| Subject: Muhazam Tutor yang silap konsep. |
Author:
Adikmu
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 18:42:38 07/25/08 Fri
In reply to:
Muhazam Mustapha
's message, "PAS Haram Sebagaimana Haramnya ZINA" on 00:20:38 09/17/06 Sun
Mahathir dah keluar pun, dah meninggalkan UMNO, dah meninggal jemaah UMNO (dalam UMNO ada ahlinya ramai beragama kristian).
PAS, Muhazam kata mati-matian nak menjatuhkan Pak Lah, tetapi Muhazam lupa caranya bagaimana, tidak Muhazam sebutkan.
Bukankah caranya adalah melalui Piliharaya, iaitu satu cara yang Pak Lah sendiri persetujui diadakan? Bukankah Pak Lah yang pergi mengadap YDPA mohon dibubarkan Parlimen supaya PRU boleh diadakan?... Dan dengan sebab itu, perkataan "menjatuhkan" yang digunakan oleh Muhazam adalah salah tempat.
Muhazam menyokong Pak Lah. Menyokong Pak Lah bererti menyokong UMNO. Menyokong UMNO bererti menyokong menegakkan ISA. Nak tanya Muhazam di sini apakah ISA itu adalah bukannya undang yang zalim dari segi ajaran agama Islam?
Menyokong UMNO bererti menyokong menegakkan ISA. Menyokong menegakkan ISA adalah menyokong menegakkan KEZALIMAN. Menyokong menegakkan kezaliman bererti mengenepitkan Perintah Allah, iaitu:
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” [Al-Qur’an: Ayat 113 Surah Hud].
.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |