VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123456[7]8 ]
Subject: TEma CInta-dilemma kekuasaan wanita,di mana letaknya?


Author:
nor najihah
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 01:17:16 12/31/03 Wed

A'kum..

Selembut bicara,sehalus sentuhanmu..begitu sinonim dengan wanita.hal inilah yg akan saya hidangkan..memandangkan ramai yang berselera tentang isu gender dalam ruangan sembang2 ini..

terlebih dahulu,najihah harap janganla disalah ertikan apa yg ingin najihah sampaikan..sekadar ingin berkongsi pendapat..dan jikalau ada yang tak setuju, terpanggil untuk memberikan komen..amatlah dialu2kan..

najihah tertarik untuk memikirkan tema cinta dan dilemma yang membelenggu sesetengah wanita sejak beberapa waktu kebelakangan ni, yang mana ramai yang menimbulkan kelebihan wanita la..keburukan wanita la..wanita nak lelaki handsome la..wanita cerdik ke? tips nak pikat wanita la..kepelikan sikap wanita la..dan semuanya berpaksikan WANITA.kenapa ekk? jadi sekarang cuba kita lihat dilemma sebenar sesetengah wanita. cheh..macam edisi siasat rasanya..

cinta..pokok persoalan utama dalam sesebuah kehidupan..semua perlukan cinta..jangan jadi hipokrit jika anda kata anda menolak cinta..satu kebenaran..wanita perlukan lelaki dan lelaki perlukan wanita..melainkan kalau yg bermasalah dengan jantinanya..tetapi, yang menjadi persoalan sejauh mana cinta itu menjanjikan harmoni yg abadi..?

jika diperhatikan sejak tradisi dan modeniti,acuan hidup wanita sememangnya ditentukan oleh lelaki..percaya atau tidak, itulah kebenaran..apa yang cuba saya sampaikan bagaimana acuan hidup perempuan yang bercinta dan berkahwin atas dasar 'cinta'harus akur dengan ketentuan yang melingkarinya..

dalam Islam sendiri telah menetapkan seorg isteri harus patuh dan akur pada suaminya..tidak boleh keluar rumah tanpa izin,tidak boleh menolak ajakan suami untuk bersama..

tetapi itu bukan permasalahannya..itu adalah kewajipan yg harus dipatuhi..persoalannya sekarang bila mana sesetengah lelaki yg kita cinta itu cuba mengambil kesempatan dengan kekuasaan yg ada pada mereka..mereka fikir mereka hebat..tambahan pula dengan budaya patriakal yang menjadi pegangan mereka..budaya patriakal ni maksudnya lelaki menganggap wanita ni tempatnya hanya di dapur,jadi suri rumah,melahirkan anak..tak boleh bersuara,apatah lagi nak bagi pendapat..silap gaya kalau bantah mulalah naik kaki tangan..

jadi,di mana pula letaknya kekuasaan wanita? celah dapur ker?bukanlah bermaksud wanita harus berkuasa ke atas lelaki..jangan disalah tafsir..atau wanita jangan ke dapur..seharusnyalah ke dapur menjaga makan minum suaminya..tetapi, yg jadi masalah bila tugas dalam rumahtangga ni semua atas kepala wanita..bayangkanlah kalau wanita tu bekerjaya lak..iskh..boleh kurus kering jadinya..

cinta seorang lelaki yang diharapkan oleh wanita yg bergelar isteri ataupun yg tgh bercinta tu,bukan sekadar boleh dinilai dengan bicara manis..tetapi sikap kebolehpercayaan,menghargai,memahami dan menghormati pasangannya..bantu membantu tu penting..jangan ingat wanita ni tempat memuas nafsu jer..dan nak 'itu' jer..jadi,hubungan yg harmoni dan berkekalan sukar direalisasikan..hilanglah segala ikrar2 cinta masa bercinta dulu..

wanita yang berada dalam dilemma macam ni..mesti fikir di mana haknya? patungkah dia..jadi,selalunya psikologi wanita mcm ni tak ubah macam bongkah ais yg 2/3 terpendam..ada sesuatu yg menyelimutinya..boleh dikatakan dia hidup untuk kepuasan insan lain..kesiankan..

permasalahan ni tak semestinya hadir bila berumahtangga..yang tgh bercinta pun boleh dilanda dilemma..bila mana lelaki memikirkan dia berkuasa ke atas teman wanitanya..mengalahkan mak bapak perempuan tu..akhirnya,jadilah di persimpangan dilemma, nak teruskan atau tidak..

tapi, tak semua pasangan akan bermasalah kalau bijak memainkan peranan..seperti kata Awang Sulung,"lelaki ni akalnya panjang berbanding wanita.." yg penting bagaimana nak aplikasikan je..

konklusinya,pada pasangan yg bercinta..jangan biarkan diri anda menguasai segalanya..
'renunglah bintang di langit biru
indah seri murni lahir dalam diri
alam terkembang menjadi guru
terangkanlah tulus hati sinar suci'

salam bahagia untuk semua...wassalam..

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
ulasan artikel najihah...jgan marah yerk...ahakzbudak_cute12:42:00 12/31/03 Wed
Lelaki juga perlukan cintaabgshahrukh21:07:57 12/31/03 Wed
Wanita memang patut Materialistik dan Lelaki semestinya EgoAwang09:07:26 01/07/04 Wed


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.