Author:
SK Jb (sedih dan buntu dan otak celaru)
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 10:18:51 01/26/10 Tue
In reply to:
tun
's message, "memohon ringankan tekanan" on 09:09:14 09/06/09 Sun
Assalamualaikum,..saya berusia 31 tahun dan mempunyai 3 orang cahaya mata,Yang pertama 8 tahun yg kedua 6 tahun yang terakhir berusia 3 bulan.. saya tidak berkerja baru lima bulan ,badan saya boleh di kategorikan gemuk sebab tinggi saya 159 cm berat saya 81kg.
Semuanya masalah bermula di waktu saya menjadi surirumah sepenuh masa. semasa saya sibuk berkerja saya tidak banyak masalah ngan suami kerana semua masalah akan hilang bila saya kerja dan bila tension saya akan kerjalebihmasa untuk menhilangkan rasa sedih saya tetapi apabila saya sudah tidak bekerja saya mula rasa cemburu dan meragui suami saya, pada hal saya tidak sepatutnya berfikir sedemikian untuk kebaikan bersama tetapi sejak suami saya pergi menghadiri kursus selama 2 minggu saya nampak perubahan beliau dengan mendadak,.. suami saya sudah pandai bergaya dan mendapat nombor telefon yang tidak dia angkat dengan alasan salah no dan banyak nombor2 tersebut saya catit untuk rujukan,... masalah saya sebenarnya adalah Terlalu Cemburu,..saya tidak mahu kerana cemburu jiwa saya sakit dan terlalu sensitif kerana suami saya seorang yang Ego kalau pun saya ceritakan tentu saya boleh jadi sedih dan menangis dengan perilakunya. Saya pandai menyembunyikan emosi , saya dan suami tidak pernah bertengkar kami selalu senda gurau tapi apa yang saya takuti dia banyak berahsia dan mempunyai perempuan lain selain saya walaupun ekonomi rumahtangga kami tidak baik tetapi saya terlalu cemburu (dalam diam je) saya tidak pernah bertanya atau berbual atau berbincang bersama-sama tentang masalah kami berdua kami tidak pernah bercakap tentang apa yang berkaitan dengan hati masing2( saya takut bersuara). Tidak mahu bertengkar dan kami selalu bercerita dengan gelagat anak2 kami sahaja. Masalah saya sekarang dia ramai kawan prempuan,... lelaki,... dan dia boleh cakap apa sahaja dengan orang lain tetapi tidak dengan saya,..susah nak kata...kalau buat lawak ngan orang lain dia boleh bercerita panjang2 tetapi dengan saya serius jerk dia dah macam x sukakan saya tapi saya akui saya salah kerana mengajak ibu bapa angkat saya yang telah membesarkan saya untuk tinggal bersama2 kami sekeluarga sudah hampir 7 tahun namun keserasian menantu dan bapak mertua hambar kerana bapa saya mempunyai sakit mental yang tidak serius.Saya telah berusaha meminta adik beradik lain membantu tetapi mereka terang2 menolak dan tidak mahu menjaga orang tua mereka sendiri.Jadi saya jadi takut sendiri dan tertekan dengan sikap hambar suami saya terhadap saya, nama je isteri tapi macam saya ni mesin nafsu dan mesin jaga anak. Saya rasa sedih selalu dan langsung x boleh terima dia bermesra dengan perempuan2 lain samada di tempat kerja , kenalan internet atau pun kenalan sewaktu kursus.Saya semakin jauh dan jauh di sudut hatinya. bagaimana saya ingin menghilangkan rasa cemburu ini dan apa yang saya patut buat untuk tenangkan hati saya bila berdepan dengan emosi cemburu saya? Kerana bila saya cemburu badan saya jadi panas telinga, muka akan kemerahan dan mengigil dan terasa ringan badan saya takut saya menghadapi masalah jiwa kerana saya tidak pernah meluahkan perasaan saya selama ini. Saya tidak mahu kehilangan suami saya ,..saya terlalu sayangkan dia dan saya terlalu menyayangi dia tetapi dia tidak pernah menunjukkan rasa kasih sayangnya kepada saya, tidak pernah membelai atau berpelukan KECUALI sewaktu bersama.Tolong berikan pendapat saya rasa semain hari saya semakin makan hati sehinggakan air susu badan saya sudah kurang walaupun saya minum sus dan makan . Air susu saya kering kerana Hati saya sakit memendam rasa sendirian.
Itu sahaja Terima Kasih.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
|