Selamat Datang, Selamat Membaca, Jangan Mencarut, Jangan maki-maki..HIDUP CHELSEA!!!
VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1234567[8]910 ]


[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Date Posted: 19:04:29 04/15/05 Fri
Author: NH2
Author Host/IP: klw0bm4.nottingham.edu.my / 202.186.110.51
Subject: MEETING ANSARA

Mesyuarat Agung Kali Pertama untuk ANSARA Cawangan PDRM Kulim akan diadakan mengikut perincian berikut:

Tarikh : Ahad, 15 Mei 2005
Masa : 2.00 hingga 5.00 petang
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)*

*Nama bilik mesyuarat akan dimaklumkan secepat mungkin. Sila rujuk laman web ini dari semasa ke semasa.

Antara agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah:

1. Penerangan mengenai fungsi, misi dan visi ANSARA dan ANSARA Cawangan PDRM.
2. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Cawangan untuk sesi 2005-2007*
3. Perancangan aktiviti untuk sesi 2005-2007
4. Perkara-perkara berbangkit

*Ahli-ahli ANSARA yang berminat untuk menamakan calon-calon untuk menerajui ANSARA Cawangan PDRM Kulim bolehlah berbuat demikian dengan memuat turun borang pencalonan Ahli Jawatankuasa ANSARA Cawangan PDRM Kulim di sini. Borang tersebut hendaklah diisi dan dihantar ke Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia @ ANSARA di alamat Tingkat 4, Bangunan Medan MARA, Jalan Raja Laut, P.O. Box 13600, 50816 Kuala Lumpur atau melalui faks ke nombor 03 2713 9349 / 03 5512 6726 selewat-lewatnya 4 Mei 2005. Setiap pencalonan mestilah disertakan dengan yuran pemprosesan sebanyak RM 20.00 secara tunai atau cek/kiriman wang/wang pos atas nama Bendahari Ansara Cawangan PDRM Kulim.

Antara jawatan yang akan dipertandingkan ialah: (8 jawatan)

a) Seorang Ketua Cawangan;
b) Seorang Naib Ketua Cawangan;
c) Seorang Bendahari Cawangan; dan
d) Lima (5) orang Ahli Jawatankuasa Biasa Cawangan.

Jawatan yang tidak akan dipertandingkan ialah: (4 jawatan)
1. Setiausaha & Penolong Setiausaha Cawangan (Akan dilantik oleh Ketua Cawangan)
2. Pemeriksa Kira-kira (2 jawatan - akan dilantik oleh ahli-ahli semasa mesyuarat agung)

Syarat-syarat untuk menjadi calon/pencadang/penyokong ialah:
1. Merupakan ahli yang berdaftar dengan ANSARA dan keahlian dalam ANSARA masih belum tamat pada masa pencalonan
2. Tidak terikat dengan AUKU (Pelajar Universiti / Kolej Universiti tidak layak untuk bertanding KECUALI mendapat kebenaran bertulis dari unit HEP Universiti / Kolej masing-masing)

Sebarang penipuan atau pemalsuan dalam pencalonan akan menyebabkan ianya terbatal dengan serta merta.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.