VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: [1]234 ]
Subject: Re: SAYA TERTEKAN DENGAN KELAKUAN SUAMI


Author:
Abdullah
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 21:55:03 08/31/09 Mon
In reply to: Hatihancur 's message, "SAYA TERTEKAN DENGAN KELAKUAN SUAMI" on 00:57:37 04/13/09 Mon

Salaam,

Masaalah suami dating dengan wanita lain sudah berlalu. Kini tinggal kenangan yang pahit serta perasaan tidak mempercayai suami yang masih berterusan.

Apa kata awak jangan cuba melupakan peristiwa itu kerana pada pendapat saya mungkin tiada siapa boleh melupakan peristiwa yang sebegitu. Sebaliknya gunakan kekuatan diri awak untuk menerima peristiwa itu sebagai ujian dari Allah swt.

Allah swt Maha Menguji. Jika Allah swt tidak menguji awak dengan suami awak, mungkin Allah swt akan menguji awak dengan cara yang lain. Yang penting adalah Allah swt Maha Menguji. Maka cubalah sedaya upaya untuk menerima bahawa peristiwa itu diizinkan berlaku oleh Allah swt untuk menguji awak. Adakah awak akan gagal dalam ujian ini? Insyaalah, saya yakin awak akan berjaya.

Seterusnya, pada pendapat saya awak tidak perlu untuk mempercayai suami awak lagi. Tiada siapa mungkin dapat mempercayai lagi pasangannya yang telah berbuat sedemikian. Yang penting gunakanlah kebijaksanaan diri awak untuk mengelakkan diri dari di tipu lagi. Contohnya, jika awak pernah ditipu apabila membeli barang di kedai, sudah tentu awak akan berwaspada di masa akan datang bila berurusan dengan penjual kedai itu, benar? Maka lakukanlah sebegini terhadap suami awak. Tapi jangan sampai orang kedai ni tahu yang awak tidak mempercayainya sebab nanti bermusuh-musuhan pula.

Kesimpulannya, saya yakin suami awak menangis pada harijadinya kerana dia mencintai awak. Ya, dia telah menghancurkan hati awak tapi saya yakin dia mencintai awak. Maafkanlah dia. Lagi pun Allah swt suka pada orang yang suka memaafkan orang lain. Akhir sekali, semoga Allah swt memberi pertolongan kepada awak dan suami awak. Wallaahua'lam.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.