Subject: LAPORAN LATIHAN INDUSTRI |
Author: sklee
| [ Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: Tue, Nov 15 2005, 19:06:31
TAJUK: LAPORAN LATIHAN INDUSTRI( 04/04/05 – 12/06/05 )
1) PENDAHULUAN:
Menjalankan latihan industri adalah satu peluang yang baik untuk pelajar mendedahkan diri dengan keadaan sebenar yang berlaku yang berkaitan dengan kejuruteraan awam. Program latihan industri juga merupakan matapelajaran wajib untuk pelajar kejuruteraan awam di Universiti Teknologi Malaysia. Pelajar diberi peluang untuk membuat pilihan samaada boleh memasuki organisasi-organisasi jurutera perunding, contraktor, “ developer”, atau mana syarikat yang ada kaitan dengan bidang kejuruteraan awam.
Antara tujuan yang paling penting latihan industri adalah memberi pendedahan kepada kita sebagai pelajar kejuruteraan awam tentang berbagai-bagai aspek amalan dalam kejuruteraan awam dan peranannya dalam masyarakat. Dengan itu, pelajar dapat melihat dan mengambil bahagian dengan sendiri dalam amalan-amalan kejuruteraan selain daripada teori-teori yang telah kita belajar dalam bilik-bilik kuliah di universiti. Maka dengan adanya peluang ini, pelajar dapat mempraktikkan pengetahuan yang ada dalam menjalankan tugas-tugas kejuruteraan. Objektif latihan industri yang lengkap telah pun dinyatakan dalam buku panduan latihan industri untuk rujukan pelajar.
2) Pengenalan kepada Aston Star Sdn Bhd.
Aston Star Sdn Bhd merupakan salah satu anak syarikat Sunrise Berhad (A wholly owned subsidiary of Sunrise Berhad) yang lokasinya terletak di : Level 16, Wisma Sunrise, Plaza Mont’ Kiara, Mont’ Kiara, 50480 Kuala Lumpur. Syarikat ini merupakan syarikat “ main contractor” yang bertugas menyiapkan projek pembanggunan Sunrise Berhad. Syarikat Aston Star mempunyai pengalaman yang banyak dalam projek- projek pembangunan dan pembinaan kondominium- kondominium yang biasanya melebihi 20 tingkat.
Syarikat Sunrise Berhad terkenal sebagai “ developer” kawasan Mont’ Kiara dan telah banyak memenangi pingat- pingat penghargaan( Achievement and Awards), di antaranya ialah Best Employer in Malaysia 2003, Malaysia’s CEO of the Year 2002 Presented to Dato’ Michael Yam, FIABCI (Malaysian Chapter) Award of Distinction in 2001 and 1997 for Residential Development, Twice No.1 in Quality Attributes in The Edge Malaysia’s Top Ten Property Developers Awards 2004 and 2005, Top Rated by the building & Construction Authority( BCA) of Singapore based on its Construction Quality Assessment System(CONQUAS) for architectural and external works, dan sebagainya. Selama 37 tahun penubuhan Sunrise Berhad dan kini ia juga terpapar dalam Main board of Bursa Malaysia pada tahun 1996 dengan kapital semasa RM 423 juta.
Aston Star Sdn Bhd diketuai oleh Chief Operating Officer/ Aston Star Director iaitu TM Lum dan diikuti Head of project & construction services LF Seow. Kemudian organisasi dibahagi kepada lima kumpulan utama yang akan memainkan peranan masing-masing iaitu Administration, Construction Management, Project Planning, Contracts Section dan Quality Assurance.
3) Projek pembinaan yang diikuti sepanjang Latihan Industri.
Di Aston Star Sdn Bhd, saya telah diaturkan dan ditetapkan untuk bertugas di tapak pembinaan salah satu projek yang sedang dijalankan dibawah Sunrise Berhad.
Tajuk Projek yang saya ikuti:
Cadangan pindaan kepada pelan yang diluluskan melalui perintah pembangunan bertarikh 17-5-1996 bagi pembangunan pangsapuri servis yang mengandungi:
A) 1 Blok Pangsapuri servis 29 tingkat yang mengandungi 322 unit.
B) 1 Blok tempat letak kereta 6 tingkat dengan kemudahan rekreasi dan ruang perdagangan.
C) 1 Blok pangsapuri 2 tingkat yang mengandungi 14 unit kediaman di atas blok tempat letak kereta.;
Di atas Lot 56740, Mont’ Kiara, mukim Batu, Dalam Bandaraya Kuala Lumpur untuk tetuan: Sunrise Paradigm Sdn Bhd.
3.1) Pihak- pihak yang terlibat dalam menjayakan projek tersebut:
1) Employer
Sunrise Paradigm Sdn Bhd,
Penthouse Wisma Sunrise,
Plaza Mont’ Kiara,
No.2, Jalan Kiara,
Mont’ Kiara,
50480 Kuala Lumpur.
Tel: 03-62012288
2) Architects
Akiteks Habitats.
c/o Penthouse Wisma Sunrise,
Plaza Mont’ Kiara,
No.2, Jalan Kiara,
Mont’ Kiara,
50480 Kuala Lumpur.
Tel: 03-62012288
3) Main Contractor
Aston Star Sdn Berhad.
Level 16, Wisma Sunrise,
Plaza Mont’ Kiara,
Mont’ Kiara,
50480 Kuala Lumpur.
Tel: 03-62016108
4) Civil & Structural Engineer.
G & P Engineering Consultants Sdn Bhd,
41-4 Jalan 3/ 146, the Metro Centre,
Bandar Tasik Selatan,
57000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-90583119
5) Mechanical & Electrical Engineer.
Primetech Engineers Sdn Bhd.
109-B, Jalan ss21/ 1A,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya,
Selangor.
Tel: 03-77280733
6) Quantity Surveyor.
JUBM Sdn Bhd.
Wisma Jubm,
2, Jalan PJU 5/15,
Dataran Sunway,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya.
Tel: 03-61569000
4) Bidang tugas/ tanggungjawab yang telah diberi sepanjang latihan industri.
Saya telah diarahkan menjalankan kerja di KDS site dibawah bimbingan dua staf Aston Star Sdn Bhd iaitu En Tan Boon Chew sebagai Projek Engineer dan En Wong Yeow Fok sebagai M&E Senior Supervisor. Mereka telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya tentang tugas-tugas yang berkaitan dengan civil dan struktur, dan juga bidang M& E.
4.1) Huraian ringkas bidang tugas yang dilakukan
Jelasnya bekerja dalam syarikat ” main contractor” adalah untuk memastikan dan mengawasi kerja-kerja pembinaan supaya sentiasa menepati rancangan yang dibuat dan juga memastikan kualiti kerja yang baik.
Pada awal tempoh latihan industri saya, saya telah banyak ditegur dan diberitahu oleh supervisor supaya membaca dan memahami pelan-pelan lukisan arkitets dan perunding. Pelan-pelan seperti ” beam layout drawing”, ” floor layout drawing”, rasuk dan tiang details adalah sangat penting dan patut difahami secara mendalam.
Saya akan membantu supervisor saya untuk membuat kerja-kerja “ inspection” seperti mengawasi kerja-kerja pengikatan tetulang dengan memastikan jarak antara tetulang dan bilangan tetulang yang digunakan adalah sama dan memenuhi syarat- syarat atau ukuran dalam rekabentuk asal. Bekerja sambil membaca pelan-pelan lukisan di bawah cuaca matahari yang panas merupakan pengalaman yang istimewa dan tidak akan saya lupakan.
Selain itu, saya juga akan ditugaskan untuk membuat pengawasan terhadap kerja-kerja konkrit yang dilakukan setiap hari. Apabila “ concrete mixer” sampai ke tapak pembinaan, saya akan mengawasi ujian “ slump test” yang dijalankan. Konkrit yang digunakan adalah konkrit dari pembuatan syarikat Megamix Sdn. Bhd( 226447w) dan dihantar dari plant Jalan Kuching. Secara kasarnya, konkrit gred 50 akan digunakan untuk tiang dan “ lift core wall” manakala gred 30 untuk rasuk. Semasa mengawasi ujian tersebut, saya diberitahu bahawa penelitian kepada cara pekerja menarik slump adalah sangat penting dengan memastikan slump ditarik secara tegak ke atas( vertical direction only) dan hentaman 25 kali untuk 3 lapisan perlu diberi perhatian.
Apabila acuan atau ” formwork” telah dipasang oleh stractural sub-contractor untuk tiang atau dinding, saya juga akan diarahkan untuk menyemak ketegakan atau “ verticallity” acuan tersebut sebelum konkrit dituang. Ini adalah sangat penting supaya struktur yang dibina sentiasa tegak dan tepat mengikuti ”gred line” dalam pelan lukisan.
4.2) Ujian- ujian tapak yang pernah dilakukan.
Banyak ujian- ujian tapak telah saya belajari dan ditugaskan melakukannya sepanjang latihan industri ini. Apabila ” slump test ” telah dilakukan sebelum konkrit digunakan, ujian kiub konkrit akan dilakukan. Peralatan yang diperlukan adalah seperti acuan besi tuang atau keluli berukuran 150150150mm, klip penahan, bolt dan nut, serta bar penghentak berukuran 25mm2 keratan rentas 1.8kg berat dan panjang 380mm. Perhatian perlu diambil semasa ujian kiub dijalankan, antaranya: Pastikan komponen-komponen dipasangkan dengan ketat, Pastikan permukaan acuan disapukan dengan minyak acuan, semua kiub hendaklah ditandakan dengan jelas tarikh tuangan dan grednya. Konkrit dibiarkan melalui proses hydration dan mengeras, dan ia direndam dalam air untuk tujuan pengawetan. Konkrit akan diuji dengan ujian mampatan(compression test) pada hari ke -7 dan 28. Daripada ujian ini, ketumpatan(density) dan ” ultimate strength” akan dikira. Adalah penting untuk memastikan konkrit yang diuji mempunyai kekuatan mampatan yang sama atau lebih tinggi daripada yang kekuatan rekabentuk.
Selain itu, saya ada ditugaskan untuk membuat pengawasan kepada kerja-kerja ” Mackintosh Probe Test”. Ujian ini dijalankan di atas tanah tampakan(backfilled and compacted soil) yang telah dipadatkan dengan menggunakan ”Roller vibrator”. Bilangan hentaman( probe) akan dikira dan dicatatkan dalam borang setiap tembusan 300mm ke dalam tanah. Apabila terdapat ”probe” yang kurang daripada 30, kerja pemadatan tanah perlu diulang sehingga mencapai kekuatan mampatan yang diperlukan.
Saya juga berpeluang mengambil bahagian dalam kerja-kerja pengawasan suhu konkrit(concrete temperature monitering) khususnya untuk konkrit ” transfer beam” dimana saiznya adalah agak besar( 1200mm* 1800 dan sebagainya). Tujuan ujian ini dilakukan adalah untuk memastikan perbezaan suhu di antara bahagian tengah-tengah rasuk dan permukaan rasuk tidak terlalu ketara atau besar. Perbezaan suhu yang ketara menunjukkan ketidaksempurnaan kerja-kerja pengawetan konkrit. Maka hakikatnya, berlaku proses ” hydration” simen tidak purata dan kekuatan konkrit tidak sama rata pada tengah-tengah konkrit dan permukaannya.
4.3) Juga berpeluang terlibat dalam Kerja- kerja M&E.
Sepanjang latihan industri, saya juga berpeluang terlibat dalam kerja-kerja M&E seperti ”hydraulic services”, pemasangan lift, ” fire protection systems”, pemasangan elektrik servis dan sebagainya. Saya ditugaskan membuat pengawasan ke atas kerja-kerja pemasangan ” cast iron” paip dan paip hujan (rain water down pipe). Sub-kontraktor yang terlibat ialah LAY FATT Engineering Sdn Bhd. Selepas paip siap dipasang, ” leakage test” akan dilakukan. Paip yang telah dipasang, akan diisi penuh dengan air dan akan memastikan aras air tidak turun dalam masa 30 hingga 60 minit. Untuk CI paip yang dipasang dalam tanah(underground pipe), paip tersebut harus disapu dengan cat “ zink chromate” yang berfungsi untuk mengelakkan pengaratan paip pada masa kelak.
5) Penggunaan Acuan Aluminium di KDS Projek (Application of Aluminium
Formworks for KDS Projects)
Acuan yang dibuat daripada aluminium digunakan dalam projek ini. Sistem penggunaan acuan aluminium atau lebih dikenali “ Mivan System Formworks” telah banyak mempercepatkan progres atau perjalanan projek ini. Seperti yang terdapat dalam kebanyakan engineering sistem, “Mivan System formworks” juga terdiri daripada 2 bahagian: “ hardware” dan “ software”. “ Hardware” mengandungi melebihi 300 bahagian yang standard dan majoriti kelengkapan acuan ini terdiri daripada seksyen panel yang ketinggian acuan mencapai 2175mm. Manakala yang lain adalah seksyen pepenjuru yang tegak dan melintang (vertical and horinzontal corner sections).
Penggunaan jenis acuan ini mempunyai banyak kelebihan. Penggunaan acuan aluminium membenarkan pembinaan componen panel yang agak besar luas permukaannya dengan beratnya yang ringan dan mampu dipegang oleh individu pekerja. Ini bermakna, penggunaan mesin yang besar seperti “ tower crane” untuk mendirikan acuan dapat dielakkan. Selain daripada itu, permukaan aluminium yang licin memungkinkan permukaan struktur konkrit yang dibina licin dan cantik.
6) Menghadiri mesyuarat sub-kontraktor dan mesyuarat antara staf- staf Aston Star.
Selain mendapat pengalaman bekerja di tapak pembinaan, saya juga diberi peluang menghadiri mesyuarat sub-contraktor dan mesyuarat antara staf-staf Aston Star. Mesyuarat sub-kontraktor diadakan pada setiap minggu pada hari Khamis petang. Dalam mesyuarat ini, masalah-masalah yang dihadapi di tapak pembinaan dan perancangan kerja akan dibincang. Topik-topik seperti keselamatan di tapak pembinaan, kelewatan menyiapkan kerja yang telah dirancang, perancangan kerja siap, penghantaran dokumen-dokumen oleh sub-kontraktor untuk mendapat pengesahan, akan dibincang dan dicari jalan penyelesaian.
Mesyuarat antara staf- staf Aston Star pula bertujuan membincangkan kualiti kerja internal staf dan masalah-masalah yang dihadapi mereka ketika menjalankan tugas. Mesyuarat ini juga bertujuan mengeratkan hubungan antara staf-staf Aston Star supaya kerja harian di tapak pembinaan nanti menjadi lebih lancar dan tersusun.
7) Penilaian ke atas Faedah Latihan Industri.
Pada pendapat saya, 10 minggu latihan industri adalah pendek dan merasakan kesuntukkan masa untuk membelajari ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan kejuruteraan awam. Tetepi memang tidak dinafikan bahawa saya telah banyak belajari ilmu yang praktikal selain daripada yang diajar di kuliah-kuliah. Apabila sampai di hujung latihan saya, saya mendapati teori yang dipelajari dalam kuliah-kuliah ada digunapakai dan menjadi prinsip asas kejuruteraan awam yang sangat penting untuk menjalankan kerja-kerja di tapak secara praktik. Buku- buku teks dan nota akan menjadi bahan rujukan yang sangat penting dalam menyelesaikan masalah-masalah di tapak. Saya juga yakin saya akan lebih memahami khusus-khusus yang akan dipelajari seterusnya di UTM kelak.
8) penutup.
Melalui program latihan industri selama 10 minggu ini, saya telah banyak didedahkan dengan kerja-kerja pembinaan di tapak. Sesuatu projek pembinaan yang boleh mencapai kejayaan hanya dapat dilakukan dengan kerjasama semua pihak dan perancangan yang teliti dan baik. Saya berpendapat bahawa koordinasi antara semua pihak termasuklah main- kontraktor, sub-kontraktor, dan pekerja biasa di tapak pembinaan adalah sangat penting. Pihak civil dan struktur(C&S) dengan M&E patut bekerjasama dan membuat komunikasi yang baik demi melancarkan kerja.
Selepas latihan ini, saya merasa lebih memahami peranan- peranan yang dimainkan oleh pihak perunding, kontraktor, pihak pemaju tanah, dan arkitek. Dengan itu, saya lebih jelas dengan bidang kerjaya yang saya minati dan dapat membuat perancangan untuk menceburinya selepas tamat pelajaran saya di UTM.
Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf-staf Aston Star khususnya En Wong Yeow Fok, En Tan Boon Chew, En Thean Chee Yin, En Kumareson, En Abd. Latif, En Tee Lian Yoke dan lain-lain lagi yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
] |
|