Author:
Tahai Apa abarnya
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 07:29:16 02/25/01 Sun
100 orang gembleng tenaga hasilkan kelupis
terpanjang
LAWAS - Sebuah rekod kelupis terpanjang iaitu 230 kaki berjaya dicipta dalam tempoh
sehari bersempena dengan sambutan Perayaan Ulang Tahun Parti Pesaka Bumiputera
Bersatu (PBB) Ke-40 yang berlangsung di Lawas baru-baru ini.
Menurut setiausaha penganjur kelupis terpanjang, Encik Abdul Kadir Haji Tusin, kelupis
yang berukuran 70 meter itu merupakan kelupis paling panjang pernah dicipta di seluruh
negara setakat ini.
Seramai 100 orang ahli PBB dari masyarakat Kedayan telah bekerjasama untuk menyiapkan
kelupis di bawah anjuran bersama KEMAS Limbang/Lawas dan ahli PBB dari Ulu
Merapok termasuk dari Kampung Sasa, Bukit Puan dan Tunah Sibagol.
Antara bahan dan keperluan yang digunakan ialah beras pulut (24 gantang), kelapa atau
'piasau' dalam bahasa Kedayan (240 biji), tali tigis (2,200 kaki), daun nyirik (2,500 keping),
gagawi (12 batang), kawah (enam buah) dan candasan (tiga batang).
Cara menyediakan kelupis ialah, beras pulut tersebut dimasak menggunakan santan
kemudian dibungkus menggunakan daun nyirik dan diikat menggunakan tali tigis.
Kelupis amnya merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat Kedayan yang
dibuat untuk upacara makan tahun selepas menuai, majlis perkahwinan dan sebagai buah
tangan.
Pertunjukan kelupis terpanjang itu telah dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi
Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Turut mengiringi beliau ialah isteri, Datuk Amar Puan
Sri Hajah Laila, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Alfred Jabu anak Numpang
dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian, Datuk Haji Awang Tengah Ali Hassan.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
|