Salam hormat dan Selamat Bersidang kepada Yang Berhormat.
"MAJU JATIQ BERSAMA YB"
MESYUARAT KEDUA BAGI PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI KE ENAMBELAS (Persidangan Dewan Undangan Negeri) akan mula bersidang dari 14 hingga 23 Mei 2007.
Second Day Sitting: Tuesday, 15th May 2007
Questions for Oral Answers
1. Y.B. ENCIK PAULUS PALU GUMBANG (N.69 - BATU DANAU)
35. Bertanya kepada Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Luar Bandar:
Sama ada kerajaan mempunyai rancangan untuk menubuhkan Rural Growth Centre (RGC) bagi kawasan N.69-Batu Danau dan jika ada, dimana dan bilakah ia dilaksanakan?
2. Y.B. ENCIK PAULUS PALU GUMBANG (N.69 - BATU DANAU)
58. Bertanya kepada Ketua Menteri:
Adakah kerajaan bercadang untuk memanjangkan waktu pembukaan Pos Imigresen di Tedungan, Limbang daripada jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam pada masa ini kepada jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
[Third Day Sitting: Wednesday, 16th May 2007]
3. Y.B. ENCIK PAULUS PALU GUMBANG (N.69 - BATU DANAU)
84. Bertanya kepada Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan:
Sama ada kerajaan mempunyai rancangan untuk menaiktaraf/ menurap projek jalan kampung seperti berikut:
(a) Menurap jalan masuk (dari Jalan Medamit) ke Rumah Dampin, Terimah (2 km);
(b) Menaiktaraf Jalan Rumah Akoh, Ensurai;
(c) Membaikpulih Jalan Rumah Gra, Tinting Rian, Lubai (4 km)
(d) Membina Jalan ke Kampung Meruyu, Ulu Limbang;
(e) Menaiktaraf Jalan Kampung, Rumah Dindang, Medamit (3 km); dan
(f) Menaiktaraf Jalan Rumah Banta, Entagis.
[Fourth Day Sitting: Thursday, 17th May 2007]
4. Y.B. ENCIK PAULUS PALU GUMBANG (N.69 - BATU DANAU)
127. Bertanya kepada Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pemodenan Pertanian:
(a) Adakah kementerian mempunyai rancangan untuk mengimplementasikan Program Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani di negeri ini?
(b) Jika ada, berapakah jumlah yang akan terlibat dan apakah insentif-insentif yang ditawarkan untuk menggalakkan penyertaan dalam bidang ini?
[Fifth Day Sitting: Friday, 18th May 2007]
5. Y.B. ENCIK PAULUS PALU GUMBANG (N.69-BATU DANAU)
202. Bertanya kepada Menteri Kemajuan Tanah:
(a) Berapakah jumlah permohonan yang diterima dari masyarakat di Kawasan Batu Danau/ Medamit bagi penanaman Kelapa Sawit secara besar-besaran setakat ini? dan
(b) Jika ada, berapakah yang telah dilulus dan bilakah ia akan dilaksanakan?