VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345678[9]10 ]
Subject: Recent Fatwa Regarding Euthanasia (Mercy Killing)


Author:
SARA HUSNA
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 10:24:14 01/27/04 Tue
Author Host/IP: 202.190.183.189

Recent Fatwa Regarding Euthanasia (Mercy Killing)

Assalamualaikum...

Selepas hampir sebulan "majuk" dan tak post apa-apa topic hari ni Sara nak post satu topic kat sini. Semoga ianya akan memberi ilmu kepada kita semua.
Dulu, masa MM belum shut down, Sara pernah rise the question tentang euthanasia. Now I wanna answer to that question as I had found the recent fatwa regarding the issue (alhamdulillah semalam dah present pun depan class).

As I had mentioned before in MM, euthanasia adalah satu perbuatan membantu pesakit yang menghidap penyakit yang serius untuk mati. Umumnya terdapat 2 jenis euthanasia:-
1)Active euthanasia
Perbuatan mematikan melalui jenis ini amat jelas.
Contohnya dengan mematikan life sustaining mechine
whereby the patient rely on.
2)Passive Euthanasia
Passive euthanasia pula dilakukan dengan membiarkan
pesakit yang sudah tiada harapan sembuh (from doctor's
opinion) menghadapi kematiannya tanpa diberi sebarang
rawatan atai ubatan.

Oklah, secara umumnya Islam memang MELARANG KERAS (MEGHARAMKAN) euthanasia khasnya active euthanasia kerana perbuatan ini sama seperti kita mengambil hak Allah dalam menghidup dan mematikan hambanya dan ia juga membawa kepada timbulnye sifat putus harapan. Namun begitu terdapat satu keadaan di mana active euthanasia dibenarkan dalam Islam iaitu bila mana seseorang pesakit itu disahkan mengalami mati otak (brain death). Brain death atau mati otak ini berlaku apabila kesemua sel otak telah mati. Ini berbeza dengan strok di mana hanya sebahagian sel otak sahaja yang mati dan doktor masih boleh berbuat sesuatau untuk memulihkan pesakit. Apabila mati otak berlaku, kita akan dapati tiada electrical activity berlaku dalam otak, tiada darah lagi yang mengalir ke otak. Pesakit tidak dapat bergerak langsung, tidak dpat memberi responce atau tidak balas pada sebarang ransang. Mengikut istilah perubatan, mati otak adalah sebenar-benar kematian bagi manusia.

Suatu masa dulu di Malaysia, kematian seseorang itu ditentukan melalui denyutan jantung. Namun, para doctor mulai sedar bahawa ketika pesakit telah mati beberapa hari sebelum jantung mereka terhenti. Setakat ini tiada rawatan untuk memulihkan mati otak. Justeru itu para ulamak bersepakat membolehkan active euthanasia dijalankan dengan 4 syarat:-
1) Fenomena mati otak benar-benar berlaku dan disahkan oleh
doktor profesional
2) mendapat persetujuan daripada ahli keluarga pesakit
3) Pengesahan dibuat oleh sekurang-kurangnya 3 orang doktor
pakar (doktor muslim perlu diutamakan)
4) Jika rawatan utnuk memulihkan mati otak ditemui,
keputusan untuk melaksanakan euthanasia mesti digugurkan.

Passive euthanasia juga telah menimbulkan khilaf di kalangan ulama sama ada rawatan menjadi SUNNAH untuk diteruskan atau masih lagi WAJIB. sesetengah ulama berpendapat, apabila tiada lagi ubatan yang berkesan untuk merawat pesakit, usaha untuk mendapatkan rawatan telah jatuh kepada hukum sunnah. Namun begitu, ulama dari Shafie`yyah dan Hambaliyyah berpendapat hukum untuk mendapatakan rawatan masih lagi wajib. Walau bagaimanapun, menurut Yusuf Al-Qardawi, hukum mendapatkan rawatan bila mana sudah tiada ubatan atau rawatan yang berkesan untuk merawat penyakit BUKAN LAGI WAJIB atau SUNNAH. Justeru itu, passive euthanasia dibenarkan untuk dijalankan.

Begitulah seadanya. Allahu'alam

P/s: tingat lagi masa kecil dulu, waktu arwah atuk diimasukkan ke hospital. Doktor kata dah tak leh wat pe dah. So, kite orang pun bawa balik je ke kampung, wat baca Yasin untuk dia.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.