Author: Hamba Allah (Helping the way i could)
| [ Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 05:25:07 02/05/10 Fri
Bismillahhirahmannirrahim
Assalammualaikum...
Jgn terlalu taksub dengan ayat pengasih. Bila kamu taksub, ayat/ajaran yg kamu buat di sertai dengan syaitan. Jd, jgn terlalu taksub. Bertaubatlah sebelum terlepas jauh.
Kepada mereka yg benar2 tulus ikhlas, amalkan ini.. Insyallah... Dengan berkatNya, ia berhasil... Kepada yg hanya berbuat/berniat jahat, Balasan Dunia dan Akhirat menanti...
1 - Pertama sekali, kita Perlu meminta tolong dan berdoa Kepada Allah S.W.T.. Kerana Dialah yg akan membuka hati manusia lain utk menolong/menyukai kamu.
2 - Hentikan maksiat - Kerana maksiat/zina akan menutup pintu hati, pintu rezeki kamu. Percayalah, di saat kamu melakukan maksiat, hatimu akan menjadi gelap, jiwamu akan menjadi tidak menentu...
3 - Solat - Bagi Wanita - Jika hati kamu benar2 ikhlas, Seeloknya, jgn tinggalkan Solat Fardhu dan berdoalah dgn hati yg rela ikhlas dan kasih kepada Allah..
Bagi lelaki - Jgn tinggalkan Solat Fardhu terutamanya Solat Jumaat. Jika kamu meninggalkan solat jumaat, keberkatan itu tidak ada. (Contohnya : Pukul 8 pagi kamu ada RM50, pukul 10 pagi Balance kamu hanya tinggal RM5. Kamu tidak sedar apa yg kamu beli, kamu tidak ingat apa yg kamu beli. Sedar2 duit kamu sudah habis.) Ini Namanya tiada keberkatan... Berubahlah... Ini bukan hanya berlaku kepada duit, tetapi juga Hubungan kwn, suami isteri... Misalnya Hari ni Nikah, 2 tahun nikah pastu cerai... di sebabkan tiada keberkatan... Renungkanlah...
4 - Sedekah - Apa yg berlaku di masa hadapan ada kaitan dgn Dosa masa silam... Bersedekahlah kerana sedekah itu menghapuskan Dosa2 kecil yg lalu.
5 - Menghargai - Bg mereka yg mempunyai hubungan yg dingin, ucapan Terima Kasih di sertai dgn senyuman dan juga pujian adalah satu permulaan... Maybe akan jadi camni Contoh : (Isteri = "terima kasih bang kerana abg penat lelah bekerja
menyara keluarga kita. Abg baik sgt2. Saya
bersyukur di temukan dgn abg...."
Suami = " buang tebiat ke hape isteri aku nie....."
Itu hanya satu permulaan, amalkan setiap hari dgn menghargai dan pujian yg berlainan. Insyallah... kita hanya berusaha...
6 - Taubat, Redha/Berserah...
- Bagi mereka yg ditinggalkan dan merana, kamu haruslah bertaubat jika pernah terlanjur sebelum nie...
- Redha dan berserah kepada Allah agar di temukan seseorang yg benar2 menerima diri kamu seadanya kamu...
Pernah dgr lirik lagu ini?
"Tuhan kirimkanlah aku... kekasih yg baik hati... yg mencintai aku aku... apa adanya..."
The Rock - Munajat Cinta
Amalkan dgn membacanya setiap hari...
7 - Menghormati
- Di tujukan Khas utk kaum lelaki... Hormati lah kaum wanita. Jgn berkawan dgn wanita hanya kerana mahukan badannya. Hormati wanita kerana Ibu kita juga adalah wanita.
8 - Amalkan Solat Tahajud/Istikharah.
Lakukan di malam hari utk meminta petunjuk.
Inilah sedikit sebanyak yg saya boleh bantu... Saya hanya manusia biasa... Mohon Maaf jika ada kesilapan atau terkasar bahasa... Elakkan membuat perkara khurafat yg boleh membawa kepada syirik. Auzubillah...
Salam dari Johor Bahru... utk pertanyaan, emailkan kepada wanzkilla@live.com saya akan cuba menjawab seadanya..
Assalammualaikum w. b. t
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
] |