VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1 ]


[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Date Posted: 08:26:27 03/14/01 Wed
Author: U.S
Subject: Datuk Abdul Wahab Haji Dolah Korban 11 ekor lembu...

Ibadah korban imarahkan
perpaduan

MATU - Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan, Datuk Abdul
Wahab Haji Dolah menyumbang 11 ekor lembu untuk ibadah korban sempena Hari Raya
Haji di sini semalam.

Penyembelihan lembu-lembu untuk ibadah korban itu diurus oleh Lembaga Amanah
Kebajikan Islam Daerah Matu dan dagingnya diagih-agihkan kepada fakir miskin serta
golongan berkenaan.

Antara masjid dan surau yang menerima daging korban untuk diagihkan kepada penduduk
kampung masing-masing ialah semua surau dan masjid di daerah Matu, dua surau di Daro
dan sebuah masjid di Igan.

Majlis penyembelihan yang berlangsung di pekarangan tapak masjid baru daerah Matu itu
turut dihadiri oleh Abdul Wahab yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan
Matu-Daro, Pegawai Daerah Matu, Encik Daniel Supit, Pemanca Haji Tioh Haji Ali
Mokhtar dan Pengarah Eksekutif Sarawak Press Sdn Bhd, Encik Ahmad Joni Haji Zawawi.

Abdul Wahab berkata, inilah kali pertama ibadah korban dilakukan di daerah ini dengan
harapan penduduk di sini dapat menghayati pengertian sambutan Hari Raya Haji dan
ibadah korban itu sendiri.

"Kebanyakan negeri di Semenanjung, kebiasaannya Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban
disambut meriah oleh setiap umat Islam kerana Hari Raya Haji itu memberi pengertian yang
amat besar," katanya.

"Justeru dengan mengadakan majlis korban itu, saya harap dapat menanamkan nilai-nilai
serta ibadah korban itu kepada penduduk di sini untuk mengimarahkan semangat
bekerjasama dan perpaduan tulen di kalangan penduduk," kata beliau lagi.

Dalam Islam pengorbanan memberi erti yang luas dan pada Hari Raya Haji adalah masa
bagi umat Islam untuk menunjukkan mereka sanggup berkorban demi membantu golongan
yang memerlukan, tegas Abdul Wahab.

Beliau berharap kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. akan dapat
dijadikan panduan dalam kehidupan seharian di samping berkorban untuk kemajuan
agama, bangsa dan tanah air.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]

Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.