[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted:10:25:25 05/30/02 Thu
Saya suka menarik perhatian kita semua ahli masyarakat Bisaya khasnya di mana-mana sahaja berada. Topik ini memang sangat panas, perkauman, dan kita Bisaya harus bijaksana dalam menangani persoalan ini secara tuntas.
Isu tanah Bisaya di kawasan ulu Merasam atau sepanjang Jalan Meritam daripada Simpang Jalan Besar Batu Danau, Limbang. Isu ini perebutan di antara kita Bisaya dengan masyarakat Dayak Iban yang baru sahaja datang ke kawasan kita. Amatlah malang kita generasi hari ini berasa selesa dengan soal ini, tetapi hakikatnya bumi yang kita pijak yang dikatakan dipinjam oleh orang lain kini mahu dituntut sebulatnya oleh mereka. Ini namanya diberikan betis mahukan paha.
Saya sukalah menjelaskan dengan dada lapang di sini, agar semua kita Bisaya yang berkaitan dengan kawasan ini agar bersatu dan berganding bahu untuk mengembalikan hak kepunyaan kita Bisaya. Harapan saya daripada seluruh ketua Masyarakat sehingga anak generasi hari ini harus sama-sama sehaluan dan sejalan menentang apa yang saya anggap sebagai "pencerobohan hak kita Bisaya". Kita patut sedar bahawa ini sahaja kawasan Bisaya di Borneo ini yang memang menjadi milik tulen peribadi bangsa kita khasnya di Limbang terutama manusia yang mendiami kawasan ini asal usulnya Bisaya. Tiada lagi di Bumi ini ada kawasan Bisaya yang diperuntukkan kepada kita. Kecuali kiÿ
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]