VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123456789[10] ]
Subject: anjan_ahzana


Author:
BU86
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 22:03:01 04/19/03 Sat
In reply to: ceklyn@nasi_asam 's message, "hayatilahhhhhhhhhh....." on 02:48:28 04/09/03 Wed

MELAYU SHIT ,SHIT MELAYU SHIT SHIT

SHIT! Itulah ungkapan yang rata-rata dilahirkan oleh mereka yang telahpun membaca karya mutakhir Sasterawan Negara Shahnon Ahmad.

"Karya picisan!" ujar Tan Sri Awang Had Salleh sewaktu diwawancara oleh sebuah stesyen TV suatu masa dulu.
Persoalannya sekarang, apakah novel SHIT ini gambaran sebenar tahap pemikiran intelektual Shahnon Shit ketika ini?

Bahasa cerminan bangsa. Bahasa menjunjung budaya.
Namun dengan penggunaan kata-kata kesat, apakah Melayu akan terus melonjak ke hadapan? Apakah Melayu, sebagai sebuah bangsa yang bertamadun akan dijulang? Apakah dengan kata-kata lucah dan kurang ajar beberapa penyair setengah tiang ( barangkali ‘ Mat Stim ‘ ) di komuniti ini akan melonjakkan hasil sastera Melayu ke taraf anugerah Hadiah Nobel ?

Apakah maksud yang ingin disampaikan oleh Shahnon Shit itu kesampaian? Apakah golongan yang menjadi sasarannya itu mendapat iktibar dari hasil pengamatan, penganalisaan serta penulisannya itu? Di manakah letaknya jatidiri Shahnon Shit sebagai seorang penulis selepas terhasilnya SHIT?

SHIT kalau mengikut Shahnon adalah sebahagian daripada pengaruh gaya penulisan realisme magis sasterawan Gabriel Garcia Marquez yang mendapat Hadiah Nobel 1982.
Namun apa yang ditakutkan ialah, penulis muda ( terutama anak muridnya yang ada sekerat- dua dalam komuniti ini ) ataupun pelajar/guru setengah tiang seakan melihat bahawa mereka sudah mendapat 'lesen' untuk meneruskan pengkaryaan mereka dengan penggunaan kata-kata kesat dan lucah. Mungkin ramai dalam komuniti ini yang akan menjadi pengikutnya. Penyair/penulis setengah tiang…hmmm…dosa itu sebahagiannya ditanggung bersama oleh para editor sastera akhbar arus perdana dan juga tabloid/majalah bulanan /mingguan yang pernah atau akan menyiarkan karya mereka. Kesalahan tidak sepenuhnya kepada mereka kerana mereka belum ‘ mumayiz ‘ dan cuma produk ‘ SAR ‘ yang terlepas masuk ke IPTA membuat kursus yang paling ‘ koman’ pada mata siswa-siswi lain.
Lucah !- Inilah diantara persoalan yang timbul setelah SHIT dihasilkan.

Seribu kemungkinan.
Mungkin, Shahnon Shit ingin melihat bukunya itu mendapat perhatian ramai Mungkin Shahnon Shit ingin memberikan pendapatnya dengan cara 'terus terang'. Mungkin Shahnon Shit merasakan bahawa telah tiba masa gaya penulisan kreatif harus diubah.

Mungkin juga, Shahnon Shit merasakan bahawa dirinya seakan pelanduk - gajah sama gajah berjuang dia mati ditengah-tengah!

Mungkin juga dirasakan olehnya, dunia sastera Melayu ketika ini agak kekurangan warna. Jadi dicalitkannya jalur-jalur gemilang supaya ianya lebih bersinar!
Kalau memoir Shahnon Detik-Detik Diri Di Daerah Daif (1991) boleh dijadikan cermin untuk menelaah ranjau hidup zaman kanak-kanaknya, tentunya SHIT lahir daripada provokasi senario politik semasa.
Shahnon Shit hilang kesabaran mendepani realiti politik yang tidak dibayangkan semasa menghasilkan masterpiecenya, Ranjau Sepanjang Jalan. Barangkali isu ini juga boleh dilihat dari sudut psikologi tentang tindak balas seseorang yang kecewa dengan senario politik semasa.

Segalanya berkemungkinan!
Bak kata Shahnon, "SHIT lebih merupakan satu satira!"
Satira?
Kamus Dewan memberi erti satira sebagai karya yang mempersendakan atau menyindir orang.

Tetapi, apakah dengan menghasilkan satira dalam bentuk sedemikian, sindiran itu dapat benar-benar dirasakan oleh khalayak yang ditujuinya?
Mungkin 'tidak' bagi sebahagian orang tapi 'ya' bagi segolongan yang lain. Ini tidak dapat dinafikan.

Untuk lebih adil dan menelanjangi kenapa Shahnon Shit menulis begini, SHIT perlu diperdebatkan secara intelektual seperti karya-karya yang lain.
Kerana sifatnya yang aneh, ia tidak boleh diambil ringan, sambil lewa, sensasi atau bersifat politik semata-mata. Keanehan SHIT perlu dilihat daripada pelbagai sudut kerana ia dihasilkan oleh seorang sasterawan besar, menghentam secara jijik terhadap pemimpin dan sistem yang turut menjulang dia sebagai manusia terhormat
.
Untuk lebih adil mereka yang mahu melibatkan diri dalam pengolahan seperti ini bukan sahaja perlu membaca malah menerjuni aliran pemikiran penulisnya. Mereka perlu menenelanjangi lapisan superficial.
Menangani isu SHIT secara adil dan matang sebenarnya merentasi kesukaran dan momokan.

Apakah kita ibarat anjing yang takut pada bayang-bayang sendiri?
Namun SHIT sudah terhasil, sebuah karya tersiap sudah.
Pokoknya, di mana anda meletakkan diri anda? Ingin membaca SHIT atau tidak?

Fikirkanlah....anak muridnya ada dalam komuniti ini , benihnya ada di sini tapi cuma bertaraf setengah tiang… dan mungkin boleh diperbetulkan atau pun sudah tidak boleh diperbetulkan lagi DAN AKAN JADI SHIT dalam jangka waktu terdekat.

Memang benar ruangan penyair bukanlah ruangan matematik atau menggunakan matematik untuk menyampaikan mesej. Memang benar. Tapi janganlah bercakap fasal matematik kerana dengan sifat yang setengah tiang itu , BU86 ragu-ragu kalau mereka dapat menyelesaikan matematik mudah peringkat SPM. Silap-silap dapat F9 dalam SPM mereka.

Saya belek-belek juga ruangan ‘poets’ dalam komuniti e-sastera ini mencari-cari nama-nama penyair setengah tiang tersebut. Tiada . masuk pun tak berani apatah lagi menyumbang. Hmmm…sahlah dimana taraf para penyair tersebut !




SHIT MELAYU.

Salam.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
repfaz501:05:50 01/20/04 Tue


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.