Voy/Voyager.com Haiti Support: Support organizations can still use your donations MercyCorps AmeriCares Water Missions International Others...

VoyForums

Tue February 09, 2010 17:02:20VoyUser Login optional ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345678910 ]
Subject: Isu Pelajaran Untuk Anak Mamagun


Author:
Warga Pengajar
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 17:34:37 07/27/06 Thu


Pendidikan holistik pupuk minda kelas pertama
Oleh Dr Ilias Zaidi


PENCAPAIAN tahap minda kelas pertama menerusi teras kedua Misi Nasional akan menjadi penentu kejayaan teras lain dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Kalau begitu, sistem pendidikan sedia ada perlu dilihat semula sama ada ia mampu melahirkan warga yang memiliki minda kelas pertama.





Jika di institusi pengajian tinggi, minda kelas pertama diukur apabila mahasiswa mendapat gred A bagi hampir semua subjek yang diambil sepanjang tempoh pengajiannya. Bagaimanapun, yang penting untuk diturutsertakan ialah kebernasan idea, kedalaman kajian dan keluhuran peribadi.

Kalau begitu, seperti pernah ditegaskan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa sistem pendidikan negara yang berteraskan Penyata Razak 1956 dan kemudiannya diubah suai berdasarkan Penyata Rahman Taib 1960 dan Akta Pendidikan Kebangsaan 1961, memerlukan perubahan drastik dalam masa lima tahun.

Tujuannya ialah hendak menjana jati diri pelajar ke arah kelahiran insan serba boleh, berakhlak mulia, berpekerti terpuji lagi berketrampilan sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Pasti nanti sesudah 2010, sistem pendidikan negara bakal melalui transformasi dengan masa lima tahun sebelumnya dikenali sebagai tempoh transisi pengujian cadangan, pendekatan dan program baru.

Wajar diperbaiki ialah kemudahan infrastruktur serta pembinaan sekolah di kawasan yang memerlukannya sehingga akhirnya nanti sekolah satu sesi dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Rasional di sebalik perubahan ini hendak meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘Minda Kelas Pertama’.

Justeru, keseluruhan program pendidikan daripada peringkat prasekolah hingga tahap universiti bakal menyaksikan penalaan semula bagi memastikan kanak-kanak mengikuti program pembelajaran selama sebelas tahun, khususnya bagi masyarakat luar bandar dan pedalaman. Cadangan yang pastinya memerlukan kajian komprehensif untuk memulakan pendidikan seawal usia dua setengah tahun, pastinya membina bagi insan bertaraf pintar kelas pertama tadi.

Penggerak utama kepada transformasi ini ialah pendidik yang sewajarnya perlu diberi pendidikan semula sesuai dengan trend dan tuntutan baru era globalisasi serta kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi.

Kementerian Pelajaran sendiri, diberitakan berusaha gigih melengkapi diri pendidik dengan kemahiran dan disiplin mengajar berorientasikan teknologi canggih selain membuat perisian diri dengan ilmu terkini.

Sikap dan motivasi pendidik wajar menerima penalaan semula sesuai arus perdana pendidikan kini. Yang baru tamat mengikuti kursus perguruan tanpa kira yang terus daripada program pendidikan mahupun yang mengikuti Latihan Perguruan Lepas Ijazah perlu melihat pendidikan kini sebagai dunia yang menuntut komitmen dan pengorbanan yang cukup tinggi.

Pendidik muda yang penuh iltizam saja yang sanggup berkorban mengajar anak bangsa di pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak untuk jangka masa katakan tiga hingga lima tahun.

Apakah ciri-ciri yang mendasari modal insan kelas pertama? Sudah tentulah pendidikan, pengetahuan, dan kemahiran dalam pelbagai bidang.

Justeru, kerajaan menerusi RMK-9 bakal melaksanakan program pembangunan modal insan itu secara bestari, merangkumi pemerolehan ilmu pengetahuan serta kemahiran atau modal intelek yang praktikal. Pendekatan strategik yang bakal digunakan termasuk keupayaan keusahawanan, pengetahuan sains dan teknologi, memiliki sikap, nilai dan etika positif serta progresif menerusi pendidikan dan latihan.

Pendekatan paling wajar ke arah merealisasikan kelahiran insan kelas pertama ini ialah pemerolehan ilmu pengetahuan sepanjang hayat. Ilmu terkini datangnya daripada buku dan bahan cetak terkini pula. Sesuai dengan kempen galakan membaca yang sedang berjalan sepanjang tahun ini, pendidik khususnya dan pelajar amnya perlu mengubah paradigma diri agar menjadikan pembacaan bahan cetak sebagai proses sepanjang hayat.

Tidak keterlaluan dikatakan pembacaan begini menjadi prasyarat kelahiran modal insan kelas pertama. Memang ada benarnya dakwaan yang mengatakan guru, pelajar malah, rakyat negara ini tidak berminat membaca secara terperinci dan menyeluruh.

Pengalaman dan kelahiran buku menjadi kayu ukur akan kebenaran andaian ini. Ambil saja tahap Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai contoh dan lebih khusus subjek Pengajian Am sebagai ilustasi yang lebih spesifik. Setiap tahun sekitar 70,000 hingga 75,000 calon mengambil subjek ini, yang diandaikan sekitar 50,000 naskhah buku bimbingan Pengajian Am akan terjual setahun.

Realitinya tidak begitu. Ada penerbit mendakwa keperitan hendak menjual buku sebegini sehingga dalam jangka masa sepuluh tahun pun masih terletak damai di rak kedai buku bagi cetakan pertama sekitar 3,000 hingga 5,000 naskhah saja. Bilangan calon bagi subjek lain bagi STPM tidak menunjukkan jumlah yang besar. Jadi, kebanyakan penerbit tidak begitu ghairah hendak menceburi penghasilan buku bimbingan komprehensif STPM.

Kempen galakan membaca dan pendidikan sepanjang hayat belum mampu hendak menjana keghairahan guru, pelajar dan masyarakat hendak membaca. Budaya suka membaca bukan milik masyarakat kita sejak dulu lagi. Trend terbaru ialah novel remaja diberitakan mendapat sambutan golongan berkenaan.

Perkembangan ini sungguh menggalakkan kerana menjadi kayu ukur minat golongan muda-mudi kepada pembacaan, biarpun bahannya biasa serta dalam olahan secara sederhana dan semudah mungkin.

Kecemerlangan murid harus dilihat dari semua aspek mencakupi sahsiah rupa diri hingga kepada pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulum khususnya sukan. Bagi maksud ini, memang wajar pula, guru tadi diberi pendedahan dan kursus intensif untuk mendapatkan pendekatan baru bagi menggiatkan bidang berkenaan.

Masalah remaja yang terbabit dengan vandalisme, penagihan dadah, salah laku, dan samseng memerlukan penerapan nilai murni dalam kegiatan di luar bilik darjah supaya nanti anak didik ini menjadi warga tahu menghormati hak orang lain khususnya ketika di jalan raya.

Pastinya nanti pembaharuan dalam sistem pendidikan negara secara berperingkat-peringkat itu bakal melahirkan insan yang serba boleh lagi berketrampilan. Hal demikian dapat dilakukan apabila sistem pendidikan jangan terlalu menekankan keputusan cemerlang, gemilang dan terbilang dalam peperiksaan.

Yang perlu dilihat ialah pendidikan secara menyeluruh dan lengkap atau disebut sebagai holistik. Pendidikan harus dilihat tidak semata-mata untuk kepentingan peperiksaan. Penimbaan ilmu secara berterusan pastinya dapat menjana kelahiran modal insan bertaraf minda kelas pertama.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Re: Isu Pelajaran Untuk Anak MamagunPangat00:50:49 07/30/06 Sun
Re: Isu Pelajaran Untuk Anak MamagunAnak Liuk Batu04:44:59 10/23/06 Mon
peperiksaan dihapuskan. apakah cara-cara yang boleh digunakan untuk menggantikan peperiksaan jika peperiksaan dihapuskan?king (tertanya-tanya.)11:16:32 02/23/08 Sat


VoyUser Login ] Not required to post.
Post a public reply to this message | Go post a new public message
* Notice: Posting problems? [ Click here ]
* HTML allowed in marked fields.
* Message subject (required):

* Name (required):

  Expression (Optional mood/title along with your name) Examples: (happy, sad, The Joyful, etc.) help)

  E-mail address (optional):

* Type your message here:

Choose Message Icon: [ View Emoticons ]

Notice: Copies of your message may remain on this and other systems on internet. Please be respectful.

[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 2.94, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2008 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.