VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345[6]78 ]
Subject: RENUNGAN BUAT NAJIHAH....


Author:
SPEACIAL FROM MELUR......
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 18:41:36 02/06/04 Fri
In reply to: nor najihah 's message, "thanks Melur.." on 20:07:08 02/05/04 Thu

assalamualaikum.......

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang
yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya
apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita
akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang
lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang
pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan
kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan
untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh
duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata
apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan
bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah
dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang
telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan
juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita
rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu
kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan
sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di
dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit
untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk
menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai
seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi
ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan
susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum
kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk
mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan
hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam
kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang
sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan
memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin
anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda
tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda
hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk
melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk
membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup
untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk
memastikan anda adalah seorang insan dan harapan
yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan
diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa
ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin
menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam
memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat
yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di
dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,
mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan
mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh
menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh
hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar
dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan
yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh
meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda
melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di
sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda
supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan
tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan
menangis.

Sampaikan pada sebanyak mana orang yang
tersayang,tanda peringatan anda pada mereka.

Wallahu A'lam.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
kan dah kata dah..hehehbudak_cute20:31:50 02/06/04 Fri
dari mata seorang hawa..nor najihah21:22:57 02/06/04 Fri


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.