VoyForums

Natural Pain Relief

VoyUser Login optional ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345678[9]10 ]
Subject: Perlembagaan Adalah Kuasa Tertinggi


Author:
samdol
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 12:31:51 07/27/05 Wed

Saya juga telah menjelaskan berkali-kali mengenai isu ini. Terima kasih atas penjelasan Awang Sulung. Saya amat memahami akan konsep "tersirat" berkenaan dengan perlembagaan Malaysia.

Dalam contoh yang diberikan oleh Awang Sulung "" Misalnya contoh yang paling mudah iaitu Perlantikan Perdana Menteri Malaysia yang tidak dicatatkan dalam Perlembagaan untuk melantik Perdana Menteri dari kalangan orang Melayu sahaja. Carilah kitab manapun di Malaysia, penjelasan tentangnya tidak ada. Secara "Role of Law" memang tidak ada. Maka semua kaum di Malaysia berhak menjadi Perdana Menteri. Namun terdapat pemahaman lain yang secara halus malah lebih tersirat menerangkan mengenai pemahaman undang-undang secara "Spirit of Law".

Misalnya Pelantikan Perdana Menteri tadi. YDPA tercatat sebagai Pemerintah Tertinggi dalam Perlembagaan adalah antara lain sebagai Ketua Agama Islam bagi Persekutuan dan negeri-negeri yang tidak beraja. Antara lain tugasan dan tanggungjawab Perdana Menteri ialah menjadi penasihat YDPA atau Raja dalam agama Islam Persekutuan dan adat istiadat melayu. Apakah logik dan sesuai untuk melantik orang bukan Islam untuk menjadi Perdana Menteri dan menasihati YDPA dalam hal ini? Maka secara halus ia menolak kaum lain jika bukan beragama Islam untuk menjadi Perdana Menteri.""

Perkara ini juga telah dijelaskan oleh bekas PM Tun Dr Mahathir yang mengatakan orang asing juga boleh menjadi PM jika berkelayakan dan boleh memberikan keuntungan kepada Negara. Ia juga boleh dikira sebagai maksud yang 'tersirat'. Adalah tidak logik sekiranya bekas PM tidak memahami konsep Perlembagaan Malaysia.

Awang Sulung berkata """Itu bagi satu contoh dalam memahami undang-undang dan perlembagaan secara Spirit of Law. Satu lagi ialah mengenai institusi raja di Malaysia yang sejak sekian lama dipelihara. Atas sebab nilai Melayu terhadap Raja maka dikekalkan sistem beraja di Malaysia. Malah lebih unik apabila dari kalangan negeri-negeri beraja melalui pula proses demokrasi di kalangan mereka untuk dipilih sebagai Yang Dipertuan Agung secara
bergilir-gilir. Mana ada raja di dunia ini yang melalui proses demokrasi untuk dipilih menjadi YDPA melainkan di Malaysia.

Dalam sejarah Malaysia unsur YDPA dimasukkan sebagai kontrak sosial antara kaum di negara ini sebelum orang Melayu bersetuju menerima kaum lain berkongsi sebagai warganegara Malaysia. Ini antara lain termasuk sebagai Hak-hak istimewa, pendidikan, agama Islam dan lain-lain lagi.""

Ini adalah konsep "mutual power sharing" yang mana kuasa daripada YDPA disalurkan kepada PM yang mana YDPA mendapat kuasa melalui lantikan daripada Majlis Raja-Raja manakala PM mendapat kuasa melalui pilihanraya dan mendapar lantikan daripada YDPA. Perkara ini tidak dijelaskan dengan panjang lebar tetapi diakui bahawa lantikan PM adalah daripada perkenan/consent dariapda YDPA itu sendiri.


Awang Sulung berkata ""Parlimen pula mempunyai kuasa untuk meminda perlembagaan jika terdapat majoriti 2/3 mengundi untuk membuat pindaan. Dalam hal ini Parlimen juga boleh melakukan pindaan sama ada mengurangkan kuasa raja malah menghapuskannya. Namun dalam kontek malaysia ini tidak berlaku. Nilai Raja bagi masyarakat Melayu sangat tinggi. Bagi orang Melayu memartabatkan Raja adalah satu perkara yang sangat mulia.

Samdol harus faham ialah kuasa Raja atau sultan di Malaysia ialah hanyalah sebagai kuasa de jure suatu yang tidak diajar di sekolah atau di universiti. Maknanya kuasa raja memang sah menurut undang-undang atau hukum sahaja namun tidak mempunyai kuasa sebenar dalam memerintah. Dalam hal ini YDPA di Malaysia tidak mempunyai kuasa sepenuhnya. Kuasa-kuasa YDPA sudah dibataskan mengikut fungsinya, termaktub dengan undang-undang negara bukan seperti suatu ketika dulu undang-undang adalah raja, raja adalah undang-undang. Inilah cara bagaimana orang Melayu dan kaum-kaum lain dahulu secara bijak meletakkan kedudukan raja sehingga kekal hari ini.""

Awang sulung perlu ingat bahawa Perlembagaan Malaysia boleh dipinda/ubah/hapus atau tukar sesuatu perlembagaan menjadi perlembagaan yang baru tetapi sudah termaktub dalam perlembagaan bahawa mana-mana perlembagaan baru yang dibuat selepas merdeka yang tidak selari dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah. Ini bertujuan untuk mempertahankan kuasa yang ada pada Raja-Raja dan YDPA itu sendiri.

Awang Sulung berkata ""Perlembagaan bukan memegang dan melaksana kuasa tetapi pemimpin negara yang membuat, meminda dan menjalankan apa yang terkandung dalam Perlembagaan. Oleh itu siapakah yang paling berkuasa? Jawapannya ialah Perdana Menteri Malaysia. Perdana Menteri Malaysia mempunyai kuasa de facto iaitu kuasa sebenar. Kuasa sebenar ialah PM bukan YDPA. Para pencinta undang-undang tahu perkara ini.

Apakah kita mahu menyebarkan kepada rakyat malah dipelajari dalam mata pelajaran bahawa YDPA tidak berkuasa berbanding PM? sudah tentu demi kebaikan kedudukanraja-raja perkara ini tidak perlu dibincangkan secara terbuka. Bukan bererti takut atau YDPA lebih berkuasa tetapi menghormati institusi beraja.""

Ini adalah pemahaman yang salah berhubung dengan Perlembagaan Malaysia. Sekali lagi dinyatakan bahawa maksud Perlembagaan ialah sesebuah negara perlu mempunyai peraturan atau undang-undangnya sendiri. Perlembagaan merupakan undang-undang utama yang berkuasa menentukan:
i. organisasi kerajaan.
ii. pembahagian kuasa antara badan-badan pemerintah
iii. prinsip untuk melaksanakan kuasa-kuasa yang diberikan.

Dengan kata lain perlembagaan adalah undang-undang dasar yang menentukan corak dan kuasa sesebuah kerajaan. Ia merupakan peraturan yang menentukan bagaimana sesebuah negara ditadbir. Ia juga menentukan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaannya. Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia merupakan sumber bagi menggubal undang-undang yang lain. Maknanya Malaysia adalah sebuah negara yang unik di mana kita tidak meletakkan individu di tempat yang tertinggi tetapi perlembagaan adalah yang tertinggi. Maknanya perlembagaan yang mengawal kuasa YDPA atau PM. Perlu diingat bahawa asas kuasa adalah daripada YDPA.

Awang Sulung berkata ""Perdana Menteri yang bijak adakah mahu mengungkitkan perkara ini? Memang betul YDPA boleh membubarkan Parlimen, hadir Majlis Rasmi dan sebagainya. Namun ini semua atas kuasa perintah Perdana Menteri. Misalnya YDPA tidak boleh untuk membubarkan parlimen tanpa nasihat dan kehendak Perdana Menteri untuk bubar. Kuasa membubar parlimen hanyakuasa tersurat YDPA namun secara tersiratnya adalah melalui persetujuan dan kuasa PM untuk membubarkannya. Bukankah ini menunjukkan Raja sebagai kuasa simbol yang mesti dipertahankan? bukan yang sebenarnya?

Tidak ada sejarah di Malaysia ini YDPA menghalang PM membubarkan Parlimen mengikut keputusan Memang benar PM mengangkat sumpah kepada YDPA sebagai mengisyhtarkannya sebagai PM dan kuasa menyimpan rahsia. Namun semua ini juga mengikut pandangan dan kehendak PM. Dalam hal ini bukan YDPA yang memanggil PM untuk mengangkat sumpah tapi PM yang meminta YDPA untuk dibuat angkat sumpah. Siapa yang berkuasa antara orang yang menyuruh, memerintah atau diperintah? Dalam hal ini PM menyuruhkan! atau lebih keras lagi mengarahkan YDPA!!!!. Tetapi tak kan PM akan beri tahu rakyat dia suruh YDPA buat kerja? PM hormat YDPA. Tapi menghormati bukan bererti berkuasa. Jika PM hormat kepadaYDPA tidak bermaksud YDPA lebih berkuasa.""

Di dalam perlembagaan telah dijelaskan bahawa Kuasa Eksekutif, iaitu kuasa untuk memerintah, diberi di bawah Perkara 39 Perlembagaan Malaysia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung, tetapi diselenggarakan oleh Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Jemaah Menteri adalah bertanggungjawab terus kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Setiap tindakan eksekutif Kerajaan Persekutuan adalah disalurkan daripada kuasa Diraja, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu PM mempunyai Kuasa Eksekutif kerana kuasa itu telah diserahkan oleh YDPA kepada PM tetapi kuasa asalnya adalah daripada YDPA itu sendiri.

Perlembagaan Malaysia mempunyai sejarah yang ada hubungannya dengan dua dokumen yang terdahulu. Dokumen itu ialah perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.

Asas Perlembagaan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Ia merupakan perlembagaan bertulis yang berasaskan prinsip-prinsip demokrasi.Pindaan boleh dilakukan di Parlimen apabila mendapat persetujuan dua pertiga atau lebih daripada anggota dewan Rakyat.

Pemerintahan negara kita sekarang ini adalah berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957. Perkara yang terkandung dalam perjanjian itu telah mengalami proses pindaan untuk disesuaikan dengan perkembangan politik semasa, seperti gabungan Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Tanah Melayu dalam sebuah kerajaan Persekutuan Malaysia yang diisytiharkan pada 16 September 1963. Perlembagaan menjadi garis panduan pemerintahan, sistem politik serta proses pentadbiran negara.

Fasal 159 Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukan bahawa sebarang pindaan boleh dilakukan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Antara perkara-perkaa penting di dalam Perlembagaan Malaysia ialah:

Perkara 3: Agama Islam sebgai agama rasmi Persekutuan.
Perkara 10 : Kebebasan individu untuk bercakap, berhimpin dan berpersatuan.
Perkara 152: Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.
Perkara 153: Hak Istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Borneo.
Perkara 181: Kedaulatan Raja-raja Melayu.

Kuasa yang tertinggi di Malaysia ialah Parlimen. Parlimen mengandungi dua dewan iaitu:-
1-Dewan Rakyat
2-Dewan Negara.

Dewan Rakyat bertanggung jawab:
1-Meluluskan undang-undang.
2-Menentukan belanjawan negara.
3-Mengawasi perjalanan pentadbiran kerajaan.

Awang Sulung Menulis ""YDPA memang secara bertulis ditulis peranannya. Namun secara tersiratnya pemimpin yang paling berkuasa ialah PM. Ringkas dan mudah untuk pemahaman Samdol, apa sahaja yang dilaksanakan mengikut peranan YDPA adalah juga atas kuasa PM sebagai pemimpin tertinggi negara. PM yang memegangparlimen bersama wakil rakyat parti yang memerintah. dengan kuasa dua pertiga yang PM ada sudah tentu pelbagai pindaan perlembagaan boleh dibuat. Misalnya pindaan untuk memberikan eluan kepada balu bekas YDPA Sultan Salahudin (Sultan Selangor) yang tidak ada sebelum ini. Harus di ingat ini bukan permintaan yang YDPA tetapi atas kuasa PM bersama wakil rakyatnya.

YDPA adalah simbol terulung pemerintahan beraja yang kekal hingga hari ini. Jika insitusi ini masih menyentuh nilai orang Melayu dan dilihat tidak menganggu apa salahnya mengekalkan. Malah kita beri peranan kepada raja atau YDPA. Apakah perlu perkara ini dibincang secara detail dalam buku atau perbincangan secara terbuka? jawapannya amat tidak sesuai.

Namun tiada perkataan yang sesuai untuk Samdol PEMIMPIN SEBENAR YANG BERKUASA ADALAH PM BUKAN YDPA. OLEH ITU PM ADALAH KUASA TERTINGGI YANG DIFAHAMI SECARA TERSURAT DAN TERSIRAT. Tidak seperti YDPA dan Perlembagaan
Negara.

Orang Melayu dan pembuat undang-undang Malaysia terdahulu memang bijak.

Kepada audien dan pembaca budiman. Faham betul-betul bahawa PM adalah paling berkuasa dengan erti sebenarnya bukan YDPA.Ingat erti sebenarnya!!!!!! bukan seperti Perlembagaan yang di'paste'kan dalam forum ini. Walaubagaimanapun marilah kita hormati perlembagaan Malaysia yang di 'paste'kan oleh Samdol itu. Kerajaan kita kerajaan semua tidak begitu Samdol?Walaupun pedas kita mahu menerima maksudnya tetapi itulah hakikatnya. Rasanya raja-raja sudah tahu maksud sebenarnya. Yang paling penting bagi raja ialah bukan semata-mata kuasa sebenarnya yang mereka mahu atau begitu juga pada PM yang memiliki kuasa memerintah negara semahu-mahunya tetapi kepercayaan rakyat terhadap raja. Seperti titah Seri Paduka Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sewaktu baginda dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia dalam tahun 1980an;"Bahawa selagi rakyat menaruh kepercayaan terhadap Raja dan menghormati Institusi Beraja, selagi itulah takhta tidak akan dipindakan dari istana ke muzium"

Alangkah mulianya kerajaan hari ini konsep pemahaman yang Awang Sulung ceritakan ini tidak diterangkan dalam pembelajaran buku teks sekolah....mungkin kerana mahu menjaga nama institusi Raja. Tidak begitu Samdol.""


Ingin dinyatakan bahawa:-

PERANAN YANG DIPERTUAN AGONG DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan kita menetapkan Yang diPertuan Agong sebagai ketua negara. Yang diPertuan Agong dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu secara bergilir-gilir bagi tempoh lima tahun sahaja. Sebagai Raja Berperlembagaan, Yang diPertuan Agong bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.

Yang diPertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara dalam hal melantik Perdana Menteri, tidak memperkenankan permintaan membubarkan Parlimen, dan menitahkan perintah mengadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi membincangkan perkara yang melibatkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu. Selain itu, baginda juga mempunyai kuasa seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan, misalnya Perkara 153, yang memperuntukkan kuasa dan tanggungjawab Yang di Pertuan Agong melindungi orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain.

Baginda juga menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera dan kuasanya itu dilaksanakan oleh Majlis Angkatan Tentera. Selain itu, baginda juga diberi kuasa pengampunan bagi kesalahan dalam Wilayah Persekutuan. Dalam hal ini, baginda bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan. Raja-Raja Melayu yang lain, selaku ketua negeri masing-masing mempunyai kuasa pengampunan di negeri mereka. Raja-Raja menjadi ketua agama di negeri mereka, manakala Yang diPertuan Agong menjadi ketua agama bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan, di samping negeri baginda sendiri.

Yang diPertuan Agong juga diberi kuasa oleh perlembagaan untuk mengisytiharkan Darurat jika didapati keadaan keselamatan negara terancam. Dalam hal ini, baginda bertindak atas nasihat Jemaah Menteri. Di samping undang-undang Darurat yang memerlukan perkenan Yang diPertuan Agong, semua rang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen juga memerlukan perkenan baginda.

Sistem Raja Berperlembagaan bererti Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu menjalankan pemerintahan negara dan negeri atas nasihat ketua kerajaan. Perdana Menteri adalah ketua kerajaan di peringkat pusat, manakala Menteri Besar atau Ketua Menteri sebagai ketua kerajaan di peringkat negeri. Di peringkat pusat, Perdana Menteri dibantu oleh Jemaah Menteri, sementara di peringkat negeri, Menteri Besar dan Ketua Menteri mengetuai Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan Negeri atau Kabinet Kerajaan Negeri di Sabah dan Sarawak.

Selain itu, Yang diPertuan Agong juga melantik anggota Jemaah Menteri dan Hakim Mahkamah dengan nasihat Perdana Menteri. Yang diPertuan Agong terlibat dalam ketiga-tiga badan pemerintahan iaitu perundangan (legislatif/dewan-dewan di parlimen), pelaksanaan (eksekutif/kabinet menteri dan birokrasi/jpa) dan kehakiman.


Apakah Kepentingan Perlembagaan

Perlembagaan adalah penting bagi sesebuah negara untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Oleh kerana Perlembagaan menentukan rangka dan bentuk pemerintahan serta kuasa yang diamanahkan kepada mereka yang menerajui kerajaan, ia menjamin satu pentadbiran yang
cekap, jujur dan adil.

Perlembagaan juga menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara seperti kebebasan diri, kebebasan bercakap, kebebasan memiliki harta dan kebebasan beragama. Dengan peruntukan tersebut, perlembagaan menjamin keselamatan dan keamanan rakyatnya.

Selain itu, perlembagaan menentukan batasan bagi menjaga keselamatan dan memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar bagi kemakmuran rakyat.

Unsur taat setia kepada negara adalab termaktub dalam perlembagaan. Perkara 24 menyatakan bahawa seseorang itu akan diperintah dilucutkan kerakyatannya sekiranya kerajaan Malaysia berpuas hati bahawa seseorang itu telah memperoleh kerakyatan negara lain. Manakala Perkara 25 menyatakan bahawa seseorang itu diarahkan dilucutkan kerakyatannya sekiranya terbukti yang dia tidak setia atau tidak suka kepada negara ini.

Perlembagaan Malaysia juga memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum. Untuk menjamin keadilan antara kaum, kebebasan ini dihadkan. Ini bermakna seseorang itu diberi kebebasan bercakap tetapi kebebasan ini dihadkan oleb Bab I Perkara 10(2)(a) kerana seseorang itu tidak dibenarkan bercakap mengenai isu sensitif yang boleh menimbulkan kebencian terhadap kaum lain, yang akan mengakibatkan berlakunya persengketaan dan pergaduhan antara kaum serta mengancam keselamatan negara. Bagi tujuan ini, Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan pada tahun 1970 yang mengehadkan hak kebebasan seseorang bercakap. Akta ini tidak membenarkan seseorang itu bercakap dengan sewenang-wenangnya sehingga menyentuh isu sensitif yang boleh menimbulkan rusuhan kaum. Dengan ini perlembagaan menjamin keselamatan setiap rakyat daripada dianiaya.

Perlembagaan juga menentukan supaya hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan kerana ini adalah jaminan awal sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka dan sebelum Sabah dan Sarawak bersetuju memasuki Malaysia pada tahun 1963. Walau bagaimanapun semua warganegara Malaysia, tanpa mengira kaum adalah sama rata di sisi undang-undang (Perkara 8 (1)), bebas menganut dan mengamal agama masing-masing (Perkara 11(1)) dan berhak memiliki harta (Perkara 13). Selain perkara di atas, terdapat juga peruntukan mengenai hak pelajaran (Perkara 12 (1)) yang menegaskan bahawa tidaklah boleh ada perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir untuk kemasukan dan bayaran yuran ke institusi pendidikan yang diselenggarakan oleb kerajaan.

Seperti negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menyerahkan kuasanya dalam beberapa bidang kepada kerajaan pusat seperti pendidikan dan kesihatan. Ini memberi kesan yang sangat mendalam kepada negeri-negeri tersebut. Satu daripada kesannya ialah pembangunan yang sangat pesat dalam bidang pendidikan dan perkhidmatan seperti kesihatan, pos, telekom dan polis. Selain itu, terdapat pertukaran pegawai-pegawai yang kini tergolong dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan. Keadaan ini dengan sendirinya merapatkan hubungan antara wilayah dan mengukuhkan perpaduan negara.

Perkongsian budaya juga wujud dan mengeratkan perasaan kekitaan dan persefahaman. Dengan itu juga, usaha ke arah mewujudkan integrasi nasional menampakkan hasil dan akan mempercepatkan lagi proses pembentukan negara dan bangsa yang bersatu dan berdaulat.

Di negara kita, setiap negeri mempunyai Perlembagaan Negeri yang menjadi panduan pemerintahan kerajaan negeri. Mahkamah boleh membatalkan undang-undang negeri jika undang-undang tersebut di luar bidang kuasanya atau bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan juga memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa Parlimen atau bercanggah dengan perlembagaan.


Keluhuran Perlembagaan

Keluhuran perlembagaan merupakan satu daripada prinsip Rukun Negara. Keluhuran bermakna keagungan atau kemuliaan.

Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara kita kerana semua jenis undang-undang yang diluluskan tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan. Undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan adalah tidak sah.

Begitu juga undang-undang negeri mestilah selaras dengan undang-undang Persekutuan. Kuasa untuk menentukan kesahihan undang-undang adalah terletak pada mahkamah. Tugas penting badan kehakiman ialah menjaga supaya peruntukan Perlembagaan tidak tercabar dan terjejas oleh undang-undang Parlimen.

Tujuannya untuk menjamin keluhuran dan ketertinggian perlembagaan. Keadaan ini berbeza dengan keadaan di negara seperti Great Britain. Taraf ketertinggian diberi kepada Parlimen. Parlimen Great Britain, pada hakikatnya boleh membuat apa juga jenis undang-undang tanpa sekatan, sungguhpun dari segi praktiknya belum terdapat ahli-ahli yang menyalahgunakan peruntukan ini. Keunikan perlembagaan Great Britain ialah kerana ia tidak bertulis. Aspek yang menjadi pengukuh perlembagaan mereka ialah tradisi, amalan dan sikap serta pengalaman politik mereka.

Satu lagi contoh ketertinggian perlembagaan kita ialah kedudukan Yang diPertuan Agong. Walaupun kedudukan baginda mengatasi undang-undang iaitu tidak boleb didakwa di mahkamah, tetapi kuasa baginda adalah ditetapkan oleh perlembagaan. Ini bermakna baginda mendapat kuasa dan wibawa daripada perlembagaan.

Semua jentera pemerintahan juga mendapat kuasa daripada perlembagaan. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa perlembagaan merupakan dokumen rujukan negara.

Perlembagaan kita juga mengandungi perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak, kedudukan bahasa Melayu sebagai lambang semangat kebangsaan dan perpaduan negara, kedudukan Raja-Raja Melayu yang menjadi lambang tradisi kerajaan, dan kerakyatan.

Keluhuran dan ketertinggian perlembagaan mengatasi Yang diPertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan mahkamah. Ini menjadikan perlembagaan negara kita sebagai pelindung bagi penduduk dan negara.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Bukan shj hapus kuasa Raja malah Parlimen juga berkuasa pulih kuasa MUTLAK Raja... Semua boleh jadi!ingin tahu jr.22:05:19 07/27/05 Wed
So, hujah kuasa Parlimen tu tak relevan sbb Parlimen can deny the power of both PM & King anytime...ingin tahu jr.22:08:07 07/27/05 Wed


VoyUser Login ] Not required to post.
Post a public reply to this message | Go post a new public message
* HTML allowed in marked fields.
Message subject (required):

Name (required):

  E-mail address (required):

* Type your message here:

Choose Message Icon: [ View Emoticons ]

Notice: Copies of your message may remain on this and other systems on internet. Please be respectful.

[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2012 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.