VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345678[9]10 ]
Subject: RENUNGAN SEMUA


Author:
NURUL (BAHAGIA DI DUNIA BAHAGIA JUGA DISANA...)
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 23:20:58 11/16/06 Thu

SUNNAH BERJUANG


Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid

Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara memburu cita
Membara demi Allah dan RasulNya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagai singa dirimba
Memerah keringat meruah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang




Renungan Buat Muslimah Islam
Saudariku.....
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok
menghiasai taman-taman indah lantas menjadi
perhatian
sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga ,
harum
aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang
untuk
mendekatimu; namun...... tidak semua bunga
senang
untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri
yang
memagari dirinya umpama mawar , dari kejauhan
sudah
terhidu akan keharumannya serta kilauan
warnanya yang
memancar indah mengundang kekaguman
terhadap sang
kumbang ....... tapi awas duri yang melingkari bisa
membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali
untuk
mendekatinya......

Saudariku.....
Aku suka sekiranya kau seperti mawar
aspirasi setiap mujahidah.Bentengilah dirimu
dengan
perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan
dan
keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajah
mu
dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa ciri-ciri
seorang wanita solehah ialah
ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak
melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih
berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang
terdedah ...... umpama
sebutir permata yang didedahkan buat perhatian
umum
dengan permata yang diletakkan dalam satu
bekas yang tertutup
.....sudah pastinya keinginan untuk melihat
permata
yang tersembunyi itu melebihi daripada yang
terdedah,
wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq
dalam melayari liku-liku kehidupannya
adalah harapan setiap insan
yang bernama Adam......

Namun ............. ianya memerlukan pengorbanan
dan
mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah
dengan
nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-
lebih
lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya
darah
mudamu mencabar rasa keimanan yang ada ...

sesiapa yang inginkan kebaikan
maka Allah akan memudahkan baginya
jalan-jalan kearah itu, yang penting saudariku
engkau
mesti punyai azam , usaha dan istiqomah..........

Saudariku.....
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah
kepada kebanyakan lelaki...Seandainya pakaian
malumu
kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak
ada lagi
perisai yang dapat
membentengimu...Sesungguhnya nabi
ada mengatakan tentang bahaya dirimu, " Tidak
ada suatu
fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela
selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah
yang berpunca daripada wanita".

Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu
hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As
Sunnah,
jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan
dirimu
untuk kepentingan tertentu..... Sesungguhnya
Allah
telah mengangkat martabatmu sebaris dengan
kaum Adam.
Kau harapan ummah dalam melahirkan para
mujahid dan
mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia
dengan
sentuhan lembut tangan mu.....

Saudariku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi
dan menyayangi,itulah fitrah semulajadi setiap
insani
namun ramai di antara kamu yang tewas kerana
cinta...
Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang
salah, kerana cinta manusia sanggup menjual
agama dan
kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta
keruntuhan moral muda mudi sebahagian
besarnya
kerana sebuah cinta...

Benarlah kata-kata "Sesungguhnya cinta itu buta"
cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu
dalam
membezakan perkara yang hak dan yang batil
apabila kau
meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak
kerana
Allah SWT... Sebelum kau mendekati cinta ,
Cintailah dirimu terlebih dahulu ,
mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu
simbolik ,
yang berasal daripada setitis air yang tak berharga
lalu
mengalami proses pembentukan yang
direncanakan oleh
Allah..

Semoga di sana mampu melahirkan rasa
keagungan dan
kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan
kasih
pada penciptamu............

Saudariku... Mencintai Allah dan rasul melebihi
cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki
dan
abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila
diberikan kepada makhluk pastinya akan
bertambah retak
dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada
Allah
sudah pasti ia akan bertaut kembali.. Dalam
seusia mu
sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu
mempertajamkan akal dan mampu membina
syakhsiah
muslimahmu.....

Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak
mampu
bertapak dalam hati orang yang melakukan
maksiat.
Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufi
iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan
bersama :

"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan
kebahagian yang
abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak
kekal ,
cintakan manusia seringkali membuatkan seorang
itu
gagal , kecewa , menderita dan terseksa, oleh itu
tidak ada suatu cinta pun yang dapat
membuahkan
kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal
abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu
sendiri.

"ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG
WANITA ITU IALAH,
CEPAT PERKAHWINANNYA,CEPAT PULA
KEHAMILANNYA DAN RINGAN
MAHARNYA......"

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.