VoyForums

Natural Pain Relief

Sun December 27, 2009 15:38:31VoyUser Login optional ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12[3]45678910 ]
Subject: Simposium Pendidikan Bisaya Sarawak 2004


Author:
ATuree
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 02:22:34 04/11/04 Sun

Dalam usaha kita menegakkan agenda pendidikan sebagai teras utama bangsa Bisaya, saya syorkan dan cadangkan kepada PBS khasnya Biro Pendidikan untuk mengadakan Simposium Pendidikan Bisaya sarawak ke arah memantapkan pengetahuan ahli masyarakat akar umbi suara kita mahu agenda pendidikan ini diberi keutamaan. Dalam forum ini disuarakan sekolah wawasan dibina di kawasan kita Bisaya. Mungkin ini sebahagian kertas kerja yang patut dibicarakan pro dan kontranya.
Selain itu mungkin juga angka-angka yang dapat ditunjukkan dalam bentuk graf dan carta, usaha PBS membantu anak Bisaya melalui Dana Pendidikan Tingginya. Apa yang penting Biro Pendidikan mungkin memainkan peranan utama sebagai "vokal point" dalam usaha ini. Sumber kewangan kita perlulah cari daripada mana-mana menteri setelah menang pilihan raya yang lepas. Itu tugas kita rakyat menagih simpati daripada pemimpin.
Selain itu, statistik kampung-kampun yang mempunyai graduan juga perlu dinyatakan, mana-mana yang belum munkin berusaha buka mata dan membuka langkah yang lebih lebar lagi. Senarai para graduan kita, portfolio mereka, patut juga ditunjukkan agar masyarakat melihat secara terperinci pencapaian bangsa kita. Sejauh mana majunya? Kalau mundur sejauh mana pula kemundurannya? Kalau ada kata-kata luka yang harus kita terima, kita terima dengan hati terbuka. Itu sepatutnya usaha yang gigih mengangkat bangsa kita yang kecil ini. Walaupun kita tidak sefahaman dan separhu dalam beberapa agenda, tetapi soal pendidikan kita mesti bersatu mengangkat anak bangsa kita. Merekalah harapan bangsa Bisaya akan datang. Kalau kita gagal menyediakan wadah dan wahana kepada meerka, kita juga dianggap tidak menunaikan tanggungjawab besar bangsa kita meskipun telah diberitakan ke seluruh pelusuk negara dan ceruk rantau.
Tiada rugi kita mengadakan pertemuan yang seumpama ini, sambil bertemu rakan-rakan lama dan berkongsi idea mengangkat bangsa kita. Orang lain mungkin tidak mahu ambil peduli hal itu. Kalau boleh biarlah bangsa Bisaya itu jadi kuli dan sampah masyarakat di tanah air sendiri. Mereka merempat dan kehilangan segala-galanya. Ini suatu cadangan sahaja, kalau mampu dijalanklan adalah lebih elok dan molek. Memang sukan & ermainan, budaya juga penting, tapi pertemuan ilmiah dan akademik juga mustahak memberikan nafas baru kepada orang kita sesama kita yang mana staminanya telah kurang.
Ini soal "survival" masa depan anak bangsa. Saya tidak mahu apa yang menimpa saya berlaku kepada anak-anak saya. Bapanya setakat Primary 4, bahasa orang putih lintnag pukang,tiada NGO sukarela kitaa yang membantu ketika tahun 60-an dan awal 70-an. Kini fenomena itu jangan sampai terjadi kepada anak bangsa kita Bisaya, walaupun bukan anak kandung kita sendiri, tetapi anak bangsa kita. Oleh itu saya berharap sangat tindakan bijak para pemimpin kita khasnya PBS dalam agenda pendidikan anak bangsa.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


VoyUser Login ] Not required to post.
Post a public reply to this message | Go post a new public message
* Notice: Posting problems? [ Click here ]
* HTML allowed in marked fields.
* Message subject (required):

* Name (required):

  Expression (Optional mood/title along with your name) Examples: (happy, sad, The Joyful, etc.) help)

  E-mail address (optional):

* Type your message here:

Choose Message Icon: [ View Emoticons ]

Notice: Copies of your message may remain on this and other systems on internet. Please be respectful.

[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 2.94, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2008 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.