VoyForums
GIVE FREE FOOD
www.TheHungerSite.com
Protect Habitat for Free
www.TheRainforestSite.com
Non-profit ad served by VoyForums...

VoyUser Login optional ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123456[7]8910 ]
Subject: Fungsi SUHAKAM sebagai check and balance Kerajaan


Author:
siswasiswi
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 18:55:13 09/06/05 Tue

Sebenarnya idea hak asasi manusia bermula tahun 1948 iaitu daripada United Nation Human Rights. Dari situlah bermula setiap negara ditetapkan mengadakan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. Setiap perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan masing-masing. Sepatutnya setiap negara di dalam dunia mesti mewujudkan suruhanjaya ini.

Pada awal tahun 1990, Perdana Menteri telah memutuskan Tan Sri Musa Hitam sebagai wakil Malaysia ke Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk berbincang tentang hak asasi manusia. Dan beliau telah dilantik sebagai Pengerusi. Lihatlah setiap negara di dalam dunia memiliki Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tetapi Malaysia sendiri tiada suruhanjaya tersebut.

Bagaimanapun, setelah sekian lama barulah kerajaan Malaysia bersetuju menubuhkan suruhanjaya ini. Setelah melalui proses kelulusan kabinet dan dibawa ke parlimen. Tiada sebarang bantahan berlaku dan ia diterima sebulat suara. Oleh demikian,suruhanjaya ini merupakan badan yang ditubuhkan melalui proses undang-undang. Justeru, ia bukan sebagai badan NGO atau anti kerajaan tetapi untuk rakyat.

Seperti dimaklumkan, perbelanjaan akan ditanggung oleh kerajaan. Dan ini tidak bermakna suruhanjaya tersebut tidak bebas. Misalnya segala perbelanjaan badan kehakiman ditanggung oleh kerajaan. Tetapi badan tersebut bebas dalam membuat dalam sebarang keputusan. Tan Sri Dato' Prof Harun Mahmud Hashim, Timbalan Pengerusi SUHAKAM yang juga bekas Hakim Negara, menafikan apabila segala kos perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan maka semuanya akan mengikut telunjuk kerajaan. Hal ini jangan dijadikan perbandingan. Suruhanjaya ini ditubuhkan mengikut undang-undang pada 9 September 1999.

Walaupun Suhakam baru ditubuhkan tetapi nampaknya ia lebih menonjol berbanding pertubuhan lain kerana isu yang dimainkan mendapat tempat di hati rakyat dan ada personaliti tertentu di dalamnya. Hak asasi manusia sememangnya timbul di mana-mana sahaja. Boleh dikatakan badan ini telah diterima oleh rakyat di samping kebebasan yang ada mengikut peruntukan undang-undang. Kedua, ia dianggotai bekas hakim negara, profesor, tokoh akademik, dan bekas ahli politik. Sebenarnya, bekas ahli politik hanya dua orang sahaja. Itupun sudah bersara lama dalam arena politik. Peringkat awal, suhakam melakukan pertemuan dengan badan NGO antaranya Hakam, Aliran, dan Suaram. Pertemuan itu mendapat kerjasama dan mereka mahu membantu dan menyerahkan segala kajian yang dilakukan kepada suhakam. Walaupun mereka komited dengan Suhakam dan menganjurkan pelbagai seminar. Bagaimanapun, setakat ini belum ada kuasa yang boleh menjalankan keputusan yang telah dilakukan. Namun suruhanjaya ini memang ada kuasa tertentu tetapi bidang kuasanya bukanlah seperti badan kehakiman atau imigresen kerana badan ini sudah ada kuasa tertentu untuk menjalankan tugas.

Bidang kuasa Suhakam pula, berhak memanggil sesiapa sahaja sebagai saksi untuk memberi keterangan, suhakam boleh melawat mana-mana jabatan kerajaan untuk menyiasat tentang aduan yang telah dibuat oleh rakyat. Selepas siasatan dilakukan, pihak suhakam akan membuat perakuan kepada kerajaan. Di situ suhakam bertanggungjawab menyediakan laporan tahunan untuk terus dibawa ke Dewan Rakyat tanpa menerusi mana-mana menteri. Jadi, setakat ini sahaja kuasa Suhakam.

Apabila dibentangkan di parlimen, maka wakil rakyat perlu menjalankan tugas. Pada masa dahulu timbul sebarang masalah kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja. Dalam kes Anwar Ibrahim ditumbuk dan polis diminta menyiasat tetapi, masih tidak dapat membuktikan siapa yang melakukannya. Akhirnya, Suruhanjaya Diraja ditugaskan untuk menyiasat dan terbukti Ketua Polis Negara sendiri yang melakukannya. Dan suhakam telah membuat perakuan meminta beliau didakwa. Atas perakuan inilah beliau telah didakwa dan dihukum. Beginilah tindakan yang dilakukan oleh suruhanjaya.

Jika kita menyebut soal integriti, perlu melihat siapakah ahlinya. Mengikut undang-undang sememangnya badan ini bebas. Suhakam diberi kuasa untuk menyiasat sesiapa sahaja. Tan Sri Dato' Prof Harun Mahmud Hashim telah nyatakan bahawa boleh dikatakan pelbagai badan NGO yang telah ditemui berpuas hati bahawa Suhakam akan menjalankan tugasnya secara bebas. Suhakam juga telah memanggil jabatan kerajaan dan kementerian berkenaan untuk disoal siasat. Misalnya aduan diterima bahawa orang di dalam tahanan telah diseksa. Oleh itu, suhakam bertindak memanggil orang atasan seperti ketua-ketua jabatan penjara. Begitu juga pertemuan dengan parti politik sama ada kerajaan dan pembangkang. Nampaknya, setakat ini mereka berpuas hati dengan suhakam.

Begitu juga ahli-ahli Suhakam seperti Musa Hitam dahulunya merupakan Timbalan Perdana Menteri. Ketika itu beliau merasakan dirinya tidak sesuai lagi akhirnya meletakkan jawatan bukannya beliau dibuang. Hakim pula, merupakan salah seorang suruhanjaya yang melakukan perakuan kepada kerajaan bahawa Ketua Polis Negara yang mencederakan Anwar merupakan ahli Suhakam juga. Oleh demikian, terbukti bahawa Suhakam bukan satu badan yang mengikut telunjuk kerajaan. Perkara ini memang jauh sekali. Profesor Hamdan bukan seorang kaki ampu kerajaan, Prof Chia, Prof Mehrun hendak kata keras kepala tidaklah tetapi mereka adalah golongan yang tidak boleh dipengaruhi oleh kerajaan.

Mungkin rakyat akan melihat Suhakam tidak lebih sebagai badan penasihat kerajaan dalam isu-isu tertentu. Ertinya Suhakam bukannya menteri yang mempunyai bidang kuasa yang besar. Sebenarnya, apabila timbul masalah suhakam akan menasihati kerajaan. Suhakam boleh membuat perakuan bahawasanya hal tersebut tidak betul maka kerajaan kena betulkan. Lihatlah suruhanjaya di luar negara serupa juga. Suruhanjaya bertindak bukan bermakna mereka antikerajaan atau jauh sekali untuk pro-kerajaan. Sebabnya kita melihat siapa yang betul atau salah. Oleh itu, tugas Suhakam membetulkan perkara yang tidak betul. Bagaimanapun, jika rakyat menganggap Suhakam sebagai satu badan pro-kerajaan adalah sesuatu yang tidak betul dan tidak boleh diterima.

Apa yang menarik, selepas kita tubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, reputasi kita di peringkat antarabangsa amat baik. Malah bukan mudah Bangsa-Bangsa Bersatu hendak menerima jika penubuhan ini sekadar sandiwara. Perkara ini sememangnya jauh sekali.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
kalau begitu, BUBARKAN PAS. kerana..Pek Dik17:42:25 09/08/05 Thu
kalau begitu, BUBARKAN PAS. kerana..Pek Dik17:43:03 09/08/05 Thu


VoyUser Login ] Not required to post.
Post a public reply to this message | Go post a new public message
* HTML allowed in marked fields.
Message subject (required):

Name (required):

  E-mail address (required):

* Type your message here:

Choose Message Icon: [ View Emoticons ]

Notice: Copies of your message may remain on this and other systems on internet. Please be respectful.

[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2012 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.