VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123456[7]8910 ]
Subject: seandainya....


Author:
osama laden
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 11:53:35 02/09/04 Mon
Author Host/IP: 210.19.76.36

tuhan,
dengan penuh syahdu Maryam merayu,
pada tuhannya yg Satu,
pohon agar dikurniakan,
kebahagiaan dan ketenangan
lantaran kelahiran Isa al-Masih,
masih menjadi tanda tanya.

ah...
apa aku peduli
anak ini lahir
antara aku dan dia
kalau perlu aku besarkan
kalau tidak,biarlah ia mati
...dengan penuh angkuh
Mariam pada zaman ini bersuara
terus ingkar pada Tuhannya.

dan apabila diperintahkan
menutup aurat
maka keluarlah wanita-wanita arab
bagai gagak memenuhi padang pasir
dengan penuh bangga Aishah bercerita
tentang wanita dizaman Baginda
akhlak dijaga maruah dipelihara.

dan apabila menjelang
malam yg pekat
kelihatan kupu-kupu malam
aneka warna merah,biru,kuning
dengan sayu seorang tua bercerita
tentang gadis zaman ini
hilang malunya
ternoda dengan satu nafsu dunia.

maafkan aku wahai suamiku
demikian Saiditina Fatimah merayu
pada Saidina Ali suami nya
bila menyedari diri menyakiti suami
berkali-kali dia merayu
sehingga 72 kali mengelilingi suami
akhirnya Saidina Ali tersenyum kembali
lantas terbuka semua 7 pintu syurga
kesemua penuh nikmat selamanya.

maafkan aku wahai isteriku
demikian Ali moden melayu
pada Fatimah di zaman ini
bila menyedari diri
tidak mampu memberi kemewahan
kereta, rumah besar, intan berlian
akhirnya si isteri terus terleka
lastas terbuka 7 pintu neraka
pilihlah yg mana satu wahai isteri durhaka!

"mengapa saudara mengikuti daku?"
tanya seorang gadis
pada Hassan al-Basri yang mengekori
"aku tertawan pada matamu"
tidak lama kemudian
keluar seorang ibu tua
bersama sepasang mata
didalam dulang keimanan
terpegun Hassan
penyesalan tiada gunanya

"marilah ke rumahku"
demikian pelawa seorang gadis
pada teruna di zaman ini
penuh bangga dengan dosa
maksiat bukan lagi hina
bahkan dilaung dimana-mana

demikian kisah maryam, Aishah, Fatimah
dan gadis solehah
bersama wanita dizaman ini
apakah perjuangan mereka
akan terkubur begitu sahaja
menjadi cerita yang hanya dibaca
tanpa rasa apa-apa
menjadi nostalgia di mana-mana

semoga kisah mereka menjadi panduan
sampai bila-bila
untuk diteliti dan diteladani........

-ukhwahfillah-

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
[> Subject: Re: seandainya....


Author:
abu nawas
[ Edit | View ]

Date Posted: 13:03:49 02/09/04 Mon
Author Host/IP: 210.19.76.36

Ambilläh Mäsä UnTuk Memähämi HäTi Šän žeräsään Käwän, Keränä Šiä Jugä,Seoräng Mänusiä; Šiä Jugä Adä Räsä TäkuT, Adä Räsä ßimbäng,Sedih Šän Kecewä,Šiä Jugä Adä Kelemähän Šän Šiä Jugä žerlukän Käwän Sebägäi KekuäTän. KiTä SeLalu MelihäT,Šiä KeTäwä, TeTäpi Mungkin Sebenärnyä Šiä Tidäk SeTäbäh Yäng KiTä Sängka


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.