VoyForums
GIVE FREE FOOD
www.TheHungerSite.com
-> Click Here <-
FUND FREE MAMMOGRAMS
www.TheBreastCancerSite.com
-> Click Here <-
Non-profit ad served by VoyForums...

VoyUser Login optional ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345[6]78910 ]
Subject: RAJA BERPERLEMBAGAAN


Author:
siswasiswi
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 11:49:51 09/16/05 Fri

Pengenalan

Raja Berperlembagaan bermaksudd sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu perlembagaan Malaysia. Dalam sistem Raja Berperlembagaan kita ada dua institusi iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Sistem beraja pula memang sedia ada sejak sebelum kuasa-kuasa Eropah melanggar Tanah Melayu. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada.


Latar Belakang Sejarah

Semenjak beratus-ratus tahun dahulu, negeri-negeri Tanah Melayu mempunyai sejarah kesultanannya yang pelbagai rupa.
Sultan merupakan puncak kuasa dalam semua hal ekonomi, politik dan sosial. Sebelum merdeka, penjajah terakhir di Tanah Melayu iaitu Inggeris telah mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi secara meluas. Ekoran tidakan orang-orang Melayu menentang Kesatuan Malaya, kaum-kaum utama di Tanah Melayu mula mengambil peranan dalam politik. Di saat Tanah Melayu merdeka dari segi struktur negeri dan struktur penduduk, terdapat tiga ciri utama yang perlu diberi perhatian iaitu:
(i) ada sembilan buah negeri
(ii) ada sistem beraja di mana raja/sultan
(iii) ada sekurang-kurangnya tiga kaum utama yang sudah biasa dengan aktiviti politik.


Dari tiga situasi ini, dengan begitu wajar telah diputuskan tiga alat pemerintahan dan pentadbiran.
Ketiga-tiga sistem itu adalah:
1. Raja Berperlembagaan
2. Demokrasi berparlimen, dan
3. Federalisme atau Persekutuan


Ketiga-tiga sistem ini dapat memberi perhatian dan kepuasan kepada semua pihak; kedudukan sultan dan raja, autonomi dan peranan kerajaan-kerajaan negeri dan kepentingan rakyat perbagai kaum yang masing-masing mahu menentukan untung nasib kelompok masing-masing. Sistem Raja Berperlembagaan ini merupakan tunggak terpenting dalam keseluruhan susunan pemerintahan dan pentadbiran negara kita ini.


Keseimbangan dalam Sistem

Keseimbangan dalam sistem Raja Berperlembagaan merujuk kepada peraturan-peraturan kedudukan dan tanggungjawab penduduk Malaysia seperti yang jelas dituntut oleh Perlembagaan Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara mempunyai kedudukan teristimewa. Baginda mengatasi semua orang dalam Malaysia dan mempunyai imuniti dalam hal-hal rasmi dan tidak boleh didakwa dalam mahkamah melainkan dalam mahkamah khas raja-raja.

Pada pihak rakyat pula, setiap individu dalam Malaysia mendapat pelbagai had dari segi perlindungan undang-undang dan kedudukan sebagai warganegara yang layak mendapat banyak kemudahan.

Ini boleh dijamin melalui pengisian tanggungjawab untuk mematuhi undang-undang dan membantu menguatkuasakan undang-undang.


Pemilihan Yang di-Pertuan Agong

Jawatan Yang di-Pertuan Agong diisi secara pilihan seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia.

i) Hanya raja-raja sahaja yang boleh dipilih.
ii) Raja-raja sahaja yang boleh mengundi
iii) Pemilihan dibuat berdasarkan giliran.


Institusi Yang di-Pertuan Agong adalah jawatan yang memberi martabat dan kedudukan di samping tanggungjawab yang besar, diamalkan hanya semenjak merdeka. Justeru itu, maka sangat adil ia digilir-gilirkan supaya setiap negeri mengalami keistimewaan dan juga beban jawatan itu.

Peraturan Perlembagaan boleh mempercepatkan perubahan giliran.
i) seseorang Raja/Sultan mangkat semasa dalam jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.
ii) seseorang Sultan/Raja yang giliran negerinya tiba dan baginda didapati layak, menolak jawatan Yang di-Pertuan Agong
iii) seseorang Sultan/Raja, tatkala giliran negerinya tiba, didapti tidak layak oleh Majlis Raja-Raja.


Yang di-Pertuan Agong Ketua Tiga Badan

Sebagai Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan atau bahagian kerajaan:

Badan Perundangan (Legislatif)
Badan Pemerintahan (Eksekutif)
Badan Kehakiman (Judisiari)


Baginda mempunyai peranan penting dalam proses undang-undang.

Sebagai ketua Badan Pemerintahan, Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri dan menteri-menteri lain, serta hakim, duta-duta Malaysia dan seumpamanya.

Sebagai sumber keadilan, baginda mempunyai kuasa mengampun bagi kesalahan yang dibicarakan dalam Mahkamah Tentera (Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata), kesalahan-kesalahan sivil yang telah dilakukan dalam wilayah persekutuan.

Yang di-Peruan Agong mewakilkan tugasnya kepada orang atau suruhanjaya yang dilantik oleh Baginda. Jadi, pada praktisnya Yang di-Pertuan Agong menjadi payung dan paksi bagi menjamin keobjektifan dan keneutralan perjalanan sistem pemerintahan.


Kuasa Budi Bicara Yang di-Pertuan Agong

Peruntukan Perlembagaan: Perkara 40-(20), menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara dalam :
melantik Perdana Menteri
menangguhkan pembubaran Parlimen yang diminta oleh Perdana Menteri,
meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja




Majlis Raja-Raja

Majlis Raja-Raja merupakan badan rasmi yang paling luhur atau tinggi martabatnya di negara ini. Ia dianggotai oleh semua sembilan Sultan/Raja dan empat Gabenor atau Yang di-Pertua Negeri.


Persidangan Majlis Raja-Raja

Majlis Raja-Raja bersidang sebanyak tiga atau empat kali setahun. Setiap persidangan berlangsung selama tiga hari.

Persidangan Majlis dipengerusikan oleh Raja yang terkanan mengikut senioritinya. Setiausahanya persidangan ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.


Persidangan Majlis sebagai Platform

Satu daripada fungsi Majlis Raja-Raja ialah memberi kesempatan untuk menemukan wakil Kerajaan Pusat (Perdana Menteri) dengan wakil-wakil Kerajaan Negeri(Ketua Menteri/Menteri Besar) di hadapan raja-raja.

Bagi Perdana Menteri, forum diraja ini memberi peluang kepada beliau untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan dan seterusnya mendapatkan pandangan serta sokongan Majlis.

Dengan penuh tertib tetapi mesra, pemimpin-pemimpin negeri bersama Perdana Menteri berbincang dengan raja-raja dan Tuan-Tuan Yang Terutama mengenai hal ehwal rakyat dan negara.

Majlis Raja-Raja juga, mengikut perlembagaan, dikehendaki mengesahkan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen.

Tugas-tugas lain Majlis Raja-Raja adalah seperti yang ternyata dalam Perkara 32 Perlembagaan

Mengenai pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, hanya raja-raja sahaja yang boleh mengambil bahagian.


Kuasa Budi Bicara Majlis

Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa budi bicara kepada Majlis Raja-raja berhubung dengan perkara-perkara tertentu.



Kesimpulan

Sistem raja berperlembagaan merupakan satu daripada tunggak autoriti dalam pemerintahan Malaysia, dan telah wujud semenjak Tanah Melayu merdeka. Sistem ini terdiri daripada dua institusi, iaitu Majlis Raja-raja dan institusi Yang di-Pertuan Agong.

Sistem raja berperlembagaan menjelaskan keseimbangan hak dan tanggungjawab antara raja dan rakyat yang dinaungi,demi kemantapan dan kemakmuran masyarakat sendiri.

Sistem raja berperlembagaan menjamin kedaulatan negara sewajarnya menerima tumpuan taat setia rakyat yang terpelihara dalam lingkungan undang-undang yang didaulatkan oleh proses sistem raja berperlembagaan itu sendiri.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
YDPA adalah Ketua NegaraKak sampah10:52:42 10/10/05 Mon


VoyUser Login ] Not required to post.
Post a public reply to this message | Go post a new public message
* HTML allowed in marked fields.
Message subject (required):

Name (required):

  E-mail address (required):

* Type your message here:

Choose Message Icon: [ View Emoticons ]

Notice: Copies of your message may remain on this and other systems on internet. Please be respectful.

[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2012 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.