Author:
Wannabe counselor
[ Edit | View ]
|
Date Posted: 10:59:48 04/29/01 Sun
Author Host/IP: NoHost/203.106.71.235
A'kum,
dalam hidup ini kite tak pernah dpt lari dari masalah. Ingin merase disayangi dan menyayangi. Tapi bile terjadi perpisahan kita tak redha atas ketentuan Allah. Pada pendapat saya, kalau berlaku perpisahan ingatlah sekurang2nya kite PERNAH MENYAYANGI DAN DI SAYANGI. Dalam hidup ini x pernah ade org yg sentiasa bahagia atau sentiasa derita. Dalam cinta tak pernah ade ketawa sahaja, x pernah ade menangis sahaja.
Apa yg kawan awak alami adalah satu lumrah dalam kehidupan, bile ini berlaku jarang ade org yang dapat tangani ini dgn bijak. Saya mengaku kalau ini berlaku atas diri saya belum tentu saya akan dpt bertenang.
Tapi kalau kita fikirkan, kadang2 Allah tu lebih tahu ape yang terbaik utk kita. Memang kawan awak kata dan telah berusaha meminta petunjuk dr Allah. Tapi cuba fikir bahawa perpisahannya dgn temannya itulah mungkin petunjuk dr Allah. Cuba kita fikirkan takdir Allah. Mungkin Allah nak kawan awak nampak wajah sebenar gadis ini. Kalau begitu alasannya cuba fikir macammana nak hidup dgn perempuan yang tak sanggup bersusah payah membina hidup dgn kite. Kalau kata cinta kenapa x sanggup hadapi kesusahan bersama. Saya tak mempertikaikan cinta gadis ini, sebagai wanita emosinya banyak mainkan peranan dr fikiran yang waras. Sepatutnya kalaupun die rase kawan awak takde future dan die mencintai kawan awak, die sepatutnya menjadi pendorong bukan penghancur. Jangan lupa wanita adalah racun die juga penawar. Jgnlah tewas dalam perjalanan hidup in kerana cinta. Life must go on. Fikirlah kalau ade seorg insan membuang kite dr hidupnye masih ramai lagi yg sudi menerima kita.
cadangan saya......utk kawan awak
pertama, jgn die cuba padamkan ingatan terhadap ex die... hadapilah bayangan itu kerana semakin kita cuba melupakan ia akan semakin hadir.... percayalah saya pernah mengalaminye...
kedua, ingatilah saat manis bersama dia, kalau perlu pergilah ke tempat yg pernah dilawati dann dilepaki bersama kalau rase sedih nak nangis, nangislah.. tapi kemudian cuba fikir dan fikir... si dia mungkin tak pernah pun ingat saat2 manis bersama kalau tidak mana mungkin die sanggup melafazkan kata putus?????? Dan disaat itu anda akan terfikir bodohnya aku mengenangkan org yang tak sudi....
Ketiga, perlahan-lahan mintalah pada Allah jadikan diri seorg yg REDHA diatas Qada' dan Qadar Allah Sbb bile kita redha Allah akan permudahkan jalan. Dan bile kita redha, mungkin jika die milik kita Allah akan kembalikan pada kite atau Allah akan gantikan dgn yang lebih baik.
Keempat, fikirlah samaada kita pernah menyakitkan hati IbuBapa kerana sidia sbb setiap apa terjadi pada kita kadang2 adalah akibat perbuatan kita yang lalu..
Kelima, pesan Rasullullah pada Fatimah Az Zahrah, andai kite terasa ade beban yang tak mampu kita tanggung, sebutlah Subhanallah, alhamdulillah dan Allahuakbar.
Kesimpulannya, Tak de bende atau cara yg mudah dalam menangani masalah dalam hidup ini. Oleh itu mengadulah pada Allah. Ingat setiap yg berlaku ade hikmahnya. Dan setiap yg berlaku pada kita adalah janji Allah utk kita.
Lastly, apa pun awak cuba utk menenangkan kawan awak, bende camni mengambil masa. Susah bagi die utk kembali seperti asal dalam sekelip mata. What happens to him is something that is so hard to accept, there's a hole left in his life. Heart broken is not easy to be mend.
Yelah bak kate pepatah berat lagi mata awak memandang berat lagi bahu org yang memikulnya. Nasihatkanlah die perlahan-lahan.
|