VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: [1]234 ]
Subject: Re: Tertekan Sampai Sanggup Pukul Anak


Author:
Abanakib
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 09:09:11 08/23/09 Sun
In reply to: Neyll 's message, "Tertekan Sampai Sanggup Pukul Anak" on 20:49:28 08/18/09 Tue

Assalamualaikum...

Agak lama jugak saya pikir sama ada nak reply atau tidak luahan perasaan akak ni..

Yang paling saya takut adalah kalau nasihat saya bukan mendatangkan kebaikan malahan makin mengeruhkan suasana rumahtangga akak.Akhirnya saya berharap at least biarlah akak tahu yang ader orang faham dan tahu dan yg lebih penting cuba membantu walaupun ilmu mungkin tak melayakkan sy untuk sebenarnya bg apa2 nasihat pon pada akak.

Saya bersyukur dan puji kesabaran akak mendepani dugaan Tuhan ni sampai hari ini. Saya tak fikir semua orang sanggup bertahan lebih lama dan setabah akak.

Saya dhaif ilmu akan apa perkara terbaik yg perlu dibuat... tapi biarkanlah saya mencadangkan beberapa perkara.. insyaAllah, harap2nya membantu sama ada

1) Mengurangkan BEBAN dan kesakitan akak atau menyelesaikan masalah ini sekaligus atau setidak tidaknya...

2) Menambah KEKUATAN akak untuk terus mencari kekuatan dan berikhtiar bagi mengharungi liku2 dalam rumahtangga akak ini.


Saya berpendapat..

Suami akak seorang yang :

Bertanggungjawab - Kerana melaksanakan nafkah zahir pada akak dan anak2. Dan kerana sangat peka terhadap keperluan adik2/family beliau sendiri. (Sebab beli rumah untuk duduk bersama.. dsb)

Baik - Dari satu segi...dia tak penah menyakiti akak secara fizikal atau pun menyiksa hati akak dengan kata2 yang mencaci sebagaimana yg akak terangkan. Saya agak percaya yg ini sedikit sebanyak menunjukkan yg dia penyayang kerana untuk tidak mengangkat tangan dengan isteri actually memerlukan kekuatan.

"Bisu" - Maksudnya buat seolah2 akak orang luar dalam hidupnya.. bukannya sebagai seorang isteri yang berhak mengetahui luar dalam tentangnya malah bukan juga berhak diberitahu apekah yg sebenarnya mengusutkan/sedang bermain di benak fikiran nya itu.

Pendapat saya... akak kumpulkanlah segala kekuatan dan kasih sayang akak untuk BERKOMUNIKASI dengan si dia bagi menyelamatkan rumah tangga ini. Tapi.. bagaimana caranya ...??? Jujurnya saya TIDAK TAHU. Tapi saya nak cadangkan agar...


1)Akak mulakan dgn TUNJUK padanya yang akak ambil berat dan ingin memberi perhatian. Akak pujuk (berhati hati agar tidak sampai berleter)agar dia membuka kekusutan dalam hatinya. Apakah dia terkilan yg akak tidak bekerja smpai dia layan akak macam orang luar ?? Apakah beban keluarganya yang menyebabkan dia habis tenaga/mood untuk melayan karenah akak..?? Saya perlu tegaskan yang kaedah yg akak guna sangat penting bg menentukan berjaya/tidak ikhtiar ni.Jadi prihatin lah apa yang dia suka.. atau tidak suka semasa mencuba.

Saya mencadangkan agar hari pertama akak volunteer untuk offer sentuhan pada suami akak bila akak nampak ada peluang. Contohnya kalau dia nampak letih.. cuba offer.. "Abang nak saya urut bahu sikit tak ??" atau kalau dia nampak pening.. "Nak saya urut kepala skit ke??...mehlah..saya bukan tengah buat ape2 pon.. meh."
Setiap malam..ajaklah suami akak tidur sekali.."Abang.. tak nak tidur dengan saya ke malam ni??" atau yang seumpamanya. Teruskan mengajak dan KUATKAN hati akak SETIAP kali si dia menolak.

Satu perkara yang saya pasti akak.. setiap ikhtiar ini sentiasa mendapat ganjaran/pahala di mata Allah SWT. Itu saya pasti !!

Ape2 pon.. cuba bagitahu dia (melalui PERBUATAN )yang akak sayang si dia TANPA SYARAT.

Mungkin setakat itu dulu buat masa ni. Saya doakan agar Allah mencampakkan ketenangan dalam hati akak dan sang suami.

-Abanakib

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Re: Tertekan Sampai Sanggup Pukul AnakAbdullah03:25:47 08/31/09 Mon


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.