VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time ]


[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Date Posted: 18:18:59 02/15/06 Wed
Author: Oleh Mohd Azrone Sarabatin(16.02.06)
Subject: SMK Kolombong guna CCTV pantau pelajar

SMK Kolombong guna CCTV pantau pelajar
Oleh Mohd Azrone Sarabatin

KOTA KINABALU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kolombong, Inanam dekat sini, menjadi sekolah pertama di Sabah memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi meningkatkan kawalan keselamatan pelajar.

Projek dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah yang setakat ini sudah memasang 32 CCTV, juga akan memantau perlakuan tidak sihat di kalangan pelajar, seperti vandalisme, membuang sampah merata tempat, bergaduh serta melepak dalam kelas dan pusat sumber.

Pemasangan CCTV itu turut membolehkan pihak sekolah memantau perilaku kakitangannya termasuk guru, sekali gus meningkatkan sahsiah dan membantu meningkatkan prestasi kerja.

Pengetua SMK Kolombong, Mazlan Daiman, berkata 14 CCTV dipasang dalam bilik khas serta 18 lagi dalam bilik darjah serta persekitaran sekolah.

“Kita juga mempunyai dua bilik kawalan dan tiga ruang kawalan pemantauan,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran sistem itu yang disempurnakan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahamad Sipon, semalam.

Dr Ahamad turut melancarkan Astro Link dan Galeria Sekolah SMK Kolombong.

Mazlan berkata, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG membelanjakan kira-kira RM100,000 untuk pemasangan sistem itu.

Pembangunan sistem itu dimulakan dua tahun lalu dan membabitkan empat fasa yang kini memasuki peringkat kedua.

"Keseluruhannya, kami memerlukan 64 kamera dan 16 alat kawalan. Kos pemasangan CCTV ini bergantung kepada jenama, kualiti serta fungsinya. Misalnya harga kamera antara RM250 hingga RM15,000, manakala alat kawalan RM4,000 hingga RM20,000.

"Penggunaan sistem ini membantu menjadikan sekolah kami yang mempunyai 1,808 pelajar berada dalam keadaan selamat dan kondusif, sekali gus meningkatkan motivasi dan semangat pelajar," katanya.

Sementara itu, Dr Ahamad berkata, sekolah itu adalah antara sekolah terawal di negara ini menggunakan CCTV untuk memantau kegiatan tidak diingini.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


Replies:


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.