VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123456[7]8910 ]
Subject: MMasih boleh berbicara walaupun berlainan pandangan


Author:
Itaarissa
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 10:48:47 02/13/04 Fri
Author Host/IP: 203.115.226.151

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera pada rakan RJ

Saya teringat baru-baru ini rakan saya berbincang
dengan seorang pembesar dari US. Banyak perkara yang
tidak dipersetujui berkenaan dengan US telah
diutarakan dalam suasana perbincangan yang sihat.
Ungkapan yang keluar dari mulut orang US ini masih
terngiang di telinga saya.

"The thing I like about you, is that, we can agree to
disagree" ... Apa yang saya suka tentang awak ini
ialah kita boleh setuju untuk tidak bersetuju.

Makna kata - walaupun berlainan pandangan dan
pendirian, tapi masih boleh berbincang bukan
bertengkar.

Pengalaman saya menggerakkan aktiviti remaja suatu
ketika dulu, terpaksa berinteraksi dengan JKKK
kampong, penghulu kampong, Exco Belia dan Sukan dan
Menteri Besar. Saya anggap mereka ini manusia seperti
saya. Saya telah hidupkan aktiviti dakwah di satu
kampong. Mereka nampak kerja-kerja yang saya lakukan.
Bagi mereka saya bukan seorang yang hanya boleh
mengkritik tapi berupaya melaksanakan apa yang saya
katakan. Oleh itu saya berupaya untuk menyatakan apa
yang kita setuju atau tidak setuju. Mereka boleh
dengar teguran saya walaupun mereka tahu saya tidak
sealiran fikiran dengan mereka. Sudah tentu memang ada
yang tak suka....itu saya serahkan pada ALlah swt.

Kalau kita nampak sesaorang atau sesuatu parti itu
salah, lalu kita menjauhkan diri, boikot mereka,
bagaimana kita nak tegur mereka, bagaimana kita nak
baikkan mereka.

Kita lihat akhlak Rasulullah saw. Seorang yahudi
meletakkan duri di depan pintunya. Dia tidak
hiraukannya sehingga bila duri itu suatu hari tidak
kelihatan. Maka Rasulullah saw menziarahi yahudi
tersebut. Akhlak mulia Rasulullah saw telah menawan
hati yahudi ini sehingga beliau memeluk Islam.

Ini tidak bermakna Rasulullah saw tidak pernah
berperang dengan musuh-musuhnya .... ini tidak
bermakna Rasulullah saw kena korbankan prinsip beliau
demi nak jaga hati orang.

Kalau kita lihat kes perbalahan disebabkan berlainan
politik di kampong contohnya .... kekadang ia lebih
bersifat peribadi daripada prinsip. Kalau ye pun kita
lihat si anu tu rosak akidah nya - mengapa tak kita
cuba berbaik untuk memperbetulkannya. Bukan kah itu
cara yang lebih molek. Biar orang tidak sukakan kita
kerana prinsip bukan kerana akhlak kita ... saya
ulangi ..BIAR ORANG BENCIKAN KITA KERANA PRINSIP BUKAN
KERANA AKHLAK KITA. Biar orang boikot kita kerana
prinsip kita - kita sekali-kali jangan boikotkan
mereka. Orang tak jemput kenduri - kita jangan pergi.
Bila kita buat kenduri - jemputlah mereka dengan baik.
Kalau mereka tak terima - terserah pada Allah.

Tapi malangnya kita khuatir orang bencikan kita kerana
akhlak kita, kerana cara "kasar" kita, kerana sifat
"kesombongan" kita.... orang tak tahupun prinsip yang
kita pegang. Kita khuatir prinsip Islam yang kita
junjung tengggelam dalam keburukan akhlak yang kita
tunjukkan.

Maaf jika nada bahasa ini agak tegas!! Biarlah kita
bertegas pada prinsip Insya Allah.

Wassalam

Dr Hishamuddin ALham

P/s: Jgn terlalu taksub selain dr Allah dan Islam....toleransi adalah jln terbaik....

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
[> Subject: Re: MMasih boleh berbicara walaupun berlainan pandangan


Author:
iDEntiCal
[ Edit | View ]

Date Posted: 10:54:10 02/13/04 Fri
Author Host/IP: 202.184.17.249

Sape Dr Hishamuddin tu ?
[> Subject: Re: MMasih boleh berbicara walaupun berlainan pandangan


Author:
Itaarissa
[ Edit | View ]

Date Posted: 12:15:07 02/13/04 Fri
Author Host/IP: 203.115.226.151

Sebenarnya saya ada subcribe group Relexjap group....Gedung Ilmiah...disini perbincangan adalah versatile....tp berbentuk ilmiah....masing2 berbincang ttg kehidupan dan pengalaman memasing...

Selama ni pun byk saya copy n paste bhn dr groups ni....walaupun saya tak pernah kenal mereka tp saya suka baca artikel mereka dan suka cara mereka mengutarakan pendapat....(berdasarkan fakta bukan emosi semata2)

Seingat saya Dr Hishamuddin ni pensyarah kat utm....kalu nak tahu lebih lanjut ini emel dia....

ahisham2001@yahoo.com


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.