VoyForums

Natural Pain Relief

VoyUser Login optional ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345678910 ]
Subject: Maksud Perlembagaan


Author:
siswasiswi
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 11:54:26 10/18/05 Tue



Sesebuah negara perlu mempunyai peraturan atau undang-undangnya sendiri. Perlembagaan merupakan undang-undang utama yang berkuasa menentukan:
i. organisasi kerajaan.
ii. pembahagian kuasa antara badan-badan pemerintah
iii. prinsip untuk melaksanakan kuasa-kuasa yang diberikan.

Dengan kata lain perlembagaan adalah undang-undang dasar yang menentukan corak dan kuasa sesebuah kerajaan. Ia merupakan peraturan yang menentukan bagaimana sesebuah negara ditadbir. Ia juga menentukan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaannya. Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia merupakan sumber bagi menggubal undang-undang yang lain.


Tujuan perlembagaan ialah:
i. menentukan cara sesebuah negara diperintah.
ii. menetapkan hak-hak individu, warganegara dan batasannya.
iii. menjamin kebebasan.

Perlu juga diingat bahawa perlembagaan negara ini adalah terperinci (detailed): 183 perkara (terbahagi kepada 14 bahagian) dan 12 jadual. Berbeza dengan Amerika Syarikat yang perlembagaannya bersifat umum, perlembagaan kita adalah terperinci dan perlu dipinda untuk disesuaikan dengan kehendak dan perubahan.

Perlembagaan kita menetapkan Yang diPertuan Agong sebagai ketua negara. Yang diPertuan Agong dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu secara bergilir-gilir bagi tempoh lima tahun sahaja. Sebagai Raja Berperlembagaan, Yang diPertuan Agong bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri (bukan PM semata-mata).


Sebahagian besar daripada rakyat negara ini kelihatan beranggapan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah sebuah dokumen undang-undang yang bersifat teknikal dan hanya difahami oleh mereka yang terdidik di dalam bidang perundangan. Meskipun ini adalah sesuatu yang kurang tepat dan tidak sepatutnya berlaku adalah sukar untuk mengharapkan masyarakat memahami isi kandungannya, apatah lagi mengetahui asas-asas penting Perlembagaan Persekutuan. Setakat ini Perlembagaan hanya dilihat sebagai sebuah dokumen perundangan yang hanya berkaitan untuk menjadi bahan pertikaian di mahkamah. Pada asasnya perlembagaan merujuk kepada doktrin dan prinsip yang membentuk asas pemerintahan dan pengendalian sesebuah negara.

Sementara itu mereka yang terdidik di dalam bidang undang-undang sendiri kebanyakannya masih melihat dan memahami perlembagaan melalui pendekatan yang terlalu legalistic. Mereka tidak melihat sebagai sebuah dokumen yang merakamkan perkembangan dan perubahan sistem bernegara sejak zaman berzaman. Perbincangan ini cuba melihat bahawa Perlembagaan Pessekutuaan adalah sebuah dokumen yang tidak terpisah dari sejarah, perkembangan dan tradisi negara. Ia juga cuba menghujah bahawa meskipun bentuk perlembagaan kelihatan asing, intisari pentingnya sebenarnya berasal dari negara ini sendiri.


Peranan mahkamah penting kerana ia menduduki tempat yang penting dalam konsep perasingan kuasa. Ia telah diamanahkan untuk mentafsirkan perlembagaan dan memelihara undang-undang. Dalam konteks pemisahan kuasa, mahkamah (judiciary) memainkan peranan yang amat penting selain daripada dewan perundangan (legislatures; Parlimen dan dewan undangan negeri) dan eksekutif.

Dalam pentadbiran sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi tulin, tiga cabang utama iaitu Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman memainkan peranan yang amat penting. Institusi Legislatif merupakan institusi yang tertinggi di antara dua institusi lainnya, tugas institusi ini adalah untuk mengubal dan meminda undang-undang yang dibawa kepadanya oleh pihak Eksekutif dan tidak boleh mencampuri urusan institusi-institusi lain [Eksekutif dan Kehakiman]. Begitu juga institusi ada peranan masing-masing tidak boleh mencampuri urusan institusi lain. Pengasingan kuasa ini jelas ditetapkan oleh Perlembagaan bab 3, bab 4 dan Bahagian ix perkara 121.



Dengan kata lain perlembagaan adalah undang-undang dasar yang menentukan corak dan kuasa sesebuah kerajaan. Ia merupakan peraturan yang menentukan bagaimana sesebuah negara ditadbir. Ia juga menentukan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaannya. Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia merupakan sumber bagi menggubal undang-undang yang lain. Maknanya Malaysia adalah sebuah negara yang unik di mana kita tidak meletakkan individu di tempat yang tertinggi tetapi perlembagaan adalah yang tertinggi. Maknanya perlembagaan yang mengawal kuasa YDPA atau PM. Perlu diingat bahawa asas kuasa adalah daripada YDPA yang merupakan individu yang mempunyai kuasa tertinggi dalam perlembagaan.

Secara jelasnya konsep pengasingan kuasa telah dijelaskan secara terperinci di dalam Perlembagaan Malaysia dan ia tidak bersifat simbolik seperti yang didakwa oleh Muhazam dan kaum kerabatnya. Apakah tafsiran tepat yang boleh didapati selain daripada apa yang tercatat dalam Perlembagaan Malaysia. Muhazam dan kaum kerabatnya mendakwa mempunyai hujah dan bukti tapi nyatanya semua itu hanyalah simbolik semata-mata dan mereka sendiri tidak memahaminya secara jelas hatta daripada apa yang telah diterangkan oleh Prof Jayum dan lawyer seperti yang didakwa kerana konsep pengasingan kuasa telah dijelaskan secara terperinci di dalam Perlembagaan Malaysia masakan mereka tidak menjumpainya. Simbolik sungguh Muhazam dan kaum kerabatnya!!!

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
penat lelahmu aku hargai juaseroja12:46:43 10/18/05 Tue
Bidang Kuasactde517:26:17 08/10/07 Fri


VoyUser Login ] Not required to post.
Post a public reply to this message | Go post a new public message
* HTML allowed in marked fields.
Message subject (required):

Name (required):

  E-mail address (required):

* Type your message here:

Choose Message Icon: [ View Emoticons ]

Notice: Copies of your message may remain on this and other systems on internet. Please be respectful.

[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2012 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.