Subject: Ikhlas |
Author:
Suami Orang
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 02:50:36 09/25/04 Sat
In reply to:
Suami Orang
's message, "Dik Nur, Rinduku semakin kuat" on 00:20:21 09/23/04 Thu
Berusaha keras untuk berjasa,
Jasa dikenang tak kira masa,
Orang berbudi kita berbahasa,
Jawapan rindu terpampang didada.
Bosan bosan mencari kerja,
Kerja dicari memanfaatkan masa,
Dihati kita punyalah terseksa,
Namun diluar bolehkah merasa?
Berduyun2 pergi kenduri,
Kenduri pertama anakanda tersayang,
Ikhlas merindu perlu dalam diri,
Semoga hidup tidak melayang.
Berlakon lakon dipentas seni,
Bertapuk tangan punyalah berseri,
Muka tersenyum belum tentu ikhlas diri,
Apatah lagi mahu menduga rindu ini?
Hidup sekawan sekampung sehalaman,
Bersorak jiran menandakan keharmonian,
Bila rindu tanpa keikhlasan,
Elok saja tinggalkan ia ditengah2 perjalanan.
Berkereta besar menuju ke Uptown,
Tersengeh2 melihat si dara,
Jika rindu berunsurkan gurauan,
Jangan libatkan diri turut sengsara.
Merenung berfikir dan beranalisis,
Buat kajian untuk laporan Universiti,
Kencing dalam tempurung bunyinya mungkin agak sinis,
Tapi baik jasanya buat tilik keikhlasan diri sendiri.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |