Subject: setuju dgn pandangan apple angle |
Author:
budak_cute
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 09:32:49 01/13/04 Tue
In reply to:
apple angel
's message, "hi saya mencari pasangan hidup nih" on 18:55:50 01/10/04 Sat
"Bukan mudah nak cari pasangan hidup yang betul-betul baik dan sesuai.Tetapi melalui perkenalan dan persahabatan kita boleh mengenal hati budi masing-masing,"-apple angle
budak_cute fikir:
Tidak susah cari pasangan yang baik, ramai yang kurang baik, tetapi lebih ramai yang lebih baik, mungkin kita belum jumpa. Luf mahfuz catat, quran sebut, "lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat hanya untuk perempuan yang jahat'
Yup, bersetuju dengan pandangan saudari "perkenalan dan persahabatan kita boleh mengenal hati budi masing-masing". cuma fikir hamba, perkenalan dan persahabatan, boleh kenal hati budi, tetapi tidak semuanya. Hati manusia terlalu dalam untuk dikenali seperti 'iceberg', nampak pada permukaannya seolah2 lembut tetapi keras pada dasarnya.
Ya, apalah sangat kuatnya seketul ais, dihempas pecah, diketuk berkecai, dimasuk dalam gelas diminum jua. Kalau dibanding dengan kapal Titanic, umpama gunung dengan daratan.
Tetapi siapa sangka, kapal yang dibina daripada beribu-ribu tan besi, akhirnya karam dilanda seketul iceberg. 1500 nyawa melayang, lautan di Selantan New Founland menjadi saksi.
Rupa-rupanya iceberg yang nampak di permukaan hanya kecil seketul ais, tetapi yang di dasarnya berdiri teguh seumpama gunung.
Begitulah rasmi kita mengenali hati budi manusia, kita banyak mengenal aspek luaran, kurang mengenal dasar diri dan hati budi.
Maka tidak perlu dipersalahkan kenapa Titanic boleh tenggelam dengan iceberg, kerana fikiran manusia biasa megah berkata, mana mungkin, besi dikalahkan seketul ais. Logiknya tidak, mustahil sudah pasti.Walhasil, yang mustahil dan tidak logik akhirnya menjadi realiti.
Seperti manusia, teori iceberg, sesuai dipakai.
Bukan mengata orang lain, tangan yang memetik keybord dan minda yang menyusun bait2 perkataan ini,masih sukar untuk mengenali diri sendiri.
Ikhlas, alam fikir dan alam nurani kadang2 bertembung dalam diri sendiri. Diri sendiri sukar dikenali apatah lagi mengenali sekeping hati bernama perempuan.
Secara peribadi, diri ini mengenali perempuan seperti sebutir air, menitis dari langit membasahi semesta alam. Dek berkat kesabaran, sebutir air yang disangka lembut, rupa-rupanya berjaya mengikis seketul batu yang besar.
Begitulah pandangan budak_cute selama mana berinteraksi dengan perempuan. mungkin betul, mungkin juga tidak. Mungkin juga masih dalam kerangka Titanic melihat iceberg.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |