Subject: Hati Dan Cinta |
Author:
Sue_love
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 20:56:13 09/05/04 Sun
Bila perasaan cinta berputik di hati,
Bahagia datang tanpa diundang,
Pabila cinta merajai hati,
Perasaan mula tidak keruan,
Cinta.....
Bisa merubah segalanya,
Antara realiti dan fantasi,
Setiap insan pasti merasainya,
Merasai nikmat cinta,
Yang tiada tolok bandingnya,
Sabarlah insan.....
Suatu hari ia pasti menerajui hati,
Wahai hati,
Pendengar setia segala kemahuan,
Mampukah kau bertahan....?
Menanggung segala kebahagiaan dan kesedihan,
Dalam menempuh musim bercinta,
Kerana tiada insan,
Yang mahu melepaskannya,
Hati.......
Kau adalah pembentuk segala perasaan,
Bahagia yang kau dapat,
Kegembiraan pasti terpancar,
Kerana cinta adalah........
Suatu perasaan yang suci dan murni,
Dari hati yang tulus,
Derita yang kutanggung,
Kesedihanlah yang akan merobek hati,
Hati dan cinta,
Ianya saling berkait rapat,
Kerana tanpa hati.....
Kita tidak dapat merasai cinta,
Perasaan cinta,
Adalah dari ketulusan sekeping hati,
Yang tidak dapat kita gambarkan,
Melalui mata kasar..........
Kerana ianya terlalu halus,
Menusuk ke kalbu......
Yang tidak dapat dijual beli,
Kerana ia adalah harta yang paling berharga,
Yang mampu mencorak kehidupan.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |