VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: [1]234 ]
Subject: Re: Apa yang patut saya lakukan?


Author:
Abdullah
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 22:37:03 08/31/09 Mon
In reply to: mihar 's message, "Apa yang patut saya lakukan?" on 23:09:47 06/23/09 Tue

Salaam,

Pada zahirnya awak sedang menghadapi masaalah yang serius. Tapi sebenarnya awak tidak menghadapi masaalah langsung. Begini, dia yang penagih, bukan awak. Dia yang pernah ditangkap, bukan awak. Dia yang menonton video lucah, bukan awak. Maka jika dia ingin membina kehidupan yang sebegitu terpulanglah pada dia. Awak boleh nasihat sahaja. Awak tidak perlu terjerumus dalam kepahitan kehidupan dia.

Awak binalah hidup awak seperti mana yang awak inginkan. Lagi pun dia masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami yang memberi nafkah. Pada pendapat saya janganlah awak minta cerai. Sebaliknya bina diri awak dengan anak-anak awak dan fikirkan perkara-perkara yang baik. Contohnya, lebih bermanfaat jika awak fikirkan diri awak yang bersih dari penagihan dadah jika dibandingkan dengan awak memikirkan tentang diri dia yang menagih dadah. Juga awak patut berasa bangga yang awak tidak menonton video lucah seperti dia, bukankah patut awak berfikiran begini?

Maka berbahagialah yang awak bukan seperti dia. Dan binalah diri awak dengan anak-anak awak tanpa perlu risaukan kehidupan dia. Nasihatilah dia dan jalankanlah tugas awak sebagai isteri dengan sebaiknya. Tapi ingat, hidup awak dan kebahagian awak adalah mengenai diri awak dan itu adalah hak awak. Saya rasa tidak patut awak benarkan kegelapan kehidupan orang lain mencemarkan kehidupan dan kebahagian awak. Semoga awak dapat mencapai kejayaan dalam kehidupan awak. Wallaahua'lam.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.