VoyForums

Thu December 24, 2009 05:02:34VoyUser Login optional ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1234[5]678910 ]
Subject: Make good use of this site


Author:
Sayang Bisaya
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 05:31:26 04/16/03 Wed

Saya melihat sejak akhir-akhir ini, perbincangan dalam SBS tidak lagi serancak dulu. Perkara ini mungkin berlaku kerana ada di antara kita tidak menggunakannya untuk tujuan percambahan minda, menambah pengetahuan dan mengupas serta mencari strategi-strategi atau kaedah/program yang konkrit untuk memajukan dan memertabatkan bangsa kita.

Ramai juga yang lebih suka menjadikan site ini sebagai landasan bergurau , "menyerang" dan menyoal daripada memberi pandangan-pandangan dan kupasan permasalahan yang bernas lagi konstruktif.

Walaupun secara teknikalnya, semua ini tidak salah dan tiada peraturan mengatakan ia tidak boleh dan hakikat bahawa negara kita ini memang negara bebas, tetapi saya percaya apa saja yang kita buat, sebagai sebuah kaum yang minoriti haruslah ada kualiti dan mempunyai erti kepada bangsa, di samping jangan melepaskan tanggungjawab moral kita. Ini bukan bermaksud posting yang dibuat tidak penting atau tidak ada guna, tetapi biarlah ia datang dari analisis yang kritis lagi teliti. Bukan sekadar mengikut rasa hati (gut feeling) tetapi berdasarkan dalil-dalil yang kukuh.

SBS adalah peluang untuk menyatakan pandangan biarpun kita tidak menghadiri mesyuarat, misalnya Mesyuarat Persatuan, JKKK, Ketua-ketua Kaum dsbnya, akibat kita tidak popular atau tidak terpilih, kita jauh atau kita malu, dsbnya.

Maka saya menyarankan agar forum ini digunakan untuk Bisaya. "Serambi Bisaya Untuk Memajukan Bisaya" bukan sekadar "Serambi Bisaya untuk Berborak saja atau Merombak/Merobek Bisaya".

Kita harus ingat dalam memajukan bangsa ada saja bahaya (threat) dan mereka yang irihati akan melihatnya sebagai kelemahan (weakness). Maka kita jangan lalai dengan "maduan' orang luar. Lihat lah peluang (opportunity) dan lihatlah kekuatan (strength). Kita harus memberhentikan perbincangan "Ala Kedai Kopi" yang mungkin banyak berdasarkan "kajun yuro", "bonor tak kajun iko?" dan masalahnya kita percaya pada "angin".

Bisaya pendidikannya tinggi (purata 9 tahun bersekolah). Tunjukkanlah kehebatan untuk kebaikan kaum kita.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


VoyUser Login ] Not required to post.
Post a public reply to this message | Go post a new public message
* Notice: Posting problems? [ Click here ]
* HTML allowed in marked fields.
* Message subject (required):

* Name (required):

  Expression (Optional mood/title along with your name) Examples: (happy, sad, The Joyful, etc.) help)

  E-mail address (optional):

* Type your message here:

Choose Message Icon: [ View Emoticons ]

Notice: Copies of your message may remain on this and other systems on internet. Please be respectful.

[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 2.94, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2008 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.