Author:
tanpa nama ada nama
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 01:19:42 09/14/01 Fri
Serapat mana pun hubungan tersebut, dengan beranggapan lelaki atau >>perempuan sebagai saudara angkat atau sahabat karib, Islam masih >>meletakkan >>batas bahawa mereka tidak boleh bersentuh kulit dan sebagainya tanpa >>keadaan darurat tertentu. >> >>tidak dinafikan. Mukaddimah zina adalah hubungan akrab antara lelaki >>dengan >>perempuan yang bukan mahram. Walaupun pada dasarnya ia tidak mempunyai >>kecenderungan seks tetapi ia boleh menimbulkan fitnah apabila ada hubungan >>antara lelaki dan perempuan. Apatah lagi nafsu memang tidak bermata, tidak >>kenal sifat, usia atau apa pun. >> >> >>Batas Pergaulan >> >>Lelaki dan perempuan memang diberikan nafsu oleh Allah. Jika seorang >>lelaki >>melihat seorang perempuan, lazimnya ia diiringi kecenderungan ke arah >>seks. >>Atas sebab itulah Islam memperkenalkan konsep aurat, menundukkan >>pandangan, >>melarang wanita berhias secara keterlaluan kerana ia boleh menarik nafsu >>lelaki kepada perempuan. Oleh itu, jika ada lelaki yang mengatakan bahawa >>dia berkawan dengan seseorang perempuan tanpa perasaan cinta, yang >>sebenarnya ia adalah kes yang jarang dan tidak termasuk dalam kes-kes >>biasa. >> >>Walaupun hubungan persahabatan ini lazimnya didakwa terjalin bukan atas >>dasar cinta atau seks, namun ia masih tertakluk kepada hukum yang sama, >>iaitu lelaki dan perempuan tidak boleh mempunyai hubungan yang akrab atau >>dengan kata lain bergaul bebas tanpa batasan. Kerana itu ada hadis >>menyebut, dan Amir bin Rabiah, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : >> >>Janganlah sesekali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak >>halal baginya, kerana yang ketiganya adalah syaitan, kecuali kalau ada >>mahramnya.? (Riwayat Ahmad) >> >>Yang sebenarnya tidak salah bercinta, tetapi cinta itu mestilah didasarkan >>di atas perjalanan syariat. Kita boleh lihat kebanyakan muda mudi hari >>ini, >>sebelum mendirikan rumahtangga akan bersumpah setia yang disaksikan oleh >>bulan dan bintang untuk sehidup semati atau pun kasih tidak akan bertukar >>ganti. >> >>Betulkah cara tersebut boleh diketagorikan sebagai sebuah cinta suci yang >>patut wujud di dalam rumahtangga Islam? >> >>Cinta suci di dalam istilah ialah cinta lelaki tidak boleh berbelah bagi >>kepada wanita yang dicintainya dan begitu juga sebaliknya. Rasa-rasanya >>bentuk cinta yang sedemikan adalah hipokrit. Wujud atas dasar kasih tidak >>mahu dibelah bagi. Kemungkinan jua cara kita menilai cinta banyak >>dipengaruhi filem-filem Hindustan yang begitu popular masa kini. Atau pun >>kita menilai cinta banyak dipengaruhi oleh kisah cinta Romeo dan Juliet >>yang sanggup mati bersama. Agaknya inilah bentuk cinta yang tinggi >>nilainya??..? >> >>Sekiranya begini cara setiap pasangan berfikir, pasti mereka tidak akan >>menemui kebahagiaan. Kerana pengalaman telah membuktikan banyak >>rumahtangga >>yang gagal dibina di atas bentuk ini. Bila didapati pasangan melakukan >>kesilapan atau punya kelemahan, hati semakin hancur dan timbul tindakan >>yang tidak tentu arah. Tidak hairanlah jikalau wujud risiko yang sebegitu >>rupa kerana cinta diletakkan pada hamba yang lemah, bukan pada Allah yang >>Maha Esa. >> >>Di dalam Islam, cinta yang sejati itu adalah cinta yang diserahkan kepada >>Allah s.w.t dan lelaki atau suami hanyalah jalan untuk isteri memperolehi >>redha Allah. Cinta suci hanya lahir daripada iman dan taqwa. Hati orang >>yang bertaqwa adalah untuk Allah dan RasulNya. Hati yang demikian akan >>melihat akhirat lebih utama daripada dunia. Maka orang yang sedemikian >>akan >>mengorbankan dunianya untuk akhirat. >> >>Ditegaskan oleh suatu hadis bahawa orang lelaki jika ada kemampuan, digesa >>supaya cepat berkahwin. Ini dinyatakan hadis yang diriwayatkan oleh >>Jama'ah >>dan Ibnu Mas'ud, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Wahai pemuda! Jika di >>antara kamu ada yang mampu kahwin hendaklah ia berkahwin, kerana nanti >>matanya akan lebih terjaga dan kemaluannya akan lebih terpelihara. Dan >>apabila ia belum mampu kahwin. Hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu >>ibarat pengebiri. >> >>Mengapa mereka disuruh berkahwin? >> >>Kerana dalam al-Quran juga Allah menyebut, manusia secara normal memang >>Allah jadikan ada nafsu seks terhadap wanita. Fitrahnya memang begitu. >>Jadi >>bagaimana kita ingin menafikan hakikat tersebut? Firman Allah surah An >>Nur: >>30 yang bermaksud, >> >>Katakanlab (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya >>mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan >>memelihara kehormatan mereka.? >> >>Sementara ayat An-Nur: 31, seterusnya menegaskan, >> >>Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat >>pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara >>kehormatan >>mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali >>yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya >>dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan >>tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa >>mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau >>saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau >>anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan >>Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dan orang-orang lelaki >>yang >>telah tua dan tiada keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang >>belum >>mengerti tentang aurat wanita dan janganlah mereka menghentakkan kaki >>nntuk >>diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka. >> >>Bagi para remaja, adalah terlalu bahaya bergaul bebas sesama sendiri >>antara >>lelaki dan wanita. Walaupun mereka mengatakan mereka tidak bercinta tetapi >>mereka juga tertakluk kepada hukum. Seperti seorang perempuan mendakwa, >>Orang perempuan memakai tudung kerana dia cantik ingin menutup >>kecantikannya'. Walau apa pun alasannya, dia tetap termasuk dalam >>undang-undang kena menutup aurat. >> >>Kemungkinan-kemungkinan hubungan ini akan menjadi sebab fitnah dan >>menghampiri zina, tidak dinafikan. Mukaddimah zina adalah hubungan akrab >>antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram. Walaupun pada dasarnya >>ia >>tidak mempunyai kecenderungan seks tetapi ia boleh menimbulkan fitnah >>apabila ada hubungan antara lelaki dan perempuan. Apatah lagi nafsu memang >>tidak bermata, tidak kenal sifat, usia atau apa pun. >> >>Walaupun kerap dinyatakan di mulut, bahawa hubungan itu tidak ada >>kecenderungan seks, tetapi Allah lebih mengetahui, bahawa dalam hati >>manusia memang ada kecenderungan seperti itu. >> >>Walau bagaimanapun, Islam tidaklah begitu keras sehingga menghalang lelaki >>dan perempuan daripada bersahabat. Tidak salah menjadi kawan baik tetapi >>ada batasannya. Pertama, dari segi aurat harus dijaga. Selain itu, >>percakapan juga harus dipelihara agar perbualan tidak menjurus ke arah >>seks. Komunikasi dianggap penting, sebab itu Islam mengingatkan wanita >>agar >>merendahkan suara ketika bercakap kerana bimbang perkara sebegini akan >>terjadi. Juga elakkan jangan sampai ada sentuhan fizikal. Serapat mana pun >>hubungan tersebut, dengan beranggapan lelaki atau perempuan sebagai >>saudara >>angkat atau sahabat karib, Islam masih meletakkan batas bahawa mereka >>tidak >>boleh bersentuh kulit dan sebagainya tanpa keadaan darurat tertentu. >> >>wassalam >> >>
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
|