VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123[4] ]
Subject: Jamal menyanyi dengan Rosma!


Author:
MrBerita
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 17:15:21 08/29/03 Fri

Utusan Melayu

Jamal terus kukuh di hati peminat
Oleh ROSLI MANAH

SESEORANG penyanyi tentu akan lebih bersemangat apabila sambutan terhadap persembahan dan album mereka begitu memberangsangkan. Semangat mereka akan lebih kuat untuk mengukuhkan nama dan mencorakkan masa depan kerjaya seni dengan lebih cemerlang.

Itulah antara semangat yang hadir dalam diri Jamal Abdillah apabila lagu Sandarkan Pada Kenangan nyanyiannya bersama Siti Sarah mendapat tempat yang hebat di hati peminat. Kekuatan lagu itu membolehkan Jamal menerima anugerah platinum berkembar dua apabila albumnya terjual melebihi 120,000 unit.

Ahad lalu, Jamal menghiburkan peminat di kelab Planet Hollywood, Kuala Lumpur dalam program Sunday Nite Live With... Jamal Abdillah. Ternyata, sambutan terhadap persembahan Jamal masih hebat. Malah, rata-rata pengunjung adalah remaja yang mungkin baru mengikuti perkembangan Jamal selepas meledaknya lagu itu.

Pada malam itu Jamal menyanyikan lagu Sandarkan Pada Kenangan bersama pasangan baru, Rosmayati Sidik iaitu peserta Akademi Fantasia.

``Saya nampak peminat begitu gembira menonton persembahan saya. Ini memberi semangat kepada saya untuk meneruskan persembahan,'' katanya ketika ditemui selepas persembahan tersebut.

Sambutan itu bukan saja dapat menghiburkan penonton malah Jamal juga dapat melupakan sementara kedukaan dalam hati.

Walaupun ada lirik-lirik lagu yang dinyanyikan membawa makna kesedihan kepadanya, namun sebagai penghibur profesional Jamal sentiasa mahukan peminatnya terhibur.

Jamal akui sejak album kompilasi Raja Pop yang memuatkan lagu Sandarkan Pada Kenangan dipasarkan, rezekinya semakin bertambah. Justeru, beliau tidak mahu mensia-siakan waktu yang sesuai untuk aktif.

Jamal mempunyai jadual persembahan yang padat sehingga hujung tahun di samping akan muncul dalam telefilem Azura 2003 tidak lama lagi.

Ditanya tentang telefilem lakonan bersama Ning Baizura itu, Jamal mengatakan watak yang dibawanya banyak persamaan dengan apa yang dilaluinya.

``Skrip telefilem ini semacam kena dengan diri saya dan saya kerap tersentuh dan menangis apabila menghayati watak tersebut,'' jelas beliau lagi. Telefilem itu memuatkan lagu Aku yang pernah dirakamnya dalam filem Azura pada 1984.

Setelah lebih 20 tahun menjadi penyanyi profesional, Jamal sebenarnya mahu melihat muzik tempatan diterima dengan lebih meluas. Beliau berharap satu hari nanti bahasa tidak membataskan muzik tempatan untuk diterima oleh orang luar yang tidak bertutur bahasa Melayu.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Re: Jamal menyanyi dengan siti sarah lagi!!!!vanessa17:45:43 11/06/03 Thu
Re: Jamal menyanyi dengan Rosma!nana19:03:53 11/18/03 Tue


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.