VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1234[5]678910 ]
Subject: bila ana dikatakan cari publisiti murahan....


Author:
osama laden
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 16:36:50 02/17/04 Tue
Author Host/IP: 203.121.0.15

ayat 66-82 surah al-Kahfi

[18.66] Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?"

[18.67] Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.

[18.68] Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?

[18.69] Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".

[18.70] Ia menjawab: "Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu".

[18.71] Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar".

[18.72] Ia menjawab: "Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"

[18.73] Nabi Musa berkata: "Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)".

[18.74] Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata "Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!"

[18.75] Ia menjawab: "Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"

[18.76] Nabi Musa berkata: "Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku".

[18.77] Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: "Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!"

[18.78] Ia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.

[18.79] Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.

[18.80] Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.

[18.81] Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.

[18.82] Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya".

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
[> Subject: Re: bila ana dikatakan cari publisiti murahan....


Author:
osama laden
[ Edit | View ]

Date Posted: 16:40:33 02/17/04 Tue
Author Host/IP: 203.121.0.15

sebenarnya ana malas lah nak memanjang perkara ni tetapi dah dua kali ana dikatakan ana ni cari publisiti murahan,so,ana rasa baik ana luahkan mana2 yang sempat.tak nak simpan dalam hati.

apakah yang sedara maksudkan sampaikan mengatakan ana ni nak cari publisiti murahan.okey,kalau berdasarkan setiap jawapan2 yang tak bernas,itu ana akui sebab ana ni belajar bukannya sampai ke tahap master atau degree...so,ana tak mempunyai pengetahuan sampai ke tahap sedara tu.tapi pernah tak sedara berfikir kenapa dan mengapa ana bersikap sedemikian.renungkan lah kisah di atas yang dipetik dari surah Al-Kahfi.mungkin dari pengajaran yang boleh diperolehi dari sini ialah SETIAP PERBUATAN YANG DILAKUKAN OLEH SESEORANG ITU MEMPUNYAI SEBAB DAN MUSABAB TERSENDIRI.

sekiranya kanak2 kecil menangis berkehendakkan barang mainan,dia akan berhenti menangis bila barang mainan itu diperolehinya.begitu juga dengan yang berlaku terhadap seorang pesakit.dia akan sentiasa makan ubat untuk menyembuhkan penyakitnya.begitu juga ana.kalau sedara kata ana ni cari publisiti murahan,pernah tak sedara terpk pasal apa ana jadi sedemikian.bagi ana tak salah sebab bagi ana laman web macam ni lah untuk ana melupakan 1001 masalah yang dihadapi oleh ana sejak sekian lama.ingatlah,jangan sangka orang yang selalu nampak happy takde masalah.walhal macam ana sajer je nak menghappykan diri ana dengan posting2 yang kadang2 macam kebudak2an...sbb bagi ana dengan cara macam ni lah ana dapat hilangkan sedikit masalah ana tu..bila baca balik posting2 yang lepas yang berunsurkan lawak jenaka terutamanya macam kita sebut menu hidangan hari tu rasa terhiburlah hati skit..so,lupa lah sejenak masalah yang melanda diri ini.

lagipun apa hak sedara mengatakan ana sedemikian?adakah sebab gurau senda ana dalam web ni ada menyakitkan hati sedara sampaikan sedara kata ana macam tu?bagi ana,gurau senda ana tu takde menyakiti hati mana2 pihak sebagaimana sedara mengatakan kat ana.so,mana2 user yang ada terasa hati dengan ana tu,ana mintak maaf banyak2 lah..kalau kehadiran ana tak menyenangkan hati sedara,bolehlah sms atau email je...janganlah sesekali menjatuh aib orang lain kerana itu adalah larangan keras dalam agama.

tapi,biarlah...terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya..nak komen lebih2 tak berani lak sebab ana ni blaja bukannya sampai ke tahap master..masih banyak lagi kekurangan dalam diri ana...

apa yang pastinya,kata2 mami,akan ana pahatkan dalam hati sanubari ana iaitu takkan berundur dari web ini bagi mengekalkan ikatan persaudaraan sesama kita.buat apa menyepi diri disebabkan seorang sahaja yang meyakiti hati.

p/s:INGATLAH..SETIAP ORANG ITU AKAN MEMBUAT PERKARA YG BERBEZA2 UTK KEPUASAN HATINYA SENDIRI...
[> Subject: Re: bila ana dikatakan cari publisiti murahan....


Author:
MeowHidayah
[ Edit | View ]

Date Posted: 16:43:44 02/17/04 Tue
Author Host/IP: 202.184.17.249

Hmmm...
[> Subject: Re: bila ana dikatakan cari publisiti murahan....


Author:
MeowHidayah
[ Edit | View ]

Date Posted: 16:45:51 02/17/04 Tue
Author Host/IP: 202.184.17.249

bila mana dua karakter yg berbeza bertembung, how to design the voltage/current stabilizer...?? hmmm...

p/s: tgh pike sat noo...
[> Subject: Re: bila ana dikatakan cari publisiti murahan....


Author:
osama laden
[ Edit | View ]

Date Posted: 16:51:05 02/17/04 Tue
Author Host/IP: 203.121.0.15

pk jangan tak pk..

tapi make sure air mencukupi utk unta ana mandi kat umah enta pagi jumaat nanti..ehehe...
[> Subject: Re: bila ana dikatakan cari publisiti murahan....


Author:
identiCal
[ Edit | View ]

Date Posted: 17:06:30 02/17/04 Tue
Author Host/IP: 202.184.17.249

Tak pahamlaa Osama, kan itu satu gurauan, tersentuh ke tak dah tentu orang yang berkata itu tak taukan, sebab bukan dia yg terasa.

Lagi satu saya menyakat pun kepada org yg biasa menyakat, dah tentu secara psikologinya taklah sensitif sangat, tapi kalaulah sebaliknya, ampun maaf dipintala.

Pasal Master ke PhD ker, salah satu tujuan coz ini diambil kerana tahu yang kita sebagai bangsa Malaysia masih terkebelakang dalam penguasaan ilmu selain daripada susahnya nak mendapat kerja, alternatif adalah further study.

Kalau fikir pasal berlagak ker, nak menunjuk ker pasal ada hi tertiary education, untuk apa sedangkan start motor je sampai kat jalan sibuk, kena langgar boleh mati. So mana perginya Master ke PhD ker.

Kalau saya taulah anda terasa atau tersentuh, mungkin posting itu tidak timbul (saya masih tidak tahu, sebab awak agak 'keras' not so sensitive), dan rasanya tidak perlu ia diselesaikan di voy.com. tetapi memandangkan anda telah memulakannya disini so sebaiknya baik saya yang menamatkanlaa

Insya Allah, ikatan ukhwah semakin erat dengan sedikit perselisihan yang diizin Tuhan dan telah dirancangNya.

Insya Allah :)

Assalamualaikum.
[> Subject: Re: bila ana dikatakan cari publisiti murahan....


Author:
Mami Ros
[ Edit | View ]

Date Posted: 17:09:10 02/17/04 Tue
Author Host/IP: 192.91.75.29


meow...

Mami cukup masak ngan dua karektor nie....

seorang yang selalu suka berprasangka.....hinggakan boleh menjejaskan pemikiranan....andainya tersilap kata..


dan seorang lagi perlu di tongkah untuk majukan diri.....

Namun bagitu.. kedua2 karektor ini ada kekuatan sendiri....

hehehhe......
[> Subject: Re: bila ana dikatakan cari publisiti murahan....


Author:
aTiE
[ Edit | View ]

Date Posted: 17:25:00 02/17/04 Tue
Author Host/IP: 211.24.138.34

hmmmm.....sememangnya dua karektor berbeza...hehehe...
[> Subject: Re: bila ana dikatakan cari publisiti murahan....


Author:
idenTiCal
[ Edit | View ]

Date Posted: 17:37:28 02/17/04 Tue
Author Host/IP: 202.184.17.249

Saya tak nak sebut perkataan 'scientist'. Kan dikatakan cam meninggi diri lak.

Tiap2 hari kami diajar untuk menyelidik sesuatu, sceptic, suspicious, but at the same time gain some data to prove scientifically.

Betul apa dikatakan Cik Ita, kita post idea kita disini, sebahagiannya adalah berdasarkan daripada pengalaman kita selain dari ilmu yg kita pelajari secara rasmi maupun tidak rasmi.

Jadi, he he he, kalaulah saya ini dikatakan berprasangka, nak buat camna, itulah satu latihan, disamping kami memerlukan sedikit data untuk membuktikannya. Meow ur comment on this, ur work in engineering fac. Ur experiment.

JAz, ko ingat apa Dato' Fadzilah cakap sebelum menjawab soalan Aziz DEsa, saya org sains, saya org sains, maksudnya dia membuat kesimpulan hasil daripada kajian atau soal selidik yg dia buat.

BEskan, kalau ada selisih faham camni, (sememangnya tidak dirancang) tetapi kita menanganinya Insya Allah dengan baik dan membina.

Insya Allah.
[> Subject: Re: bila ana dikatakan cari publisiti murahan....


Author:
One_na...NaWaRaSaRusi...
[ Edit | View ]

Date Posted: 13:27:34 02/18/04 Wed
Author Host/IP: 219.94.61.180

betui la kater mami n atie tue...karektor berbeza... so....
[> Subject: Re: bila ana dikatakan cari publisiti murahan....


Author:
Husna
[ Edit | View ]

Date Posted: 15:02:27 02/18/04 Wed
Author Host/IP: 202.190.180.86

Nobody possess the same character. Thus, that is why every individuals are unique...
[> Subject: Re: bila ana dikatakan cari publisiti murahan....


Author:
aTiE
[ Edit | View ]

Date Posted: 15:28:43 02/18/04 Wed
Author Host/IP: 211.24.138.34

Just like a unique number in database, as the primary key to access it own data.....(in IT perspective)...hehehe

so similar with human's behaviour...just to make different from each other...
[> Subject: Re: bila ana dikatakan cari publisiti murahan....


Author:
Husna
[ Edit | View ]

Date Posted: 15:33:53 02/18/04 Wed
Author Host/IP: 202.190.180.86

You're right. Perumpamaan daripada orang IT. Similar to intellectual. Nobody possess the same cognitive ability. Again it just like computer which different version have different function.
The most recent one possess more ability, but It doesn't mean that the old want is idiot and useless...

ye ker? apa yang merapu ni??


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.