Selamat Datang, Selamat Membaca, Jangan Mencarut, Jangan maki-maki..HIDUP CHELSEA!!!
VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345[6]78910 ]


[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Date Posted: 13:25:46 12/28/05 Wed
Author: bukan mat..
Author Host/IP: NoHost / 218.111.185.202
Subject: perrgghh..sakan org sungai dua..

SEBERANG JAYA: Peniaga cakera padat video (VCD) lucah dikesan hanya meletakkan tajuk pada bahan itu tanpa disertai imej bagi mengabui pihak berkuasa.

Antara tajuk yang digunakan termasuk nama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terutama sekitar Pulau Pinang selain lokasi tertentu seperti taman rekreasi yang sering dikaitkan dengan kegiatan tidak bermoral.

Berdasarkan rampasan terbaru penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Seberang Prai di sekitar Taman Chai Leng, Taman Pelangi, Prai dan Sungai Rambai, Bukit Mertajam, tajuk yang digunakan ialah ‘Cikgu Sekolah Cari Makan’, ‘Budak-budak Melayu Malaysia’, ‘Tupah’, ‘Sungai Dua’ selain nama beberapa IPTA.

Jurucakap KPDNHEP berkata, VCD berkenaan biasanya tidak diletakkan bersama VCD biasa tetapi disimpan di tempat tersembunyi seperti di bawah meja dengan dibungkus plastik hitam.

Menurutnya, berdasarkan serbuan sebelum ini, peniaga bertindak melarikan VCD lucah terlebih dahulu kerana harganya lebih mahal iaitu antara RM10 hingga RM15 seunit berbanding harga VCD filem biasa RM5 seunit.

“Penggunaan nama IPTA mungkin untuk melariskan bahan itu selain bagi mengabui pihak berkuasa. Namun, penguat kuasa tidak akan terpedaya dengan taktik yang digunakan,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, KPDNHEP hanya mempunyai kuasa merampas VCD lucah berkenaan tetapi tidak boleh mengambil tindakan ke atas peniaga kerana bidang kuasa berada di pihak Bahagian Kawalan Filem, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

KPDNHEP bimbang jika rampasan tidak dilakukan, berkemungkinan ia akan menjejaskan nama baik IPTA atau mengundang pandangan serong masyarakat kononnya penuntut institusi pengajian tinggi yang dimaksudkan terbabit dengan kegiatan tidak bermoral.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


Replies:



Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.