VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12[3]45678910 ]
Subject: pastikan anak jadi winners


Author:
osama laden
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 14:30:24 03/03/04 Wed
Author Host/IP: 210.19.76.36

Untuk panduan kita bersama & cuba amalkan....

________________________________________________________________________

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners.


Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Tips;

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
[> Subject: Re: pastikan anak jadi winners


Author:
Itaarissa
[ Edit | View ]

Date Posted: 22:51:31 03/03/04 Wed
Author Host/IP: 219.92.15.28

Wah...windu kat anak sedara....anak sendiri? lambat lg kot....:)
[> Subject: Re: pastikan anak jadi winners


Author:
osama laden
[ Edit | View ]

Date Posted: 09:28:06 03/04/04 Thu
Author Host/IP: 210.19.76.36

aik...tak terpikir pasal anak dah ke?hihihi

kak,jaz nak jumpa dgn akak jap leh tak?jumpa lima minit pun dah okey..ada benda nak bagi utk akak nih..

ermmm,kalu jaz lalu kat tempat akak hantar annur hari tu,jaz call akak erk malam nih..maybe dalam kol 10.30 malam jaz call akak..penting nih...standbye tau..

p/s:papa meow,malam ni jadi tau...kita gi naik unta tayar dua erk...ada lagi barang ana yang tertinggal tu?hihihi
[> Subject: Re: pastikan anak jadi winners


Author:
Itaarissa
[ Edit | View ]

Date Posted: 14:04:31 03/04/04 Thu
Author Host/IP: 203.115.226.151

Akak mmg dah bayar umah kat Serdang tu tp tak pindah sepenuhnya lg ke Serdang tu...skang ni still duk umah sewa lama sbb almari takder lg...katilnya dah siap pasang dah kat umah baru....he..he..sayang nak tinggal internet maa....he..he....aiy....dlm minggu ni kena pindah gak serdang....

satu lg ttg call ni pulak....mintak maaf dik oiii..hp akak mengong (corrupt dah) hp rosak...bila la nak beli baru ni...simcard sekali rosak..simcard dah tukar baru dah....tp nombor lama gak....

kalu ptg sgt call umah .....03-91301578....berkuatkuasa selagi duk umah ceras..bila duk serdang...no ni akan diguna oleh org lain..he..he....
[> Subject: Re: pastikan anak jadi winners


Author:
osama laden
[ Edit | View ]

Date Posted: 14:51:33 03/04/04 Thu
Author Host/IP: 210.19.76.36

sayang tinggalkan internet atau sayang tinggalkan apa tu?eheheheh...rahsia tetap rahsia kan...kan...kan...

lorrr..patut lah ponggg...orghe tepon tok dapat...:(
memang penting sangat pun...

kalu macam tu,akak check email je lah erk....

PENTINGGGGGGGGGGGGG SANGAT NIH
[> [> Subject: Re: pastikan anak jadi winners


Author:
Itaarissa
[ Edit | View ]

Date Posted: 16:36:28 03/04/04 Thu
Author Host/IP: 203.115.226.151

chit..podah....apo ni osama...apa rahsia2 ni...tiada rahsia antara kita lah......kak ita ni kan jemis open minded.....

P/s; sejak dua menjak ni byk kijer dan suka cari kijer skit lah akak ko ni osama.....he..he
[> Subject: Re: pastikan anak jadi winners


Author:
Itaarissa
[ Edit | View ]

Date Posted: 11:39:44 03/05/04 Fri
Author Host/IP: 203.115.226.151

Kak ita tak dapat apa2 emel pun....apa yg ptg sgt jaz.....kalu boleh emel semula yer......semalam emel full sbb dah lama tak buka....(hotmail punya)

p/s: maaf lah kalu jaz call semalam sbb kak ita tertido awal.....maaf yer....
[> Subject: Re: pastikan anak jadi winners


Author:
ozziey
[ Edit | View ]

Date Posted: 17:38:50 03/05/04 Fri
Author Host/IP: 219.93.12.2

assalamualikum sumer..apa kabar..hehehhe...apa yg penting sangat tu..tak nak kongsi dgn kite ker
[> Subject: Re: pastikan anak jadi winners


Author:
SARA
[ Edit | View ]

Date Posted: 01:05:48 03/07/04 Sun
Author Host/IP: 210.186.217.13

Banyak misteri kehidupan yang Sara misss sepanjang tak masuk sini erk...???!!


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.