VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1234567[8]910 ]
Subject: Re: APAKAH ITU LUH MAHFUDZ


Author:
Mami Ros
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 21:18:31 02/07/04 Sat
Author Host/IP: 210.186.39.249
In reply to: Mohd Hamzah 's message, "APAKAH ITU LUH MAHFUDZ" on 12:16:49 02/07/04 Sat

W'salam...

mami rasa gembira bila melirik ke laman ini...walaupun dia cuma sebagai rumah pondok namun masih utuh di gunakan....

Alhamdulillah.....masih ada nasihat dan tunjuk ajar dari kelian semua...
Mudah2an....berterusan.....

Salam mesra dari Mami...

Maaf tak nak beri pendapat...masih di tahap pembelajaran lagi.....

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
[> Subject: Re: APAKAH ITU LUH MAHFUDZ


Author:
MeowHidayah
[ Edit | View ]

Date Posted: 23:00:48 02/07/04 Sat
Author Host/IP: 210.187.1.82

Salam mesra jua buat mami..

So ini jawapan drpd akhie TJ:

Lawh mahfuz bermaksud sebuah tempat catatan nasib manusia dan rahsia makhluk Allah di alam ghaib yang dijaga dengan penuh rapi oleh para malaikat dan tiada sesiapa yang dapat menghampirinya.

Tercatat qada' dan qadar, rezeki, jodoh kita dan sebagainya. Hanya Allah yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang perkara-perkara ini. Tidak ada makhluk lain mengetahinya.

Surah Al-Hajj ayat 70 menjelaskan hal ini.

"Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang ada di langit dan di bumi, sesungguhnya itu terdapat dalam sebuah kitab yakni (Luh Mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah".

Al Quran juga diturunkan ke langit bumi pada malam lailatul qadr dari lawh mahfuz. (ruj surah al Qadr)

Setakat ini yang saya ketahui.

Wallahualam
TJ


So jawapan ana adalah tambahan drpd penjelasan akhie TJ yg spontan itu (ana petik drpd teks dlm kitab Aqidah Ahli Sunnah wal Jama'ah, ditulis oleh Almarhum Hj Said Hj Ibrahim, bekas mufti Sabah, m/s: 298 - 301):

Firman Allah yang bermaksud;

"Keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti, dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Ku."

[Surah Qaf: 29]

Ahli tafsir, Imam Mujahid menegaskan firman Allah Taala ini adalah bermaksud Allah Taala telah menetapkan apa yang sudah ditentukan-Nya. Ini bermakna bahawa taqdir Allah itu telah dituliskan pada Luh Mahfuz. Dan Ibn Abbas telah menerangkan juga, setelah Allah Taala menjadikan kalam, maka Allah berfirman kepadanya: Tulislah. Kalam itu menuliskan apa yang akan terjadi sampai Hari Qiamat. Kalam itu menulis di Luh Mahfuz.

Taqdir Allah yang tertulis pada Luh Mahfuz itu masih menerima perubahan, kerana ada taqdir Allah yang tertulis di Luh Mahfuz tadi ada yang sudah putus, dan ada pula yang belum putus yang dinamakan taqdir Mu'allaq, iaitu taqdir yang masih bergantung.

Misalnya, seseorang itu ditaqdirkan Allah umurnya 50 tahun, tetapi oleh kerana ia menghubungkan silaturrahim yang terputus, maka umurnya tadi ditambah 20 tahun lagi. Dan ada orang yang sudah dituliskan akan dimasukkan ke dalam Neraka, tetapi oleh kerana ia sentiasa berdoa kepada Allah, agar dijauhkan dari azab Neraka, maka ia akan dimasukkan ke dalam Syurga. Taqdir yang seperti ini dituliskan juga dalam Luh Mahfuz. Taqdir yang seperti inilah yang dimaksudkan dalam firman Allah Azza Wajalla yang bermaksud:

"Allah menghapuskan apa jua yang dikehendaki-Nya dan Ia juga menetapkan apa juga yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah), pada sisi-Nya ada ibu segala suratan."

[Surah Ar-Ra'd: 39]

Firman ALlah Taala tersebut dengan tegas mengatakan semua taqdir Allah yang telah tertulis dalam Luh Mahfuz itu boleh dihapuskan Allah, jika Ia mengkehendakinya, atau Ia tetapkan sahaja sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Penghapusan atau penetapan itu sesuai dengan yang ada pada ummul kitab (Ibu sekalian kitab), iaitu ilmu Allah Taala yang Azali.

Mengenai penghapusan dan penetapan tulisan yang ada pada ummul kitab itu telah dinyatakan oleh Imam Baijuri, seorang ulama tauhid dalam kitabnya, Tuhfah al-Murid Syarah Jauharah at-Tauhid: 95 yang bermaksud:

"Ummul Kitab itu asal dari Luh Mahfuz, iaitu ilmu Allah yang tidak menerima penghapusan dan tidak menerima penetapan. Ada pun Luh Mahfuz sebenarnya menerima penghapusan dan penetapan."

Dalam masalah qadha' dan taqdir tidak ada yang boleh mengubah apa yang telah tertulis dalam Luh Mahfuz itu kecuali yang boleh mengubahnya doa dan amal kebajikan. Ini telah ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya yang bermaksud:

"Tidak ada yang boleh menolakkan qadha' dan taqdir, kecuali doa, dan tidak ada yang boleh memanjangkan umur, melainkan berbuat kebajikan."

[Riwayat at-Tirmizi: Sahih at-Tirmizi]

Qadha' dan taqdir yang sudah tertulis dalam Luh Mahfuz itu dapat juga diubah dengan menghubungkan silaturrahim yang telah putus, di mana orang-orang yang menghubungkan silaturrahim itu akan luas rezekinya, dan lambat sampai ajalnya. Ini telah ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada Anas ra yang bermaksud:

"Sesiapa yang suka luas rezekinya dan lambat sampai ajalnya, hendaklah ia menghubungkan rahim."

[Riwayat al-Bukhari dan Muslim. Fath al-Baari: 13/20]

Hadith ini tidak berlawanan dengan firman Allah Taala yang bermaksud:

"Maka apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaat pun, dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan."

[Surah An-Nahl: 61]

Menurut al-Imam al-Hafidz Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalaani (773 - 852), ajal yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah ajal yang ditaqdirkan dalam "ilmu Allah" yang tidak menerima perubahan, di mana ajal yang dimaksudkan dalam hadith tersebut ialah ajal yang tertulis pada Luh Mahfuz, yang diketahui oleh malaikat yang masih menerima perubahan.

Sekian.. Allahua'lam...


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.