| Subject: Re: suami yang tak kenang budi |
Author:
lola
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 16:25:46 12/23/09 Wed
In reply to:
farah
's message, "suami yang tak kenang budi" on 23:09:38 12/22/09 Tue
dia mempermainkan hak dan perasaan saudari. dia inginkan saudari melayannya seperti raja, tapi dia melayan saudari seperti hamba. cubalah cari ustazah atau orang berilmu yang boleh diminta bantuan nasihat(bukan dengan bomoh atau sihir). nasihati dia perlahan2. jika tiada hasil juga, cerai lah jalannya. walaupun ALLAH tidak suka pada perceraian tapi jika suami berkelakuan sebegitu, mungkin perceraian jalan terbaik. saudari ada hak untuk bahagia, di jalan yang sepatutnya-- walaupun tanpa suami saudari itu. wallahualam.
>pada bulan 7 tahun lalu saya telah diijabkabulkan dgn
>insan yang paling saya syg (am) . dan alhamdullillah
>sebln selepas itu saya disahkan hamil beberapa minggu
>. langit tak selalu cerah . pada saat saya sarat
>mengandungkan anak sulung kami , tiba-tiba saya
>mendapat tahu suami ada hubungan dgn pompan lain .
>bile ditanya apa salah saya ? dia cakap sbb saya tak
>layan dia dgn baik . mungkin dia tak faham perasaan
>org mengandung macamana . bkn saya nak buat2 ..
>sayapun tak nak diri saya macamtue . tapi saya
>bersyukur Tuhan bagi saya kekuatan untuk menempuh
>dugaan ini . saya bagi dia peluang . tapi , pada 2
>ramadhan yang lalu saya terserempak suami membawa
>pompan lain naik motor dgn dia . siap peluk2 lagi .
>hancur hati saya .. balik saya pula dimaki2 .. siap
>kene pukul lagi . bile saya merajuk tak pulang ke
>rumah tak penah dia pujuk . malah dihalau lagi . cuma
>dia cakap .. mana anak aku ? anak yang saya
>mengandungkan 9 bulan , benih dari dia yang dia tak
>penah memahami saya semasa mengandungkannya yang dia
>tanya . laki jenis apa dia nie ? ayah jenis apa ?
>hanya Tuhan je yang tahu perasaan saya . dah banyak
>cara saya lakukan untuk memulihkan semula hubungan
>kami . tapi dia tak penah berubah . setiap kali saya
>buat baik pada dia , dia tak penah pandang . tapi
>kalau saya membuat kesilapan yang terlalu kecil
>contohnya lambat membuat susu anak .. maki hamun yang
>saya terima . dia bukan am yang saya kenal dulu .
>semuaorg tengok kami bahagia . tapi tue hanya lakonan
>sahaja . walaubagaimanapun saya ingatkan anak . saya
>masih sayangkan dia , masih sayangkan rumahtangga kami
>. saya masih ingat , sebelum kawin kalau dia accident
>sayalah yang jaga dia siang dan malam . dia operation
>, sayalah yang jaga dia . dari dia takde apa-apa lagi
>saya kawan dgn dia . skang .. mentang2lah dah pakai
>superbike , sayapun dia tak pandang . itupun bukan
>hasil titik peluh dia . pompan tuepun kenal dia bile
>dia dah ada motor tue .. cuba kalau dia jalan kaki
>macam dulu .. nak ke pompan tue pandang dia ? pompan
>tue pun satu . dah tahu saya nie bini dia , macam2
>lagi dia buat . saya tak minta dia kenang budi saya .
>tapi janganlah buat saya macamanie . sayapun ada hati
>dan perasaan . penah dia pukul saya tanpa belas
>kasihan walaupun saya merayu2 dengan dia . dan setiap
>kali gaduh , dia slalu cakap pasal cerai .. talak 1
>lah .. talak 3 lah . selain daripada tue .. dia slalu
>cakap berambuslah ko .. saya sedih sgt . krn pompan
>tue , langsung dia tak ingat anak dan keluarga .
>tolonglah bantu saya ......
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |