VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1[2]345678910 ]
Subject: Hati Seorang Sahabat


Author:
Sara
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 17:22:53 09/21/04 Tue
Author Host/IP: 210.186.217.88

Hati Seorang Sahabat.

Bila aku tidak menyapa
Pasti aku tiada disapa
Bila aku tidak bertanya khabar
Pasti tiada siapa yang akan bertanya khabarku
Bila aku tidak memulakan sms
Pasti tiada siapa sudi menghantarnya padaku
Bila email tak kukirim
Tiada jugalah email yang kuterima

Kenapa?
Apakah tiada siapa pun yang ingat padaku?
Apakah tiada siapa pun sudi menyapaku?
Apakah tiada siapa pun sudi bertanyakan khabarku?
Apakah tiada siapa pun masih menyimpan nombor HP ku?
Apakah tiada siapa pun masih ingat alamat emailku?

Bila aku meluahkan masalahku
Pasti ada yang berkata masalahmu kecil sahaja
Bila kuluahkan masalah lebih besar
Pasti ada yang berkata kau manusia bermasalah
Kau manusia yang bersalah
Kau perlu balik pada jalan Allah

Lalu apa?
Apa yang kau perbuat untuk membantuku?
Apa tindakanmu bila mengetahui masalahku?
Memberi nasihat?
Ya memang kau beri nasihat
Tapi itu setelah aku yang datang meminta
Bertanya khabar?
Tidak sama sekali
Melainkan jika aku yang memulakan dulu.
Menghantar email?
Juga tidak!
Jika bukan aku memulakannya

Konon, katamu masalah perlu dikongsi
Yah, sememangnya kau berkongsi masalahku
Tapi kau cuma berkongsi ceritaku
Bukan berkongsi kesedihanku
Lalu pada siapa nak kuadu?
Pada kerusi, pada meja yang kaku
Seperti yang pernah kausarankan?

Aku sedar kau ingin lari meninggalkan aku
Setelah duri jiwa kuceterakan
Meskipun itu satu pengkhianatan bagiku
Tak mengapa, aku terima...redha...
Jika sudah begitu hati seorang sahabat!

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
[> Subject: Re: Hati Seorang Sahabat


Author:
MeowHidayah
[ Edit | View ]

Date Posted: 02:55:26 10/12/04 Tue
Author Host/IP: 202.184.41.61

dah lama tak buat usaha ziarah kat sini...
MM pun kebykan masa sunyi...

ni luahan hati ana selama ini...
--------------------------------------

mcm mana nak dptkan ketenangan...??

daku pernah kesunyian bbrp kali...
daku pernah dikecewakan bbrp kali...
daku pernah keseorangan bbrp kali...
kecewa...
kecewa...
kecewa...
itu yg kudpt jika bergantung dgn makhluk...
itu yg kudpt jika berharap kpd makhluk...
jika hati ini terlalu terpaut pd makhluk...
tak kira...
saudara...
kenalan...
sahabat...
kekasih...
keluarga...
mereka semua itu makhluk...
berpada2 dlm mencurahkan kasih...
berpada2 dlm mencurahkan sayang...
berpada2 dlm mencurahkan harap...
lakukan sekadar ianya sebagai satu perintah...
pergantungan mutlak hanyasanya kpd-Nya...
persetankan segala dugaan yg ada...
bukan bernama manusia andai jiwa tiada bermasalah...
usah diusaha utk buang masalah...
kerana masalah akan senantiasa ada utk menemani manusia...
usahakanlah...
utk cari ketenangan di dlm masalah...
usahakanlah...
usahakanlah...
usahakanlah...
jgn diharap ketenangan diperolehi dr manusia...
kerana manusia itu juga adalah masalah...
kerana manusia itu juga adalah ujian...
maka dapatkanlah ketenangan itu di tempatnya...
hanyasanya empunya diri mengetahui...
mengharung masalah tanpa ketenangan...
mencambah konflik jiwa yg tak kunjung padam...
mengharung masalah bersama ketenangan...
memutik kebahagiaan yg berpanjangan...
kerana apa..?
kerana kita hanyalah makhluk...
yg bernama hamba..!!

p/s: Ramadhan... medan mendidik jiwa hamba... wassalam... wa barakillah...
[> Subject: Re: Hati Seorang Sahabat


Author:
MeowHidayah
[ Edit | View ]

Date Posted: 03:07:39 10/12/04 Tue
Author Host/IP: 202.184.41.61

<img src="http://img.photobucket.com/albums/v223/meowhidayah/Meow/LHM.jpg">
[> Subject: Re: Hati Seorang Sahabat


Author:
SARA
[ Edit | View ]

Date Posted: 13:46:48 10/18/04 Mon
Author Host/IP: 202.190.185.10

Tq.. Sara sekarang sedang dalam perjalanan balik kepada ALlah seperti mana yang telah dilalui ketika belum melangkah ke kampus ini.
Kekecewaan sara adalah kerana sara mencari makhluk untuk memohon pendapat. Kini sara ingin semula balik kepada-Nya.
Harap ada pengertian dari warga mm kenapa sara menghilang bukan kerana merajuk atau kecewa atau patah hati atau bawa diri...
[> Subject: Re: Hati Seorang Sahabat


Author:
Sara
[ Edit | View ]

Date Posted: 16:47:28 11/09/04 Tue
Author Host/IP: 210.187.192.179

Sering kali aku ditanya, nape tak jengah mymasjid lagi? Tak kan nak biar ukhuwah terputus gitu aje?....

hehe..hallo! kelako bebeno korang ni. Sekarang aku lak nak tanya especially org2 yang pernah rapat ngan aku la.
1) aku yang tinggalkan ko ke ko yang tinggalkan aku?
2) aku tak ambil kisah ko ke ko yang tak ambil kisah aku?
3) aku tak concern ngn masalah ko ke ko yang tak concern
ngn masalah aku?

Ha, jawab2. apa dok sengih plak!
Oh Begitu rupanya hati seorang sahabat!
[> Subject: Re: Hati Seorang Sahabat


Author:
Humairah
[ Edit | View ]

Date Posted: 18:28:47 04/29/05 Fri
Author Host/IP: 203.115.226.151

Salam

Hati seorang sahabat.....

Aku tidak kisah tiada siapa yang menyapa....
Aku tidak kisah tiada siapa yg peduli...
Aku tidak kisah tiada siapa yang mengenali...

Yang ptg aku tahu..aku adalah aku....
Meniti kembara sepi keseorangan diri....
Aku tetap aku dengan takdir Ilahi....

Sejak aku meniti ke alam sekolah rendah lagi
aku sering mempersoal takdir ilahi...
kenapa aku ditakdir begini?
Mengapa aku tidak bahagia seperti orang lain?
mengapa aku tidak seperti anak2 lain?
mengapa aku tidak punya ibu yg pengasih seperti ibu orang2 lain?
mengapa aku tidak punya ayah yg hebat seperti orang lain?
mengapa aku punya ibu ayah tapi seperti anak yatim?
mengapa aku terasa aku seperti sampah?
mengapa aku rasa takdir tuhan begitu tidak adil buatku?

mengapa aku rasa aku bodoh walaupun aku sering dapat nombor satu?
mengapa aku rasa hadiah dan perghargaan tidak pernah ada nilai apa2?
mengapa aku tidak berani jawab soalan walaupun aku tahu?
mengapa aku tidak mempertahankan diri bila aku ditohmah?
Mengapa? mengapa? mengapa?

Aku sering bertanya...kenapa..kenapa..kenapa....

Aku tidak harus bertanya...tapi aku harus cari jawapannya....tapi dimana? dimana?

Kehidupan ini adalah jawapannya
Petunjuk tuhan adalah jawapannya
Ilmu itulah jawapannya
AlQuran dan Sunnah itulah jawapannya...

Lalu aku tahu apa yg aku cari.....
Aku mencari sesuatu yg ada tapi belum kutemui.....
Kerana tabir itu belum Kau singkap lagi....

Tuhan indah Sunnatullah mu dalam mentarbiyah hammba kerdil ini.....
Lembut belai kasihmu.....terkesima sebuah hati yg sepi......

Ilahi Rabbi pimpinlah hati kami.......
Ilahi Rabbi pimpinlah hati kami.......
Ilahi Rabbi pimpinlah hati kami.......

Duhai sahabat.....namamu kuukir dalam setiap doaku..kerana hanya itu yg kumampu......maafkan sahabat kerdilmu ini.....
[> Subject: Re: Hati Seorang Sahabat


Author:
ma
[ Edit | View ]

Date Posted: 19:13:42 02/11/06 Sat
Author Host/IP: 62.135.95.154

akum pe kabar?


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.