VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: [1] ]


[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Date Posted: 04:46:58 09/15/06 Fri
Author: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (CompaniesCommissionof Malaysia)
Subject: (SSM) merupakan badan berkanun yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.
In reply to: Bank Negara Malaysia 's message, "Welcome to the Official Web Site of the Central Bank of Malaysia" on 04:44:00 09/15/06 Fri

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM yang mula beroperasi pada 16 April 2002, merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia.



Aktiviti utama SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada awam. Sebagai peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbirurus korporat, SSM melaksanakan fungsinya mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk Negara.



SSM bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang berikut:

Akta Syarikat 1965(Akta 125);
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197);
Akta Syarikat Amanah 1949(Akta 100);
Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971(Akta 28);
mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta-akta yang tersebut di atas seperti:
Peraturan-Peraturan Syarikat 1966; dan
Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.
Seluruh warga kerja di SSM akan terus berusaha ke arah perubahan dan peningkatan inovatif, berfikiran terbuka untuk terus maju dan menyesuaikan diri dengan perubahan dan transformasi yang tidak dapat dielakkan dalam persekitaran nasional dan global untuk mengekalkan hubungannya dengan pelanggan. Dengan komitmen pasukan pengurusan dan dedikasi serta sokongan berterusan daripada warga kerja SSM yang kompeten, SSM berpotensi menjadi badan berkanun contoh bagi kecemerlangan dan keunggulan, setanding dengan piawai antarabangsa.
Website - http://www.ssm.com.my/

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


Replies:


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.