| Subject: Lagi satu untuk direnungkan |
Author: idenTiCaL
| [ Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 13:41:20 02/26/04 Thu
Author Host/IP: 202.184.17.249
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang
dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi...
jeng!jeng!jeng!...
....aauuummmmm!!!!!
Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba
Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni.
Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar.
Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa
agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya.Jadi untuk
menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu
ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu
pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi,
harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana
nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan.Tengah
dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah
perigi.
Aaaaa!!!!...
Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor
buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si
hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih
dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu
bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya
tikus. Alahhhh.... cam ner ni.
Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi,
cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis,
lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya. Berfikir
lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh
ke bawah makan dek buaya.
Macam mana nih...
Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya,
tetiba....terdengar satu bunyi....
uuuuuuuuuuuuu...bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa
madu.Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah
ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh
manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh
sedap ni."
Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di
mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.
Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar
tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2
ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur
nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau
pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka
pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga
malam yang sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu. Madu...,
madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.
Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan
buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah
baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...
1 minit untuk mengingati Allah
Step 1: Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU'LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD
*WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN
Step 2: Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan
Step 3: Forward artikel ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang sahabat anda.
Result 1: Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
mengingati, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa.
Result 2: Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
mengingati, berdoa kepada Nabi Muhammad Alaihisallam.
Result 3: Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan
kesejahteraan untuk kamu dan diAMIN oleh para Malaikat
INSHA'A'LLAH Oleh itu....................duduklah sambil merenungi betapa
kekuasaan Allah dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang di
redhoiNya. Bersamalah kita berdoa agar sentiasa diberi nikmat kesejahteraan dan
kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan seharian dalam apa
jua yang kita kerjakan.
"Pahit bersabar madunya redha, perit berusaha dimanisi tawakkkal, susah diuji
bertambah taqwa, rintih mu'min hanya pada-Nya..."
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
] |
|