VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123456789[10] ]
Subject: Siapa Kita


Author:
Edwin Milog
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 17:19:51 02/17/04 Tue


SIAPA KITA

Siapa kita..
Kita adalah anak kampung
Mak bapa kita malah nenek moyang kita asalnya dari kampung
Makan keledek, ubi kayu, ubi manis untuk hidup
KFC? Pizza? Jangan cakap pernah rasa, kenal pun tak
Ada yang berkampung di lombong mencari rezeki untuk nasi sesuap
Ada yang berpanas berhujan di ladang getah mengharapkan getah sekerap
Jangan bermegah lahir di Bandaraya canggih seperti Kuala Lumpur
Kolumpo ini juga dahulu hanya sebuah kampung kecil
Kita adalah anak kampung!

Siapa kita…
Kita adalah penuntut ilmu
Dahulu mak bapa kita jalan berkaki ayam dua tiga jam pergi belajar
Hujan dan panas bukanlah the problem
Cari ilmu dengan harapan kelak memberi sinar kehidupan
Ada yang sanggup bergadai harta, tanah dan lembu
Berjual kayu api dan petai
Semata-mata nak hantar anak cari ilmu tinggi-tinggi
Tapi sekarang dah OK skit,dah ada yang mampu sewa bas, sewa pemandu
Hantar dan ambil anak pergi dan dari belajar
Tapi bila dah senang, ada pula yang leka, lupa harapan ibubapa
Suruh belajar ilmu ilmiah, dia pula terhegeh-hegeh study ilmu ntah apa-apa ntah
Kita adalah penuntut ilmu!

Siapa kita…
Kita adalah pengimpi kejayaan
Bila nampak orang lain senang, teringin nak ikut langkah, nak bersaing!
Orang lain cukup belajar tahap Sijil, Diploma
Kita nak lebih! nak sambung tahap Master dan PhD
Orang lain dah bangga dengan segulung ijazah pertama
Kita tak puas hati. Kita nak tiga ijazah lagi!
Orang lain cipta yang terbesar, kita lawan! kita cipta yang tertinggi
Orang lain cipta yang tercantik, kita lawan! kita cipta yang tercanggih
Kita adalah pengimpi kejayaan!

Siapa kita…
Kita adalah pemimpin masa hadapan
Pemimpin yang ada sekarang bukannya kekal abadi
Satu hari nanti pasti akan dipanggil Illahi
Mengosongkan tempat untuk anak muda
Kita yang belajar bukannya murid selama-lamanya
Walaupun belajar tanggungjawab sepanjang hayat
Satu hari nanti tiba giliran kita untuk memimpin
Kita adalah pemimpin masa hadapan!








Siapa kita…
Kita adalah rakyat Malaysia
Bila dah duduk kat Malaysia, hiduplah sebagai rakyat Malaysia
Kena peka kepada agama, budaya, sensitiviti orang lain
Malaysia ni bukan awak punya, Malaysia ni kita punya!
Bukan satu kaum sahaja yang ada. Banyak kaum lain yang ada dan harus dihormati
Jangan anggap agama, budaya kau sahaja yang betul, lain semua salah!
Kalau tak... keamanan dan perpaduan yang ada sekarang tak akan kekal lama
Kita semua bernaung di bawah panji jalur gemilang yang sama
Kita adalah rakyat Malaysia!

Siapa kita…
Kita adalah pencinta kedamaian
Bila ada kuasa lain musnahkan negara lain, kita kutuk si penceroboh!
Kita buat demo sana, buat perhimpunan sini. Nak tunjukkan bantahan!
Kita hantar memorandum sana sini luahkan bantahan
Tak sampai hati tengok ketidakamanan walau dimana
Kita nak dunia aman, damai, sentosa macam kita di Malaysia
Kita adalah pencinta kedamaian!

Siapa kita…
Kita adalah penyambung wawasan negara
Pemimpin terdahulu dah buat satu sasaran
Satu wawasan yang pasti tak akan merugikan sesiapa, Wawasan 2020!
Tapi pemimpin sekarang pasti tak mampu bertahan hingga ke detik itu
Satu ketika, mereka tidak akan bertenaga lagi walaupun semangat tetap menyengat
Harapan dipikulkan kepada generasi muda
Yang masih bertenaga dengan semangat menyala bara
Untuk terus maju merealisiasikan, menjayakan wawasan
Kita adalah penyambung wawasan negara!

Siapa kita…
Siapa kita ?!
Kita adalah mahasiswa beridealisme !!

Hasil karya asli: Edwin Milog ( Edwin Milog adalah bekas Presiden Persatuan Bahasa Kadazandusun Universiti Malaya dan pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi Kelab Perpaduan dan Perhubungan Kaum, Universiti Malaya)

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
bagus tul... patriotisme dan semangatgaban utara02:46:26 03/06/04 Sat


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.