VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12[3]45678910 ]
Subject: Kesian....


Author:
Bila baca jangan sebak plak.
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 17:35:29 02/27/04 Fri
Author Host/IP: 202.184.17.249

Cerita yg cukup menyentuh perasaan............sedih,
terharu, bangga bercampur-baur.

Hari itu-selepas seminggu beraya dikampung,saya pulang ke
K.Lumpur.Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama.Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu.Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul
dihadapan.

'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum.Tangannya segera menyelak daun
pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
"Tak apalah dik...abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak taadi menghampiri pelangganlain, sepasang
suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?"katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi
ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima.Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih saratSetiap yang lalu ditanya... " Tak nak belikuih saya bang..Pak cik...kakak
atau makcik." Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia
keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapagigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asadalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman,
saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agakjauh di deretan
kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum
sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkansebuah senyuman.

Saya turunkan cermin, membalas senyumanya.Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.
"Abg dah kenyang, tapi mungkin abang perlukankuih saya untuk adik-adik abang,
ibu atau ayah abang. katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekalilagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja.Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merahRM10. Saya hulurkan
padanya.

" Ambil ni dik! Abang sedekah..! . tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya
saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada
seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat
pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan
masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak
berupaya, saya masih kuat bang!"katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa
banyak soal saya terusbertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abg nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya
kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke
K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah??
Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikapkanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya,
siapa kita sebenarnya!!! ---

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
[> Subject: Re: Kesian....


Author:
al-Quds..
[ Edit | View ]

Date Posted: 09:03:32 02/28/04 Sat
Author Host/IP: 219.93.195.170

sorilah akoo tersebak tak sengaja.. hi hi
[> [> Subject: Re: Kesian....


Author:
ct_hawa
[ Edit | View ]

Date Posted: 21:42:38 02/28/04 Sat
Author Host/IP: 218.186.151.88

touching sekali
[> Subject: Re: Kesian....


Author:
One_na...NaWaRaSaRusi...
[ Edit | View ]

Date Posted: 13:41:35 03/01/04 Mon
Author Host/IP: 219.94.61.180

mcm pernah ku bace .....

tp crita ni mmg cukup mengharukan..... teladan yg baik supaya menjadi renungan buat kita cemua ......
[> Subject: Re: Kesian....


Author:
arsenal
[ Edit | View ]

Date Posted: 23:51:33 03/02/04 Tue
Author Host/IP: 219.95.5.200

susah nak jumpa begitu..
[> Subject: Re: Kesian....


Author:
Mami Ros
[ Edit | View ]

Date Posted: 08:10:03 03/03/04 Wed
Author Host/IP: 192.91.75.30


Masih ramai...........

hanya segelintir yang masih mempertahankan maruah Islam....
[> Subject: Re: Kesian....


Author:
pakusu
[ Edit | View ]

Date Posted: 16:13:53 03/08/04 Mon
Author Host/IP: 202.188.127.61

sebak dadaku,aku kagum dengan ibunye yang telah mengasuh dan mendidik anak itu begitu murni hatinye

hey al_Quds apa cite???
[> Subject: Re: Kesian....


Author:
syahida
[ Edit | View ]

Date Posted: 10:38:02 08/07/04 Sat
Author Host/IP: 219.95.100.203

ya Allah ....kagum saya dgn budak tu....
sebak sy membaca cerita tu..........
masih ada yg masih mempertahankan kebenaran


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.