VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345678[9]10 ]
Subject: eeee...buat malu orghe kelate jer dio nih..


Author:
osama_laden
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 11:33:27 01/21/04 Wed
Author Host/IP: 210.19.76.37

JOHOR BAHRU: Pengawal keselamatan yang kini ditahan reman kerana disyaki meliwat, merogol dan membunuh Nurul Huda Abdul Ghani, 10, bukan saja mempunyai lapan rekod jenayah kekerasan yang dilakukan antara 1975 hingga 2002, tetapi pernah dihukum kerana mencabul kehormatan seorang wanita.

Lelaki berusia 47 tahun yang masih belum berkahwin itu berasal dari Kelantan, melakukan kesalahan itu pada 1987 di Mersing, selain dihukum penjara berhubung kes pecah rumah pada 1992 dan 2002.

Bagaimanapun, polis tidak mengesan sebarang rekod jenayah membabitkan penyalahgunaan dadah yang pernah dilakukan pengawal keselamatan itu.

Ketua Polis negeri, Datuk Musa Hassan, berkata seorang lagi lelaki berusia 27 tahun adalah penagih dadah dan mempunyai rekod jenayah membabitkan penyalahgunaan dadah sebelum ini.

Ketika ditanya sama ada kedua-dua lelaki itu di bawah pengaruh dadah atau alkohol ketika ditahan, Musa berkata, polis tidak pasti mengenai perkara itu.

“Selepas ditahan, kita tidak menjalankan ujian untuk membuktikan sama ada kedua-dua mereka di bawah pengaruh dadah atau alkohol ketika melakukan jenayah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, polis tidak mengetahui bagaimana Nurul Huda boleh masuk ke dalam pondok pengawal berkenaan kerana tiada saksi mendakwa melihat kejadian itu.

“Kita tidak tahu bagaimana mangsa dibawa masuk ke dalam, berkemungkinan beliau ditarik atau diugut tetapi yang pasti polis menjumpainya di tandas dalam pondok pengawal berkenaan,” katanya.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.