VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time ]


[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Date Posted: 16:49:33 01/24/06 Tue
Author: Suber Utusan Malaysia
Subject: Perilaku polis dipantau

Perilaku polis dipantau -- Kerajaan setuju tubuh segera Suruhanjaya Bebas - PM


KUALA LUMPUR 24 Jan. - Kerajaan hari ini bersetuju menubuhkan segera Suruhanjaya Bebas bagi memantau peranan dan perilaku polis, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Keputusan untuk mewujudkan suruhanjaya itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Antara Menteri yang dipengerusikan beliau di Putrajaya pagi ini.

Perdana Menteri berkata, Pejabat Peguam Negara sedang memperhalusi perkara tersebut termasuk akta berkaitan penubuhan suruhanjaya itu.

Menurutnya, suruhanjaya itu kelak akan menjadi sebuah badan tetap.

Bagaimanapun nama dan strukturnya akan diputuskan oleh beliau setelah menerima cadangan daripada Pejabat Peguam Negara.

``Suruhanjaya itu akan ditubuhkan secepat mungkin selepas Peguam Negara mengemukakan cadangan pelaksanaannya dan kita akan ambil keputusan.

``Saya tahu (banyak pihak) yang memberi perhatian terhadap penubuhan suruhanjaya itu yang hendak dijadikan ukuran sejauh mana langkah-langkah yang polis ambil dalam melaksanakan cadangan-cadangan Suruhanjaya Bebas,'' katanya.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini petang ini.

Cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) dibuat dalam Laporan Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia sebelum ini.

Cadangan itu disebut semula dan diminta disegerakan dalam Laporan Untuk Menyiasat Prosedur Tetap Operasi, Kaedah-Kaedah atau Peraturan Berhubung Dengan Pengendalian Pemeriksaan Tubuh Berkenaan Penangkapan dan Penahanan Oleh Polis yang dijual kepada orang ramai mulai semalam.

Abdullah berkata, beliau sedar pelbagai pihak memerhatikan sejauh mana syor-syor Suruhanjaya Bebas terbabit dilaksanakan.

``Sebab itu dalam mesyuarat pagi tadi saya telah beri arahan supaya cadangan yang dikemukakan itu dilaksanakan dan dipastikan dilaksanakan dengan baik.

``Kita telah capai tahap pelaksanaan 25 peratus daripada 125 cadangan penambahbaikan, ada yang ambil masa sikit terutama berkaitan mewujudkan suruhanjaya untuk memerhati peranan polis,'' katanya.

Mengenai bidang kuasa suruhanjaya tersebut, Abdullah memberitahu badan tetap itu kelak boleh menerima terus aduan daripada rakyat.

``Memang itulah niatnya tetapi kita hendak juga pastikan aduan dibuat betul-betul berasas dan jangan hanya melempar tuduhan semata-mata.

``Kalau berasas dan badan itu menerimanya, kemudian terserah kepada badan itu untuk mengambil tindakan lanjut,'' katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, syor-syor lain dalam cadangan penambahbaikan perkhidmatan polis tidak boleh dilaksanakan serta-merta kerana melibatkan pelaksanaan jangka pendek dan jangka panjang.

``Jika diambil kira sejarah reformasi pasukan polis Hong Kong dan United Kingdom pun mengambil masa panjang untuk dilaksanakan.

``Tetapi (yang penting) syor-syor itu sama ada untuk jangka masa pendek atau panjang telah mula dilaksanakan,'' katanya.

Dalam hal ini, Perdana Menteri berkata, beliau telah mengarahkan supaya pihak polis membuat kenyataan dari semasa ke semasa untuk makluman orang ramai.

``Ini supaya orang tahu, jika tidak orang ingat kita tak buat kerja..,'' ujarnya.

Mengulas kenyataan pengerusi kedua-dua Suruhanjaya Bebas, Tun Mohamed Dzaidin Abdullah yang kecewa dengan tindakan polis yang dikatakan tidak peka terhadap hak asasi manusia, Abdullah menjawab:

``Bukan PDRM sebagai agensi (yang tidak peka), tetapi mungkin berlaku insiden melibatkan anggota polis yang dilihat bertindak tidak mematuhi hak asasi manusia.''

Bagaimanapun dalam kes wanita diarah membuat ketuk-ketampi dalam keadaan berbogel dalam lokap polis, Perdana Menteri mengakui memang ada kebenaran bahawa kaedah yang digunakan melanggar hak asasi manusia.

Sehubungan itu, katanya, beberapa langkah telah dicadangkan supaya siasatan yang dijalankan ke atas tahanan mengikut garis panduan tertentu agar tidak melanggar hak asasi manusia.

``Ini sudah diterima pihak polis malah mereka terima cepat.

``Sudah tentu kerja polis sebagai penguat kuasa undang-undang memerlukan siasatan dan terpaksa meminta suspek menanggalkan pakaian tetapi perlu dihalusi cara supaya tidak menimbulkan perkara tidak diingini seperti disebut dalam laporan suruhanjaya,'' katanya.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.