mahat23:11:54 07/24/06 Mon
sabar....budak baik13:03:17 08/17/06 Thu
AskUm...pwincEsS20:54:42 03/10/07 Sat


VoyUser Login ] Not required to post.
Post a public reply to this message | Go post a new public message
* Notice: Posting problems? [ Click here ]
* HTML allowed in marked fields.
Message subject (required):

Name (required):

  E-mail address (required):

* Type your message here:

Choose Message Icon: [ View Emoticons ]

Notice: Copies of your message may remain on this and other systems on internet. Please be respectful.

[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 2.94, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2008 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.