VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123[4]5678910 ]
Subject: Amalan Bidaah di Hari Asyura


Author:
idenTiCaL
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 12:01:03 03/02/04 Tue
Author Host/IP: 202.184.17.249

Assalamualaikum

Saya meminta maaf kerana ada bid'ah dalam AMALAN PADA HARI ASYURA yang telah saya sebarkan tempo hari.

Harap maafkan saya yang jahil lagi lemah ini.

AMALAN BID'AH PADA HARI ASYURA



Sesetengah ummat Islam ada yang terlalu gairah dan berlebihan dalam ‘menyambut hari Asyura’ hingga terjerumus kejurang Bid'ah dan pembaziran. Mereka hanya beramal mengikut tradisi sahaja tanpa mengkaji kebenarannya di sisi sunnah.



Di antara amalan-amalan bid'ah itu ialah:

1. Mandi-mandi dengan niat mandi hari Asyura'.

2. Memakai pakaian baharu.

3. Mencelak mata.

4. Memakai inai.

5. Memasak masakan bubur yang dicampur dengan berbagai bijiran clan buah-buahan (bubur syura').

6. Bersembahyang malam Asyura' (Salat Lalilatu Asyura').

Semua amalan-amalan tersebut di atas dimaksudkan sebagai amalan khas hari Asyura adalah perbuatan bid’ah mazmumah (bid’ah tercela) lebih baik ditinggalkan sahaja. Sebab pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., sahabat beliau dan juga tidak pernah dilakukan oleh salah satu Imam Mazhab yang empat. Adapun hadis-hadis yang berkenaan dengan amal adalah maudhu' (palsu). Wallahu A'lam.

(Irsyadul Ibad, ms. 50 dan Fathul Muin, ms.59)



KISAH SEORANG KERISTIAN MASUK ISLAM BERKAT MEMULIAKAN HARI ASYURA'



Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat seorang Qadhi yang kaya raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi: "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan kepada tuan, maka berilah saya se­dekah sekedarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham".

Qadhi menjawab: "Datanglah selepas waktu Zohor!"

Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi menuhi janjinya. Sayangnya Si Qadhi ­kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh simiskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Simiskinpun balik dengan penuh harap akan dib­eri sesuatu selepas Asar. Apabila ia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa.

Di waktu simiskin berjalan mencari-cari, ia melintas didepan seorang Keristian sedang duduk­duduk di hadapan rumahnya.

Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah: "Tuan, demi keagungan clan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara kekluarga saya"

Si Keristian bertanya: "Hari apakah hari ini?"

"Hari ini hari Asyura'", kata si miskin sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Keristian itu sangat ter­tarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah.

Berkata Si Keristian: "Katakan apa hajatmu padaku!"

Berkata si peminta sedekah: "Saya memelukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan dua dirham sahaja".

Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya.

Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi dalam tidurnya.
"Angkat kepalamu!", kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diri batu bata bersalut emas dan sebuah lagi buat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. la bertanya: "Ya Tuhan, untuk siapabangunan yang sangat cantik ini?".

Terdengar jawapan: "Semua bangunan adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini gunan ini dimiliki oleh seorang Keristian".

Apabila Qadhi bangun dari tidurnya, pergi kepada si keristian yang dimaksudkan didalam mimpinya.

Qadhi bertanya kepada si keristian: "Amal apakah gerangan yang kau buat semaIam hingga

kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?".

Orang Keristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah berse­dekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura itu.

Kata Qadhi: "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham".

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.