Author:
4 bintang setengah
[ Edit | View ]
|
Date Posted: 10:49:04 01/09/04 Fri
Author Host/IP: 202.184.17.249
Ignore kan bacaan atau amalan spiritual, fikir dari segi logik, kenapa masih belum dapat lagi,
1. Hati dah bersedia, tapi minda belum (sikap x berubahlaa) atau amalannnya belum cukup sebab tu belum dapat.
2. Hati kotor, sebab tu doa tak makbul, sebab tu tiap2 malam kena qiamullail atau buat je lepas Isya, solat taubah, solat hajat, solat istikharah dan last sekali solat witr untuk mencuci hati.
3. Sebelum tidur maafkan semua orang dan buat baik pada semua dalam ertikata BERTOLAK ANSUR DAN PENTINGKAN KEPENTINGAN ORANG LAIN DULU DARI SENDIRI.
4. Ingat, termasuk kepada saya sendiri, rupa paras tertawan masa mula-mula jumpa je lepas tu samada kekal hingga ke jinjang pelamin adalah hati atau perbuatannya. Ni, saya setuju sangat-sangat. Jangan bimbang kepada mereka yang kurang cantik kerana bukan itu yang menjadi kunci kepada hubungan tetapi sikap kita sendiri.
5. Saya sebagai lelaki, (ini rahsia saya, saya nak bagitau maybe ada persamaan dengan apa dijelaskan oleh Dr Fadzilah ) saya tak boleh terima pompuan kalau dia marah mulut dia keluar perkataan pelik2. Saya amat respek pada mereka yang apabila marah diam, dan just merajuk sebab disinila fungsi pasangan sebagai pemujuk. Tapi kalau marah pastu keluar perkataan pelik2, Ya Allah tak lehlaa. Saya rasa ramai lelaki berpendapat sedemikian. Jangan emosional nanti hilang rasional. Mungkin agak terguris tetapi inilah kenyataan untuk membuatkan semakin dinamik dan kedepan dalam mecari pasangan yang REALISTIK BUKAN SEMPURNA (tak gitu Atie? He he he)
6. Nak daapat pasangan yang baik kita kena ok dulu, contoh kalau nak yang tahfiz tapi kita ni tak hafizah susahlaa, sebab tu kalau nak calon tahfiz, pergi jee kursus hafiz kat situ jumpalaa classmate yang sama-sama tahfiz (expressed by Dr Mashitah).
Ingat yee, kita kena memilih kerana ini bukan nak tangkap muat jee, ini nak buat pasangan bakal melahirkan zuriat sebab tulaa kena pilih yang kita of coz sayang dan juga ok.
Perasaaan sayang x leh dipaksa dan ia buta tak mengenal sempadan, jadi kalau bertepuk sebelah tangan jangan pasrah bak kata Dr. Mashitah (hadis Nabi: Hafsah{anak Umar} akan mendapat pasangan lebih baik dari Usman dan Usman akan mendapat lebih baik daripada Hafsah).
Beruntunglaa sapa yang putus cinta kerana ini adalah satu dugaan yang amat berat di beri Allah kepada orang yang layak menanggungnya (positive thinking if ur clash with ur admire)
OKlaa tu saja kot, maaf jika terguris tapi kena cakap gak supaya tak statik dan hanging around.
|